Monday, August 22, 2011

apa nak buat kalau kad bank hilang.

serabut nya kalau jadi macam ini. lagi2 itu kad akaun yang duit JPA, PTPTN, MARA, @ mana2 badan tajaan yang lain, masukkan. tapi jangan nak serabut sangat lah... ada beberapa langkah kita boleh buat, terpulang lah mana yang kita nak, tapi jangan pulak pilih jalan hitam...: biarkan je.

1. cari member2 terdekat dan mintak tolong diorang. cuba tanya apa nak buat. ini untuk korang mungkin berguna, walaupun bagi aku tidak.

2. pergi bank itu sendiri dan settlekan kat situ. senang. bagi orang2 yang tak ada kerja lah. tapi bagi orang2 yang tak banyak masa macam aku, ini pun kena tangguh2 dulu.

3. buat report polis. ini pulak bagi orang yang suka report2 dan perlukan sangat surat report itu. kalau macam aku, yang punya susah nak pergi report2 ini, aku tak pilih yang ini. tapi kalau dah segala harta benda korang dengan pes atau beg2 sekali hilang, tak payah nak keras kepala lah... memang kena pergi balai jugak.

disebabkan aku tak suka 3-3 jalan kat atas ini, dan aku tak boleh nak biar je sebab ada duit dalam akaun itu, aku buat yang ke4 ini...

4. call nombor khidmat pelanggan yang ada tulis kat belakang kad itu. (kad da ilang, camne nk tgk?) itu fikir kreatif sikit lah... pergi lah pinjam kad kawan ke, kad adik ke, kad abang@kakak ke, opah punya pun boleh asalkan dia ada akaun dari bank yang sama.

dah itu cakap lah kat dia, nak hold dulu pengeluaran duit guna kad ATM. kadang2 tak boleh suruh hold akaun guna call je, tapi dia akan bagi pilihan lain yang boleh jugak selamatkan duit dalam akaun itu. itulah fungsi call bank itu. sebab diorang tahu banyak cara yang kita tak tahu. contoh macam delete dulu kad akaun itu, nanti bila ada masa boleh pergi bank itu dan buat kad baru. yang ini tak payah tunjuk report pun tak apa. aku pun baru tahu masa call bank islam, sebelum ini memang tak tahu ada cara senang sikit macam ini. tapi kalau lah nak call pun malu @ malas, aku nasihatkan kau redha kan je lah orang lain guna kad (t'msk duit dlm akaun) kau itu.

*tapi kalau dah delete kad itu baik lah cepat2 pergi buat kad itu bila ada masa, takut nanti kau yang tak dapat keluar duit lak sebab tak ada kad ATM. cuma untuk langkah segera bila kad bank hilang, sebab sejam kau tunggu untuk amek langkah pertama pun, risiko untuk orang tarik duit dalam akaun kau itu dah besar sangat. jangan sebab tak nak buat benda yang kita boleh buat, jadilah from hero to zero.

28 comments:

  1. kalau kad hilang 2,3 hari,,,adakah atm mchine msih myinpan gambar si pencuri kad yg mencuri duit dlm kad itu

    ReplyDelete
  2. kalau kad hilang 2,3 hari,,,adakah atm mchine msih myinpan gambar si pencuri kad yg mencuri duit dlm kad itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honestly, tak tahu.

      Tapi basically, atm machine pun tak tahu kalau orang yg guna kad kita tu si pencuri. Dan kalau atm2 ada gambar tu pun, kita tak tahu atm mana yg pencuri tu guna untuk withdraw duit kita. Melainkan kita pakar detect balik, biasanya memang tak boleh nak buat apa dah. Kad saya hilang sejam je pun sebelum call service centre, duit dah zero. Kalau sempat batalkan kad sebelum pencuri withdraw duit kita pun dah cukup baik, sebab nak cari dia memang satu dalam seribu punya kes.

      *pakar detect balik tu, maksud saya mungkin dia ada skil-skil luarbiasa yg org awam macam kita ni tak tahu. Saya pun tak tahu. :-)

      Delete
  3. kena pergi bank yang tempat kita buat card or mne2 cawangan boleh pergi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk batalkan biasanya tak kisah cawangan mana.

      Delete
  4. Kalau wat kad baru sebab hilang n xwat report kne caj berapa

    ReplyDelete
  5. Kalau wat kad baru sebab hilang n xwat report kne caj berapa

    ReplyDelete
  6. Kad baru semua bank cas rm10 je biasanya. Untuk buat kad, report tu tak perlu sangat dalam kes biasa-biasa. Sebab untuk kad lama kita boleh terminate je...

    ReplyDelete
  7. Jadi PTPTN still masuk ke, kalau kita dah tukar kad bank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad bank tak pengaruhi transaksi akaun. Maksudnya, akaun bank tu akan tetap ada dan transaksi ptptn/jpa/biasiswa lain berjalan macam biasa je melainkan kita tutup akaun tu. Kad bank ni cuma macam kunci rumah, akaun bank tu rumahnya. jadi walaupun kita tukar kunci rumah, barang dalam rumah tetap ada... k

      Delete
  8. Kalau kad hilang sebab kecuaian sendiri, boleh ke pergi terus ke bank tu untuk buat kad baru ? Berapa cas yang bank kenakan ?

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. kalau buat kad baru adakah no akaun bank berubah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No akaun tak berubah seangka pon, jangan risau. Boleh buat kad bank baru di kaunter bank, biasanya cas dalam RM10-12 je.

      Delete
  11. kad bank bsn sy hilang minggu lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duit dalam bank bsn tu ada lagi minggu ni pun dah kira untung... kad bank hilang patut terus inform pihak bank, kalau call dia boleh tolong cancelkan kad tu & nanti pergi buat kad baru. Kalau inform kat kaunter boleh terus buat kad baru, suruh dia cancel kad lama tu takut org lain guna.

      Delete
  12. Kalau kad bank hilang .. N then dah pergi bank untuk terminate kad .. Dan slepas beberapa bulan .. Bila check statement ,ada pengeluaran daripda mesin atm .. Sedangkan kad atm dh pon terminate .. So mcm mna tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Pergi bank, bincang dengan dia. Awak dah minta pihak bank terminate tapi kad tu masih ada org boleh guna kat mesin atm.

      Tapi awak terminate kad atm tu, memang dah tak buat kad baru ke?

      Delete
  13. Kad rosak
    Nk bt baharu
    Nk ke Branch ke?
    Atau mna2 cawangan je
    #rhbbank

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last time still boleh buat kat mana2 cawangan, selalunya tak ada masalah cuma cas kad rm10/12 tak silap.

      Delete
  14. Bank cakap dia dah batalkan kad tu tapi kenapa kita masih boleh guna bila nak buat pembayaran secara online?

    ReplyDelete
  15. Nak tanya. Kalau buat kad atm yg baru sbb tmat tempoh . Kena bawa ic, kad atm yg lama. Kad akaun kena ada juga ke ? Tq

    ReplyDelete
  16. Kene bayar tak kalau buat kad bank baru ? Sebab baru first time hilang nihh

    ReplyDelete
  17. Kalau ada transaksi pengeluaran duit , boleh detect ke kat mana pengeluaran duit tu dilakukan ?

    ReplyDelete
  18. Kalau kad bank kita hilang blh ke org y jumpa tu keluarkn duit kita sedangkan dia x thu no pin kita??

    ReplyDelete
  19. Klau kad hilang dah call bank ckp nak hold akaun tpi kad belum buat baru dalam masa x buat lagi tu kan boleh ke nk bt transaksi on9 ??

    ReplyDelete