Seorang pelatih Kesatria Negara HBU 111 semester lepas tegur aku masa aku turun main bola tampar satu petang...
" Komander, komander... dah sombong eh, sekarang... mentang-mentang dah ada budak-budak part 1 baru,"
Seorang pelatih Kesatria Negara HBU 111 semester ini, masa di padang kawad di hari pertama kor di mana jurulatih suruh isi kad biru (kad kor Kesatria), aju soalan yang macam ini ke aku...
" Komander... Nama saya tulis guna pen biru, yang lain pen hitam... sebab pen biru saya habis dakwat. Tak apa ke?"
mungkin tak lawak mana pun, cuma bila budak-budak ini cakap benda-benda macam itu aku rasa lucu... ada pulak budak-budak macam ini? tapi itulah... antara sikit daripada hiburan masa aku jadi komander. 'ini... apa yang ada dalam hidup aku,' fikir aku lepas blogwalking sikit tadi...
aku jalan-jalan usha-usha tengok-tengok baca-baca blog orang... ada yang cerita soal cinta, cerita cerita ciptaan, cerita majlis, cerita itu ini... sampai juga cerita hidup, yang baginya serba kurang. tanpa mak ayah semua. 'itu... apa yang ada dalam hidup dia,' fikir aku.
dan di bawah sana... di satu gazebo dalam kawasan UiTM Puncak Perdana, ada pihak JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej) yang buka booth aduan penghuni-penghuni kolej. Lagu-lagu dipasang, diperdengarkan seluruh kolej. Ini... suasana yang dah lama agaknya, tak ada. Mereka-mereka yang di bawah sana. Apa yang mereka buat...buat aku rasa mahu turun sama. Itu... juga apa yang ada dalam hidup mereka.
dan aku terbayang... di suatu sudut kawasan yang hancur musnah yang menyimpan hati-hati yang hancur luluh, ada di suatu tempat yang aku tak tahu. ada manusia-manusia yang terpaksa bertarung nyawa, yang hidup mereka dengan tak tahu apa nasib mereka esok hari. mereka yang tak tahu hidupkah, atau matikah mereka, malam ini? pagi esok? lusa? langsung tiada klu. Itu... apa yang ada dalam hidup mereka.
dan aku di sini... mahu fikir apa yang ada dalam hidup aku cukup sakit sampai mahu nangis? jadi jika mahu nangis, ingatkan ini kembali.
lepas apa yang ada dalam hidup mereka, dengan apa yang ada dalam hidup aku... aku masih mahu rungut?
datang satu what if... what if aku jadi sebahagian dari apa yang ada dalam hidup mereka, dan jadikan mereka sebahagian dari apa yang ada dalam hidup aku?
*dengan what if inilah hari ini aku salah seorang pelajar Fakulti Filem Teater & Animasi hari ini... yang satu masa dulu (masa isi upu online) aku cuma terfikir, what if...
No comments:
Post a Comment