Tuesday, January 17, 2012

bosan itu lelah.

salam.

Ahad lepas aku ke Kuala Pilah, Negeri 9. Rombongan mendaki Gunung Angsi anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine, UiTM Puncak Perdana. Ini antara program-program yang aku sertai dalam usaha pencarian aku. Sebelumnya aku ada juga pertaruhkan sabtu ahad aku setiap minggu untuk kurangkan penglibatan aku dalam hal komander, dalam level komander. Bukan untuk ketepikan hal komander macam itu je lepas habis kontrak kokurikulum, cuma aku terpaksa usaha untuk cari balik. Tapi taruhan aku kabur, yang aku pun masih belum jelas dengan kepastiannya. Macam2 dah alternatif aku untuk usaha. Usaha untuk cari hati baru, rasa baru. Rasa yang hilang di Puncak Perdana, aku cari di puncak Gunung Angsi. Betul... aku sertai pendakian itu dengan harapan akan temu balik hati yang hilang tercicir entah di mana, yang hilang dalam perjalanan hidup komander. yang hilang dalam dunia komander. yang hilang dari dunia komander. hati aku dah hilang untuk dunia komander...

memang itu kah yang jadi, atau aku yang buat mind-setting macam itu?

aku manusia juga... macam mana aku nak cakap dengan orang yang hadapi ini. kalau aku nak cakap pada orang yang rasa macam yang aku rasa sekarang, aku nak cakap pasal pilihan. manusia ada pilihan. setiap hari ada pilihan. setiap hal ada pilihan. setiap perkara. pilihan bagaimana persepsi kita pada sesuatu, pada keadaan kita saban hari, atau dalam masa2 tertentu. bila kita ada keberatan, kita ada pilihan. contoh... sekarang bila rasa macam ini, kita ada pilihan sebenarnya samada kita mahu anggap positif dengan ini atau kita mahu anggap negatif. itu aku akan cakap kalau kalian nak mengadu pada aku perihal perkara yang aku adukan dalam ini, masa ini. jadi aku sebenarnya ada pilihan... nak fikir positif atau negatif. kalian jugak.

katakan aku kata aku dah tak ada hati dengan dunia komander, seterusnya apa?

i- bila kahwin, lepas suatu tempoh, mungkin aku akan rasa macam ini lagi. rasa dah tak ada hati. tapi adakah masa itu aku akan pergi je tinggalkan semuanya? macam yang aku buat dulu, dan macam yang aku terfikir nak buat sekarang...

Sunday, January 15, 2012

tolong jangan baca.

sebab aku cuma mahu tulis.

..........

melampau.

menyibuk.

keji.

zalim.

menganiaya.

annoying.

aku minta maaf.

macam mana nak hilang tanpa masalah?
macam mana nak hilang tanpa timbulkan spekulasi2 dalam kalangan mereka yang suka berkata-kata?

dua tiga hari lepas aku fikir aku sudah sedia menjalani hidup kembali.
tapi dua tiga jam lepas aku masih punya perasaan itu... sakit. sangat.
tak berbaloi untuk hidup.
tak jadi penambahan dari setiap kebaikan.
jadi lebih baik jadikan ketenangan dari setiap kejahatan.

apa nak buat dengan hidup aku kemudiannya?
betapa indah sekalipun aku rancangkan,
aku dah tak dapat kawal diri sendiri.
dah tak ada yang boleh kawal.
dah tak ada kawalan diri.

jadi diri dah tak patut ada, aku rasa.

Saturday, January 14, 2012

biar atau tak biar?

salahfaham-salahfaham yang timbul, patut kah aku peduli?
itu semua memang kah salah faham atau sudah faham...?

yang aku sangka salah faham...
benarkah ia cuma salah faham, atau ia memang itu?

aku yang ignorant, tak mahu ambil tahu.
dan seterusnya aku akan terus tak tahu.

aku yang sayang organisasi, mahu ia terungkai.
tak mahu gunakan 'biarkan si luncai'
tak mahu ada yang terabai.

aku fikir aku sayangkan organisasi
tapi nak ditahan, semuanya macam dah langsi
jadi aku fikir biar aku jadi ignorant, macam dulu (yg sgt dulu, mse di zmn sklh. kt u ni ak buang sifat tu)
biar gempa, ribut, taufan sekalipun, biar semua berlaku

syukur tiba2 JPK buat hiking, dan bila aku kata JPK, maksudnya tak berkaitan dengan dunia komander. aku boleh keluar dari kebiasaan. boleh cari cabaran.

sebab ini aku suka sangat benda2 adventurous, challenging, dan semua yang boleh dikata
yang ada risiko tinggi, kemungkinan banyak, keselamatan tak tentu, dan jaminan kurang.

