apa yang kita tengah fikir sekarang?
pasal kawan? pasal lover?
atau pasal mak ayah yang susah payah di kampung?
-mungkin kita bukan antara mereka yang hadapi masalah ini...
adakah kita fikir pasal orang-orang buta yang sudah beberapa tahun hidup dalam serba gelap
atau...
sekadar pasal diri kita yang cuma baru beberapa tempoh diberi ujian menghadapi detik-detik kegelapan?
adakah kita fikir pasal orang-orang bisu yang tidak mampu berkomunikasi dengan orang-orang biasa yang kebanyakannya tidak fasih bahasa isyarat? orang-orang bisu yang tidak berpeluang bercerita sebanyak kita, kerana kemampuan berkomunikasi mereka terhad?
atau...
sekadar pasal kita yang tidak berjaya menyampaikan cerita-cerita hot yang entah apa faedahnya kepada orang yang mendengar?
adakah kita fikir pasal orang-orang yang ada masalah pendengaran yang sukar mendapat maklumat secara terus dari penyampai maklumat yang menggunakan bahasa lisan, dan masalah-masalah lain yang mereka hadapi disebabkan masalah pendengaran?
atau...
sekadar fikir pasal masalah kita tak dapat dengar lagu-lagu yang kita suka, atau tak dapat dengar cerita-cerita panas dari kawan-kawan yang punya banyak cerita?
adakah kita fikir pasal ibubapa-ibubapa yang tidak mempunyai rezeki cahaya mata?
atau...
pasal anak-anak kita yang tidak henti-henti mendatangkan kesusahan kepada kita?
adakah kita fikir pasal orang-orang di kampung halaman yang tak cukup makan? pasal nasib anak-anak di bumi Palestin atau negara-negara yang kurang bernasib baik?
atau ...
sekadar pasal nasib diri kita yang cuma kelihatan sedikit kurang bernasib sebaik kawan-kawan yang hidupnya mungkin cuma sedikit lebih baik dari kita?
adakah kita fikir pasal kawan-kawan yang berjuang bermati-matian kerana mempertahankan akidah mereka yang sedang dipijak-pijak dan diinjak-injak oleh kereta-kereta kebal, dan ditembak-tembak oleh penembak bebal?
atau...
sekadar pasal keinginan kita untuk mendapatkan hiburan yang tanpa sedar mampu merosakkan akidah, yang tidak dapat dipenuhi kerana kekangan-kekangan yang datang dari masyarakat sekeliling yang bagi kita 'menjaga tepi kain orang'?
adakah kita fikir pasal kesusahan yang kawan-kawan di negara-negara yang masih hadapi peperangan, yang dianiaya orang-orang yang mereka tak kenal yang datang entah dari negara mana-mana dengan macam-macam senjata?
atau...
sekadar pasal kesusahan yang kita tanggung sekarang sebab dianiaya orang-orang yang kita kenal yang kita tahu tahap kekuatannya - yang tak kuat mana pun sebenarnya, tapi kita beria-ia fikirkan... macam lah apa yang diorang buat itu boleh ancam nyawa kita.
adakah kita fikir pasal kesusahan yang kawan-kawan di negara-negara yang masih hadapi peperangan, yang dianiaya orang-orang yang mereka tak kenal yang datang entah dari negara mana-mana dengan macam-macam senjata?
atau...
sekadar pasal kesusahan yang kita tanggung sekarang sebab dianiaya orang-orang yang kita kenal yang kita tahu tahap kekuatannya - yang tak kuat mana pun sebenarnya, tapi kita beria-ia fikirkan... macam lah apa yang diorang buat itu boleh ancam nyawa kita.
kali ini aku tidak ambil bahan dari mana-mana, jadi tiada kredit untuk siapa-siapa... waktu aku sedang berfikir soal kawan-kawan yang menimbulkan (cuma) sedikit masalah yang (1000x) lebih remeh dari apa yang mereka-mereka yang lain (yang jauh lebih sukar ujiannya) hadapi. kita sibuk fikir pasal perkara-perkara remeh di sekeliling kita, tapi lupa untuk fikir pasal perkara-perkara yang jauh lebih penting...
No comments:
Post a Comment