damn! aku nak balik Kuala Kangsar.
Banyak sangat benda boleh buat sampai tak tahu apa patut buat. banyak sangat jalan sampai tak tahu jalan mana patut lalu. banyak sangat musykil sampai tak tahu apa patut fikir.
damn! aku nak keluar.
Banyak orang boleh faham bila aku berkias tapi tak ada yang faham bila aku cakap direct. banyak pulak yang orang tahu bila aku tahu sesuatu tapi langsung tak ada yang tahu, bila aku betul-betul tengah buntu.
damn! aku nak pergi.
Banyak yang bagi simpang bila aku tahu jalan, tapi tak ada yang bagi direction pun bila aku memang tak tahu jalan. banyak yang datang bila tak perlu tapi hilang bila aku benar-benar perlu.
damn! aku nak cakap.
Banyak kali aku nak cakap aku tak tahan tapi setiap kali tu aku sedar sebenarnya aku tahan - kalau tak tahan, mustahil Allah bagi cabaran tu kat aku. banyak kali aku nak cakap aku tak suka tapi setiap kali tu aku terfikir, macam mana kalau itu yang terbaik untuk aku meski aku sangat tak suka? aku yang rugi kalau tak hargai.
damn! aku asyik kira.
Banyak kali aku pertimbangkan. Banyak kali aku bayangkan. Setiap kali aku positifkan. Setiap apa orang negatifkan. Banyak kali aku terpempan. Sampai bila aku boleh tahan?
damn! aku cuma boleh tarik nafas dalam, dan lepaskan.
No comments:
Post a Comment