hal2 yang buat aku rasa hidup tergugat, nyawa terliat. sekurang-kurangnya bila aku dapat lepasi hal2 macam itu, aku tambah sedikit yakin dengan tahap survival aku. maksud aku... kalau benda yang bermain dengan nyawa pun aku boleh survive... kenapa benda yang seremeh hal komander aku tak boleh?

kalau survive dalam hal2 itu, kenapa dalam hal komander aku sangkut pula?
kalau survive la... kalau tak survive, memang patut lah.

mana... a.m.a.n.i ?

ini cerita dunia lama.
dunia yang dah lama aku sepikan.
cerita yang tiba2 datang dalam ingatan.

dah lama tak jumpa dia.

dia dah tak balas mesej aku.

apa yang buat aku rasa ... ? sekarang selalu teringat dia. (- hati dah pedih baru sibuk nak ingat kat dia.)

tahu aku tak patut kenang, memandangkan masa dah pun lalu.

kami dah bawa haluan masing2. (- dia dah pergi UTM, aku UiTM.)

tapi bila sampai masa2 macam ini,
masa2 aku rasa masa sangat perlahan,
selalunya dia yang buat masa aku jadi laju.

sebab...

kalau aku buat salah,
dia terus sambar aku depan2.

masa aku rasa dunia ini serabut,
dia cerminkan yang serabut itu aku.

masa aku menjerit macam dunia ini hampeh,
dia jerit balik depan muka aku, bagitahu aku yang hampeh.

masa aku rasa diri aku teruk,
dia TUNJUK part yang teruk pada diri aku.

mungkin kalau aku tumbuk orang,
dia akan tumbuk aku balik lepas itu.

masa aku berada di tahap paling bawah dalam hidup aku,
dia boleh turun bawah jumpa aku.

masa aku rasa tak tahu apa nak buat,
dia tunjukkan aku pilihan2 yang aku tak nampak.

masa aku serabut,
dia boleh bagi aku masa.

apa lagi? semua yang tak tercerita.

aku tak harap semua orang sekeliling aku jadi macam dia. tapi aku lagi tak harap mereka tak jadi macam dia.

memang dengan dia, aku sakit. sebab bila aku sakit hati, dia tambahkan sakit hati itu dan buatkan sakit hati itu di tahap maksima. tapi lepas lalui kemuncak, sakit hati itu pergi.


dia jadikan pedih sakit hati aku increase, tapi jadikan jangkamasa sakit hati aku decrease. apa lagi yang aku nak harap?

sakit nya ingat dia, tapi tak dapat capai dia.

she's not an angel though, but she's worth wishing for.

Tuesday, January 10, 2012

hijrah.

teringat kata2... tentang ubah. berubah. perubahan. dengan hijrah. perpindahan.

dulu aku fikir hijrah yang bermaksud perpindahan itu, adalah perpindahan dari yang buruk kepada yang baik. rupanya kaitan hijrah dengan perubahan bukan sekadar itu. mereka punya perkaitan yang lagi kukuh berbanding dengan apa yang aku fikir semata.

bahawa hijrah itu perpindahan. dan perubahan adalah perubahan. dua perkara berbeza yang berkait.

perubahan itu adalah perubahan, seperti yang aku sangka... daripada buruk kepada baik. daripada segala yang tak elok kepada yang baik belaka. sedangkan hijrah itu tetap perpindahan. perkaitan antara keduanya adalah... perubahan adalah peralihan kita dari yang buruk kepada yang baik. seterusnya baru kita lihat pada hijrah. kita perlu berhijrah untuk berubah. setiap perubahan kepada kebaikan, kita perlu jaga. dan cara terbaik untuk jaga dan kukuhkan dulu perubahan itu adalah melalui hijrah. kalau tak ditinggalkan tempat kita biasa buat jahat, bagi aku susah untuk kita tinggalkan kebiasaan buat jahat itu.

sebab itu... kalau tak disusuli dengan hijrah, khuatir akan kembali kepada keadaan asal.

berat.

lost.

dah rasa macam dunia ini bukan dunia aku. untuk apa fikiran dalam kepala aku ini kerja kuat sangat? untuk apa ia fikir macam2?

aku tahu... kita memang patut terus berfikir, biar otak tak karat. tapi ini fikir dah macam2 sangat, yang aku rasa tak perlu pun ia fikir. buat kepala aku jadi berat. buat aku beban, memandngkan aku yang kena bawa kepala ini ke sana sini. banyak fikir sangat sampai sekarang tak tahu nak fikir apa. tak tahu berapa banyak masalah aku dah libatkan diri. tak ada masalah nak sangat cari masalah... sekarang dah susah.

tapi masa2 sekarang ini lah aku kena ingat... masalah itu untuk diselesaikan. ini kata2 paling klise yang boleh kita bagi pada kawan2 yang masalah, tapi jarang kita ingat sendiri bila ada masalah. sekarang aku cuma kena sakit hadapi masalah ini, bila nanti dah selesai aku akan jadi lagi matang lah, kan? tapi kenapa untuk masalah ini aku macam tak nampak solusi...?

