Tuesday, March 6, 2012

faham

bila aku kejar perkara-perkara yang orang lain tak kejar,
                                     dan
bila aku tak kejar perkara-perkara yang orang lain kejar,

                          salah aku kah itu?

hidup takkan semudah yang kita sangka. 

kalau ditanya ke aku, kenapa...
-aku macam ada dunia sendiri waktu tengah makan
-aku macam tak berperasan
-aku suka ini, suka itu
-aku tak suka ini, tak suka itu
-dan segala musykil-musykil yang timbul
-dan segala yang keliling rasa pelik

kalau tanya pula kenapa...
-aku nak sangat jadi navy
-aku sangat tak mahu kerja pejabat
-aku tak mahu dunia glamour

aku ada banyak jawapan. nak dipendek cerita, aku tahu kenapa aku begini dan begitu. kenapa dan kenapa itu mungkin tak semuanya aku dah jumpa, tapi kebanyakannya aku dah jumpa. kamu sudah?

kadang-kadang aku pun kurang faham dengan hidup, yang sekejap-sekejap berubah. mudah... kamu mesti fikir aku masih belum faham hukum dunia, yang mana memangnya hidup ini berubah-ubah. yang itu aku tahu. kenapa itu aku tahu juga. cuma aku masih belum faham... aku pun kurang faham bahagian mana yang aku belum cukup faham. yang pasti aku masih kabur sedikit. sebab kalau aku sudah cukup faham, hati sepatutnya reda setiap kali perubahan itu datang. kalau aku benar-benar faham, fikiran sepatutnya tangkap segala kebaikan yang ada di sebalik segala perubahan itu. kalau aku sudah betul faham, sepatutnya begitu.

dan kamu yang awal tadi rasa kamu lebih faham tentang hidup, fahamkah kamu apa sebalik semuanya? fahamkah kamu setiap zarah?

No comments:

Post a Comment