Thursday, February 17, 2011

bahasa budaya.

baru ni aku g blogwalking jap... pas berminggu-minggu aku tak sempat nak buat. nak gak tengok khabar2 kawan2 lame. ape citer diorang, ape kisah diorang, ape hal diorang. nak gak usha2. then aku jumpe satu blog yang aku rase korang penah jumpe gak. dalam blog tu, tengook2 sejuk gak hati bace. tapi dalam sejuk2 tu tibe2 macam ade yang menyentap. kenapa...

indah bahasa yang ada pada blog tu. betul... cume bile aku tengok updates kat situ, ape yang kawan2 buat baru ni, aku sentap. dengan indah nya bahasa pada budaya dalam kata2 tu, tak tahulah apa yang tak kena pada budaya dalam blog itu. macam kontra pon ade. kawan... kenapa perlu macam tu? bukan niat nak mengkritik, bukan niat nak mengutuk, cuma aku nak mengata... dan aku harap apa yang aku nak kata boleh sampai pada pemikiran kawan.

untuk apa indahnya bahasa kalian kalau budaya tak seindah bahasa? mungkin bagi kalian bahasa itu cuma pakaian. memang... bahasa itu seakan cuma pakaian untuk dipamer-tayang pada orang. boleh dipakai-pakai. tapi kalian perlu ukur pakaian tu juga. berbudayalah seindah pakaian yang indah itu. macam orang kate, perempuan kalau pakai baju kurung tu sopan2lah sikit, lelaki kalau pakai songkok tu elok2lah sikit. ini cuma contoh, contoh yang aku tak rela bagi tapi mesti bagi supaya kawan2 paham.

iye... bagi kalian lah, mungkin fikir aku narrow. sebab masih fikir macam mase kite kat skolah dulu, ini tak boleh itu tak boleh. tapi aku cuma nak kalian tahu, ke'narrow'an aku bukan kerana pemikiran aku masih di tahap sekolah. terpulanglah kalau itu pada tanggapan kalian...

*aku macam nak benti takat ni, sebab macam tak mampu taip pape... tapi macam aku kene teruskan,

maaf sebab campur urusan kalian. suka hati kalian lah nak ber'apa' sekalipun. kalau tak suka tak yah join, (tak yah lah sibuk2), kata kalian dulu. macam kalau dalam tv keluar cerita2 yang kita tak sepatutnya tengok,   tukarlah siaran. jangan tengok. tapi sekalipun aku tak tengok, aku pasti orang kebanyakan kat luar sana melihatnya. dan dengan penglihatan itu mereka mengira. benar. jawap ini...
macam mana aku patut tukar siaran begitu saja sedangkan aku tahu saudara-saudara aku di luar sana ramai yang melihat itu? sedangkan aku tahu bagaimana mereka mungkin akan terpengaruh olehnya? dan kalian suruh aku duduk tepi diam2...

buat masa ini aku pun tidak mampu buat apa-apa, kan...? nak ke stesen tv itu pun mustahil, nak pula minta mereka tamatkan siaran yang tidak patut itu. MAMPU? jujurnya aku TAK mampu... tapi mustahilkah suatu hari nanti aku mampu melakukan sesuatu apabila yang sama berlaku@berulang lagi? tidak KALAU aku berusaha untuk mengejar sesuatu yang boleh memberikanku hak itu. kalian juga lah... cuma nak atau tak nak semata. atas alasan apapun, ketidakmampuan kita adalah kerana kita tidak mencuba untuk mampu.

apa yang korang lalui? kita lalui macam2. tapi jangan ambil kesempatan lah atas kebebasan itu. memanglah kita sudah bebas dari peraturan sekolah, tapi kita masih terikat dengan 'peraturan' hidup. gaya hidup mana yang kalian mahu ikut...  ...   ...   ...   ...   ...   ...

Sunday, February 13, 2011

h!p0kr!t...

aku bahagie je, aku mane ade problem.
aku ______ je, aku mane ade ______.

penah denga aku cakap cmtu? bile aku cakap camtu jelas2 aku menipu! memang ade mase aku sendiri hipokrit. aku pon dulu pernah benci orang hipokrit. dulu. pernah. tapi macam makin aku benci makin aku rase aku macam hipokrit. sebab hakikatnya sume orang hipokrit. sume. rase2 nye lah. ce kau cari ape maksud hipokrit dari segi bahasa sendiri. cube lah. mampu? mampu, mampu... bende senang je, taip skit dan google. gile senang kan? nak tak nak je.