Monday, January 9, 2012

nak. (2,3 hari lalu)


salam.

dunia akhirat. banyak tanda tanya.
apa motif attitude aku belakangan ini? apa motif perilaku dan peribadi macam ini?
terfikir lagi untuk pergi. kalau boleh lari jauh2 aku lari. memang bila ada yang tak kena aku rasa nak lari. bila banyak perkara buat aku makin tak reti. 

sebelum ini aku biasakan larikan diri ke Kuala Kangsar. tapi sekarang dah rasa makin jauh dengan apa yang ada di sana. aku nak mandi sungai di Batu Ampar. aku nak terjun dari batu besar. aku nak berenang dalam sungai dalam. aku nak bernafas udara bersih sana bila bangun pagi. aku nak pusing kampung sekeliling. aku nak kayuh basikal redah sawah. aku nak duduk tepi masa mereka ke parit untuk mandi. aku nak duduk di divider renung bendang. aku nak kait kelapa atas pokok. kelapa muda, belah, minum air. kelapa tua, belah, buat santan. aku nak tengok bukit hutan yang hijau lagi belakang rumah opah. aku nak tengok pokok tunggal di tengah sawah. aku nak tengok pulau kecil yang jadi tapak bagi pokok itu. aku nak tengok opah yang dah tua tapi tak nak berhenti buat kerja...

aku nak balik kampung seorang dan tengok semua itu. aku nak naik keretapi di KL Sentral. aku nak duduk sebelah tingkap biar nampak luar. aku nak tengok penumpang2 lain dalam keretapi. aku nak tengok muka2 mereka yang masing2 ada cerita sendiri. baik yang positif macam aku. atau yang negatif macam aku. aku nak tengok mereka yang akan duduk berjam dalam keretapi dengan aku. aku nak tengok ada tak muka yang aku kenal. tak kenal pun aku nak tengok juga. aku nak tengok mereka yang jalan berulang-alik dalam keretapi yang bergerak. aku nak tengok pakcik yang selalu cek tiket penumpang seorang demi seorang. aku nak tengok pakcik itu dengan seragam biru dia. aku nak tengok orang2 yang suka melepak di kawasan penghubung antara koc-koc keretapi. aku nak tengok pakcik yang naik keretapi dengan makcik. aku nak tengok orang yang naik keretapi seorang2 macam aku. aku nak tengok pelancong2 asing yang ada dalam keretapi. aku nak tengok keretapi ini...

aku nak rasa seronoknya bila fikir aku akan sampai ke tempat yang buat aku rasa selamat. aku nak rasa sejuk air sungai bila aku mandi dalamnya. aku nak rasa, dapat bangun pagi dengan tenang. aku nak rasa betapa bertuah nya aku bila dapat tengok semua itu. aku nak rasa betapa lapangnya dada bila dapat tengok semua itu.

tapi semua itu nak kah ditengok aku lagi?

Tuesday, January 3, 2012

bahasa

salam.

kata mereka... "buat entri kat blog, ayat takyah la skema sangat!"
kata aku... "blog aku, suka aku lah nak ayat skema ke apa"

kata mereka... "nanti takde org nak bace blog kau"
kata aku... "biar lah, kalau ayat vogue macam bagus sangat pun belum tentu semua orang baca"

kata mereka... "at least tak la boring sgt"
kata aku... 'biar lah blog aku boring pun, asalkan aku jaga bahasa aku"

kata mereka... "tak yah nak buat2 mcm pencinta bahasa sgt la"
kata aku..."at least bukan aku yang rosakkan bahasa"

kata mereka... "jaga bhs pon xde org follow kau buat pe ade blog"
kata aku... "blog aku bukan untuk aku cari publisiti semata"

kata mereka... "kau ni tak nak terima kritikan"
kata aku... "bukan semua aku tak terima, tapi kalau yang nak beri pegaruh tak elok, kenapa aku kena peduli?"

kata mereka... "tapi ini kritikan yang membina"
kata aku... "part mana? jangan guna bahasa sebenar, berbanding dengan bahasa pasar?"

kata mereka... "ni utk bagi blog ko ramai follower, tak elok ke?"
kata aku... "habis tu kalau orang kata pakai2 tudung ni orang zaman dulu je yang buat, takkan aku nak buka?"

kata mereka... "aku tak cakap psl tudung pon"
kata aku... "mungkin hari ini kau tak cakap, tapi esok lusa?"

kata aku... maaf aku tak berniat nak offense kalian yang sangat pandai menggunakan bahasa2 yang dekat di hati pembaca, aku cuma mahu menjawab sindiran mereka yang fikir pengguna bahasa Melayu asal itu kuno.

kata aku... setiap orang ada pandangan masing2, betul atau salah bukan masalah.

sekian.