cuba ingat-ingat balik hari-hari yang lepas... hari-hari yang pernah buat buat kita syukuri hidup ini. hari-hari yang datang dan pergi, dan tinggalkan cuma memori. hingga hari ini, kita cuma ada memori.
memori boleh buat macam-macam pada orang. memori boleh jatuhkan dan naikkan orang. percaya...?
cuba ingat balik orang paling penakut yang kita pernah jumpa, kenapa dia penakut?
dan orang paling hebat kita pernah jumpa, kenapa dia hebat?
bila orang takut... mesti ada sesuatu yang dia selalu ingat-ingat. kalau aku tak salah, ini dipanggil sebagai truma atau fobia. ala... kalau takut biasa-biasa pun termasuk juga lah. agak mustahil bagi manusia yang normal untuk takutkan sesuatu yang tiada dalam memori mereka. inilah yang aku fikir boleh dikaitkan sifat-sifat penakut yang ada dalam diri manusia... sebab ada sesuatu yang menakutkan dalam memori manusia. kalau seorang kawan kita tengok cerita seram, kenapa kemudiannya dia jadi takut-takut? kalau tak setiap masa pun, ada masa-masanya. sebab memori itu lah... yang dia tengok, dah masuk dalam fikiran dia. (mungkin sebab ini aku tak berminat tengok cerita seram) dan kawan-kawan yang tengok cerita seram dan buat lagak macam tak takut langsung, mungkin ada wayar dalam kepala dia yang dah lari mana-mana. kalau tak pun, mungkin dia cuba sorok ketakutan itu, tak nak orang lain nampak. suka hatilah...
orang yang mampu... pun boleh kaitkan dengan memori juga. ada orang mampu buat itu ini, dalam pada ramai orang yang tak mampu buat sesetengah benda yang orang yang mampu buat itu buat. sesetengah perkara atau hal dikategori sebagai BAHAYA atau TAK BERBALOI untuk dilakukan, dan ini adalah kata-kata mereka yang TAK MAHU atau TAK MAMPU buat. dalam sesetengah kes, orang yang lemah mampu buat sesuatu yang orang yang kuat tak mampu buat. ada kah? macam tak mungkin sikit tapi tak mustahil... sebab itu aku kata dalam sesetengah kes. lemah atau kuat... itu subjektif. kurang lebih seseorang tak sama. mungkin orang ini lemah dalam satu perkara tapi kuat dalam perkara lain. orang lain pula sebaliknya. kan subjektif?
jadi dalam sesetengah kes yang agak jarang-jarang tapi hakikatnya selalu jadi, orang yang asalnya tak mampu buat sesuatu tapi berjaya buat juga akhirnya. (maknanya dia mampu tapi tak perasan lah kot...apa-apalah). orang ini... dalam situasi biasa, tak mampu buat. tapi sampai suatu tahap, dia buat dan baru dia tahu dia mampu sebenarnya. situasi itulah, yang mana adanya motivasi. kalau tanpa motivasi, maknanya suruh dia buat saja-saja, sumpah dia tak nak buat! tapi dalam keadaan terdesak atau situasi-situasi yang memaksa, ada semacam motivasi yang dorong dia buat... ini antara fitrah manusia. bila ada motif, boleh jadi MAMPU lakukan perkara-perkara yang dia tak pernah mampu langsung. motif itulah... yang aku nak kata sebagai motivasi. motivasi itulah yang aku nak kaitkan dengan memori. kaitannya apa?
motivasi itu sendiri datang dari pemikiran, dalaman yakni pemikiran atau kesedaran individu itu sendiri, ataupun luaran yakni melalui pemikiran atau kesedaran dari orang lain. mungkin ada pengaruh luar yang beri motivasi itu. tapi kalau datang dari pengaruh luar pun, kalau motivasi itu tak masuk dalam memori individu itu, dia tak akan mampu juga. maka... motivasi yang diperoleh dari mana-mana sumber sekalipun, telah masuk dalam memori lalu diulang-ulang oleh fikiran yang akhirnya menghasilkan keMAMPUan... lalu manusia menjadi mampu, kan?
jadi bila ada ketidakmampuan, jangan sedih atau gusar. tapi risaulah bila tiada memori. sebab orang yang tanpa memori, mesti rasa kosong... sangat. sebab itulah... bersyukurlah sebab Allah bagi kita memori, dan masukkan macam-macam dalam memori itu. sebab memori... yang pahit itu untuk kita belajar, yang manis itu untuk kita jadikan penawar.
No comments:
Post a Comment