benci aku kat orang hipokrit sampai aku tak nak even cakap pon dengan orang camtu. malas. dulu. mase tu kononnya lebih baik aku jadi diri aku sendiri, walaupun 'diri aku sendiri' tu nampak macam tak hipokrit. aku buat banyak benda macam yang mereka yang aku benci tu buat, cuma aku tak pura-pura. mengata? depan-depanla. kalau tak suke aku tunjuk - gaye cakap, nada, kata2, care pandang. kalau aku tak nak buat sthg, memang aku tak buat - keje skolah, @ pape yang orang suruh. kalau aku nak buat pape aku buat - elok tak elok, baik tak baik, naye tak naye. macam tu. aku cube bezekan diri dengan orang yang hipokrit dengan care tu. aku takkan cakap benda yang aku tak nak cakap - maka aku jarang cakap bende elok2. bile rase nak marah orang aku bantai abes. aku tak suke pendam2 dan ngumpat orang tu blakang2 bile aku tak suke. sebab aku rase tu hipokrit. mati-mati aku cube elakkan dari pura-pura. sebab aku tak nak jadi hipokrit sebab aku sangat 'menolak' orang yang hipokrit.

tanpe sedar aku semakin hipokrit.

ce tengok... simple equation, macam mane benci boleh ubah pandangan orang pasal sesuatu :
     [   benci --> perhatian --> kefahaman --> suke@biase   ]

semakin aku benci hipokrisi, aku makin faham hal hipokrit. memang bile kite benci something kite akan lebih faham perihal tu. sebab tu ade setengah orang - mungkin ramai - yang memule benci orang tapi end up suke lak dengan orang tu. sebab bile benci, perhatian die akan lebih pada kebencian die tu, tanpe die sedar. sebab tu la die makin faham dengan kebencian die tu - kalau orang, orang la. akhirnye tak mustahil die akan suke. tapi dalam hal ni, dari benci aku pada hipokrisi, aku mule faham pasal hipokrit dan aku tak lagi sebenci itu.

sepanjang tempoh kebencian aku pada hipokrisi, macam2 hipokrisi yang aku nampak sebab aku dah mule tumpu perhatian lebih perihal tu. jadi sesimple perkara pon aku boleh nampak. lama-kelamaan aku ade kefahaman sendiri pasal hipokrit. aku simpulkan hipokrit tu generalnya pura-pura, cuba untuk tidak menjadi siapa dia yang sebenarnya. dan lepas mengkontemplasi -aku amek mase 2,3 tahun untuk sedar- , aku discover adalah mustahil adanya orang yang takde kepura-puraan dalam hidup die. dan hidup aku??? dah lame pon dalam kepura-puraan tu. sedar tak sedar je...

dan bagi isu-isu basi yang orang masih ungkit-ungkit lagi, soal orang baik yang hipokrit.

tahu tak siapa diri kita yang sebenar tu? fitrah kita yang sebenar. mula dengan huruf H dan akhir dengan huruf A. nak korang berfikir sikit. carilah. bile kite cube jadi diri kite sendiri - kononnya -. 1-kalau dah memang suke mencarut buat pe sorok2, amalkan jela depan orang sebab kite memang suke mencarut. 2-kalau kite memang jahat buat pe kite buat baik. lalu kite pon terus dengan ape yang kite slalu buat sekarang. 1 & 2 cume contoh. banyak lagi. tapi aku rase lebih baik korang refresh sendiri, hidup kite lain2 kan...

tapi kan... komfem ke ape yang kite buat tu betul2 bawa diri menjadi diri kite yang sebenar? atau kite sebenarnye semakin lari dari hakikat sebenar diri kite - hakikat yang hakiki, tak mungkin diubah samada suka atau tak, yang akan tuntut jawapan kite nanti...? sedangkan kite semakin tenggelam dalam alam dengan alasan "tak nak hipokrit..."

Wednesday, February 9, 2011

a n e h. aneh x?

aku macam tak faham dengan hakikat hidup. macam lah aku tak pernah fikir pasal tu, sampai aku macam terkejut sangat dengan kejutan2 yang mengejutkan. benda2 tu kan aku dah pernah fikir, tapi kenapa macam ni? kenapa macam susah nak terima sedangkan aku dah pernah bayangkan terjatuh dalam situasi macam ni. malah dah pernah pun benar2 terjatuh dalam situasi yang lebih buruk dari ni.

