Tuesday, March 6, 2012

takut

dari masa ke masa aku kumpul info pasal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). aku intai Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM). aku tanya tentang pengambilan baru. aku tengok iklan di akhbar. aku macam betul-betul nak jadi.

tapi bila sampai tarikh temuduga... aku freak out. aku tak pernah cuba pergi. tah apa yang aku takutkan... tapi aku takut.

mungkin takut dengan komitmen?
-memandangkan aku masih belajar, dan masih ada 'mahu' untuk jadi TLDM, aku fikir baik aku jadi PSSTLDM dulu. tapi kalau aku jadi PSSTLDM, apa sebenarnya yang aku perlu sedia untuk korbankan? berapa banyak masa aku perlu luangkan? dan sejauh mana ketahanan aku mampu bertahan? untuk soalan-soalan macam ini, aku rasa bukan masalah sebenarnya bila aku tak fikirkan. boleh je aku terus redah... macam aku mula-mula jadi komander dulu. komitmen... kalau itulah yang aku takutkan, kenapa dulu aku berani-beraninya jadi komander? yang juga tuntut komitmen yang tinggi sepanjang tempoh pembelajaran aku di kampus ini. sebab aku tak takutkan sangat komitmen macam ini. kalau tak takut komitmen, mungkin baik kalau aku terus ke temuduga PSSTLDM dan sertai mereka. tapi itulah... aku takut untuk ke temuduga itu.

bila cerita pasal takut... aku tahu macam mana nak elakkan takut. tapi pada perkara-perkara yang aku gantungkan harapan yang tinggi macam ini, aku tak yakin aku boleh tak rasa takut. dan untuk minat dan 'ingin' aku yang entah sedalam mana, perlu berdepan juga dengan temuduga itu.

itulah... aku macam minat sangat dengan TLDM. aku bukan takut dengan apa yang aku bakal lalui kalau aku benar-benar sertai TLDM. mungkin aku akan gabra, cuak dan apa-apa lagi. tapi sekurang-kurangnya aku dah sediakan mental dan fizikal setakat yang aku mampu, ke arah itu... memandangkan aku sudah simpan minat ini dari zaman sekolah. tapi aku lupa buat persediaan untuk temuduga ini... jadi sekarang, aku tiada persediaan langsung untuk temuduga ini.

bolehlah kalau kamu nak tawakan aku sebab lebih bimbang soal temuduga yang cuma permulaan ini, berbanding dengan bimbangkan apa yang aku akan lalui sepanjang sesi latihan kelak. bolehlah kalau nak pertikaikan kenapa aku buat kecoh cuma perihal temuduga... tapi kamu cuba fikir, nanti bila kamu nak ke temuduga kerja di mana-mana syarikat atau jabatan pun, kamu perlu ditemuduga. apa akan jadi kalau kamu ke temuduga itu tanpa persediaan? kamu bawa resume dan kosong-kosong masuk berjumpa dengan penemuduga yang sudah bersedia awal untuk tekan kamu... lepas kah?

itu pun cuma temuduga untuk kamu dapatkan kerja. sedang temuduga yang aku sibuk cuakkan dari tadi pula temuduga untuk aku jadi sesuatu yang aku dah lama nak jadi... nampak kah kamu apa yang beza? kalau tak nampak, ya sudah... mungkin kamu akan lebih faham bila kamu ada cita.

jadi... di sini aku yang nak jadi navy, masih takutkan sesuatu. aku tahu dengan takut ini, aku mungkin akan fikir berkali-kali lagi pilihan aku untuk jadi navy ini, adakah benar? dengan takut ini juga aku mungkin mengalah dan lepaskan peluang yang mungkin akan hadir depan mata. entah... takut-takut.

No comments:

Post a Comment