Friday, March 23, 2012

hari-hari terakhir

dua tiga hari yang lepas, masa main bola tampar, aku dapat panggilan...

kesannya... kini aku cuma tinggal dua, tiga hari untuk bermain bola tampar.

sebelum panggilan itu, aku tahu aku bakal di'kuarantin' di Puncak Alam untuk perkampungan Komander Kesatria Endurance Challenge 2012 yang akan berlangsung Mei ini. tapi lepas dapat panggilan itu, baru aku tahu kami bakal dikuarantin awal, jauh lebih awal...

tarikh akhir peperiksaan aku 26 Mac. ikut perancangan awal, lebih kurang seminggu selepas tarikh itu aku akan tinggal tetap di Puncak Perdana, sementara tunggu kawan aku yang habis peperiksaan 30 Mac... kami cadang untuk luangkan masa beberapa hari di rumahnya di Pahang, sebelum aku terus ke Kuala Kangsar (macam biasa bila cuti panjang) ke rumah opah aku. dan aku boleh habiskan masa lebih kurang dua, tiga minggu di sana sementara tunggu tarih perkampungan KKEC (yang mulanya ditetapkan) pada 19 April. Sepatutnya seminggu pertama yang aku luangkan di Puncak Perdana itu, adalah untuk aku nikmati bola tampar puas-puas, sebelum tinggalkan untuk masa yang agak lama. tapi kerana panggilan petang itu... perancangan berubah 180 darjah.

Rupa-rupanya masa aku dapat panggilan itu, perkampungan KKEC dah pun mula di Puncak Alam... jadi kami perlu 'lapor diri' secepat mungkin. betul-betul sehari lepas habis exam, kami perlu ke sana... ikut latihan. Musnah impian nak main bola tampar lama sikit. Hancur harapan nak teroka Pahang. Rosak rancangan nak jejak kaki ke Kuala Kangsar lagi. Tak ada peluang nak jenguk opah dalam masa terdekat ini. Tak dapat ambil baju-baju yang aku tinggalkan di kampung. dan macam-macam lagi perkara untuk dirungutkan. sebab perkampungan KKEC yang diawalkan lebih kurang tiga minggu, dari tarikh asal. Huh...

ini... sangat ad hoc. Dan ad hoc ini sangat... ??? ... (xtau nk ckp)

perubahan jadualnya lebih kurang macam ini...

*KKEC 2012                   =     5 Mei - 8 Mei 2012
  Perkampungan (asalnya) =    19 April - 4 Mei 2012
  Perkampungan (kini)       =    27 Mac - 4 Mei 2012

jadi sekarang... dengan beberapa hari yang tinggal, aku mahu habiskan dengan main bola tampar... aku mahu main bola tampar sampai puas...

No comments:

Post a Comment