kenapa ya? macam aku rase semuanya annoying.
kenapa ya? macam aku rase aku sendiri annoying.
kenapa ya? macam aku rase aku patut pergi.
kenapa ya? macam aku dah makin susah nak kawal emosi.
kanapa pulak aku dah makin susah nak kawal diri?
kenapa aku dah makin hilang tenang?
kenapa aku dah makin rasa bisa? bukan 'bisa' indonesia tapi 'bisa' malaysia.
kenapa aku dah tak pandai nak cope dengan situasi?
kenapa aku macam dah makin membodohkan diri?
kenapa nilai2 dah makin hilang?
aku tak senang. memang tak patut mintak senang, tapi perasaan dah makin bengang.
aku dah makin tak tahu. nilah benda2 yang paling aku benci nak cakap. atau tulis pun.


dah, dah... sebenarnya things are getting better now. tapi entah angin ape, aku bukak2 blog ni tuk update lepas sekian lame aku meng'anaktiri'kan die, melalut2 lak kat sini. semua nya ok je...buat mase ni. mungkin sebab baru lepas hantar autobiografi kat ayah agi. meski mesti mula untuk biografi lak sekarang, aku amek break sekejap lepas berdemam2 buat asgmen ayah agi yang pertama tuh. nak cool down dulu, mungkin esok luse aku stat tuk bio. tapi at least dah ade lah planning. aku macam terpanggil2 untuk buat pasal navy. mungkin aku patut kecilkan skop aku sebab citer pasal navy sangatlah banyak. pasal kapal je dah bape banyak. pasal paskal yang aku minat tu lagi. sebenarnye aku fikir nak kecilkan skop kepada paskal navy. tapi aku rase tu lah yang paling susah nak dapat info. sebab die pasukan khas, yang bukan nye boleh senang2 dedah kat orang ramai. sedare2 aku yang paskal? mane ade...

jadi aku masih dalam pertimbangan nak buat apa pasal navy nih. die punye part mane yang aku nak highlight. entah sape2 la yang aku nak interview pasal navy, mesti hardwork sket nih. aku tak tahu banyak pasal royal malaysian navy. dan aku tak pulak kenal mane2 orang kuat navy untuk dapatkan info dan info lebih. yang aku tahu cume aku minat dan nak mereka tahu pasal navy. mungkinkah...dapat ke aku selesaikan task ni dengan bekalkan ape yang aku tahu sekarang je? atau ape yang aku ade sekarang? agak2 berjaye tak aku buat dengan jayenye? (wondering...). tapi tak perlulah soalan ni dijawab kalau jawapan kamu cume jawapan2 untuk menyedpkan hati. tolong lembutkan hati kamu untuk menjawab sebarang soalanku dengan jujur. contoh? aku rase perlu supaya kamu lebih faham, kann... kalau orang yang ada penyakit kronik dan dah hampir dengan mati, tanya "aku akan matikah?" jangan jawap "tak lah...kau jangan fikir bukan2". time kasih atas kebaikan hati kamu untuk menyedapkan hati die. tapi tanpe sedar kamu akan lebih mengecewakan die bile die tahu hakikatnya die memang akan mati cepat. fikirlah. tak semua perkara terbaik adalah menipu, walau dalam mase genting pun. cakap jelah dengan die, memang die akan mati lebih cepat. cume edit lah elok2 ayat tu. buat ia kedengaran lebih elok meski dengan menyatakan hakikat yang sebenar. tak semua yang kelihatan pahit itu pahit sebenarnya. jangan lah jadikan perkara yang tidak pahit itu pahit juga... :-)

mencabar.lebih sukar.

untuk title entry ni, rase2 nye ape?
kalau ditanye pade aku, aku bace2, aku kire2 rungutan. ye, rungutan lah kot.
aku terus merungut sampai ke dalam blog sekalipun. sebab macam dah makin banyak tekanan, sedangkan aku rase tekanan ni belum cukup dari semua situasi. ini baru sikit sukar untuk aku, dan aku dah merungut2. entah macam mana bila nanti semua tekanan dari lecturer2 tu turun semua satu per satu dalam kelas? oh...

merungut dan merungut. ape hasilnye? rase macam "isk...kena buat ni." "isk kena buat tu". "patut buat camni ke camtu?"
aku merungut atas macam2 sebab. buat mase ni sebab aku betul2 tak tahu siape yang akan peduli dan bagi aku jawapan yang aku perlu dengar, bukannya jawapan yang diorang rase aku nak dengar. @ bukan jugak jawapan yang paling hapak tapi terpakse dengar yakni "tak tahu". aku tak nak dengar itu. jadi tolong, jangan terus jawap macam tu bile aku terpakse tanya pada kamu. bila aku tanya kamu adalah bila aku betul2 perlukan jawapan, itu cuma bila aku terdesak dan perlu satu jawapan yang meskipun tak sebagus mana, tapi ia bukan "tak tahu". bila aku tanya kamu, itu adalah bukan bila aku nak dengar perkataan tak tahu. walhal aku pun cuba seboleh-boleh tak tanya kamu, sebab aku tahu tuntutan pendapat tentang perkara yang tiada kena-mengena dengan kamu adalah perkara yang orang2 benci untuk dengar, dan benci untuk ditanya. kerana sangat berat untuk fikir perkara yang tidak mendatangkan kebaikan bagi diri kamu sendiri. jadi aku dah seboleh-bolehnya elak bertanya kamu2 tentang perkara2 itu. aku dah cuba elak. jadi bila aku tanya bermakna itu masa aku benar2 PERLU jawapan, bukan nak jawapan.

