Wednesday, October 16, 2013

!!!

Ya Allah.

Aku dah terkedu. Rasa nak menangis pun ada. Tapi tak tahu nangis syukur ke nangis keliru. Kawan-kawan mungkin akan gembira untuk aku, tapi mak abah aku tak akan gembira dengan perkara ni. Macam mana dengan aku?

Usaha aku dari dulu. Pesan mak abah dari awal. Macam mana aku nak duduk tengah-tengah antara kehendak aku dengan kehendak mak abah?


Kelmarin aku rungutkan pada beberapa orang kawan, kerisauan aku berkenaan garis mendatar dalam hidup aku. Masa itu hidup aku kosong tanpa cabaran macam yang aku hadap dalam Dunia Komander, tanpa cabaran macam yang aku hadap masa Komander Kesatria Endurance Challenge, tanpa cabaran yang buat aku lebih produktif. Benar, cabaran seringkali buat aku lebih produktif berbanding dengan masa aku lapang tak buat apa-apa.

Sekali Allah bagi aku sesuatu untuk dipertimbangkan. Sesuatu yang mencabar untuk aku fikirkan. Perlukan kontemplasi yang tinggi. Aku terperasan, beberapa hari sebelum ini aku asyik didedahkan dengan cerita individu-individu yang berani dan telah ambil keputusan nekad untuk tinggalkan sesuatu, yang tidak semua orang mampu buat. Bukan sekali, tapi berkali-kali sudah ceritanya. Aku fikir kebetulan, tapi sekarang boleh jadi cerita-cerita itu klu yang Allah bagi untuk aku nilai. Barangkali.


Nak aku tolak, cuma mak abah yang akan gembira. Aku macam mana? Memang aku pentingkan diri tapi bila aku utamakan hak mak abah (sebagai ibubapa), aku selalu terpaksa ketepikan apa yang aku rasa. Kenapa apa yang aku minat, tak boleh buat mak abah bangga? Kenapa apa yang mak abah nak aku buat, bukan benda-benda yang boleh buat aku hepi? Mesti ke ada korban... Tak boleh ke ada yang tengah-tengah, yang buat aku sendiri hepi dan mak abah bangga, tak ada ke?

Nak aku terima, dan tawakkal je macam masa aku masuk Komander Kesatria UiTM dulu, ... itu yang aku nak buat. Tak perlu ada alasan pun untuk aku buat macam itu. Aku tak perlu fikir apa kenapa dan semua yang akan menghalang aku. Semua itu boleh rosakkan pemikiran aku. Biar aku cuma fikir untuk usaha dan tawakkal. Masa depan, Allah je yang tahu. Rezeki aku pun Allah yang tahu. Mak abah pun bukan tahu sangat sebenarnya (biadap sikit, tapi nak cakap macam mana lagi).

Aku nak fikir macam mana? Aku boleh kata itu masa depan aku, boleh tak biar aku tentukan! tapi aku tak boleh nafikan, ruang untuk masa depan aku tu takkan wujud pun kalau bukan sebab mak abah aku. Aku boleh kata apa yang aku buat itu memang yang aku nak dari dulu! tapi siapa pulak yang jaga aku dari dulu kalau bukan mak abah aku. Walaupun aku dengan angkuhnya selalu rasa macam aku jaga diri sendiri, tapi aku rasa mak pun selalu doa kat aku sebab itu aku boleh membesar dengan selamat.

Paling penting, aku boleh tunggu mak abah redha tak kira berapa lama pun asalkan mak abah redha suatu masa nanti... tapi sementara nak tunggu masa itu sampai, hidup tak ada berkat, macam mana aku nak hidup baik-baik?

Perbincangan hati ke hati tak wujud antara kami, jadi tak perlu usulkan... sebab yang ada cuma kata putus.

Kenapa aku serunsing ini? Kerana Surat Cinta yang aku dapat dalam perjalanan balik ke UMT.

No comments:

Post a Comment