uh... bile bace2 fahamkah kamu? haha ayat tak bleh blah. blah la. macam nak benti guna ayat2 camni. macam nak gune je ayat2 murahan aku. macam dulu. tapi ayat2 tu macam orang susah nak faham. macam bila aku cakap kat kelas, atau kat level, atau kat mana-mana skalipun dan kau kata "apa ko cakap ni? ce cakap terang2 skit." aku macam..."isk, korang ni betul2 malas nak fikir ke?" sebab bila korang tak paham tu sebenarnye ade maksud tertentu belakang ayat2 tu. tapi orang slalu tak faham. dan mintak aku terangkan. memang tak lah, memang tak sampai lah maksud sebenar aku. slalu nye camtu. emh... aku harap kamu2 akan lebih2 rajin untuk berfikir jauh sikit dari tempat duduk kamu sekarang, ok. mari menuju kejayaan...huhu!

Friday, February 4, 2011

baby dumping issue.

budak sekolah agama lagi ramai yang buat camtu. sebab diorang culture shock. mase sekolah, banyak bende yang diorang takleh buat, so lepas abes sekolah diorang excited nak buat sume tu.

buat ape tu?

buat bende2 yang budak sekolah biase dah biase buat.

aku nak nafikan. tapi atas dasar apa? aku teringat kawan-kawan aku kat sekolah dulu. memang mase sekolah masing2 jaga diri. tapi lepas abes sekolah ni, macam2 dah berubah. hot topic kami dulu " couple tu haram ". isu yang dah berpuluh-puluh ribu kali diperdebatkan. dan aku boleh-boleh tak mahu bahas lagi. dasarnya sama je sebenarnya. kalau mash nak persoalkan, fikir dulu untuk apa kita nak perdebatkan lagi. supaya kamu boleh dengar apa yang kamu nak dengarkah? sampai aku membenarkan apa yang kamu buatkah? maaf, pergilah.
dah terlajak pulak. sebenarnya aku nak kata, isu-isu hangat di zaman sekolah di sekolah agama dulu. cuma sekadar isu rupanya. segala fakta dan info yang diketengahkan tak disimpan dalam fikiran. tak dipegang dan dijadikan pedoman. maka untuk apa perdebatan itu dulu? sekadar untuk tunjuk siapa benar siapa salahkah? untuk tunjuk siapa lagi ramai pengikut atau pengaruhkah? kalau tu sebabnya, maka kite tak beza lah dengan mereka. mereka yang aku tengok hari-hari sekarang. samalah.

isu ni dah khali. aku bosan. tapi bolehkah diam2 je? terpulanglah camne kau nak fikir. kau jagalah diri kau sendiri dulu. lepas tu jangan lupa fikir camne nak jage sedara2 kau. yang kat sekeliling kau tu. sementara aku fikir camne nak hadapi sedara2 yang kat sekeliling aku ni...

Thursday, February 3, 2011

oh... it's me.

sorry, anyone. you're not annoying me, it's just me and my ruined little world. you might be really annoying but not to me, kawan. when you see me sitting there quietly, speechless, it's not that i don't wanna talk. it's just that i dont wanna be irritating. let me. because you won't know how much anything worth to me. so just let me be. if you think that my numb face is such a damn annoying just tell me and i'll go away. leaving that numb world just for you. i dont mind. just dont look at me with your poor look. you don't care anyway. sorry again, it's not you. it's just me and my ruined little world. make it a song and i'll be strong. sorry, it's not you. hope doesn't help, wish doesn't work. so i stopped. and now i have nothing. hopeless and wishless. and i don't mind. i'm deadly hope i don't mind... how could i? when hopes and wishes cheerish my days all the time i knew i would live... how could i stop? how should i? i just want to. it's harder living with an empty boxes of hopes and wishes, when i know they won't appear. but i even know they might appear.
first step is the hardest...