Aku dah usaha sungguh-sungguh tapi tetap tak dapat. Kenapa aku kena usaha kalau dah memang takdirnya aku tak dapat? Untuk apa aku susah-susah usaha?
Pernah rasa tak...
Haha. Aku tahu itu lebih seperti situasi semasa aku sekarang. Tapi ada sesuatu yang aku nak beritahu. Bukan nak kata aku dah terima apa yang aku hadap sekarang. Yang berat masih berat. Cuma jawapan tu ada terlintas dalam kepala ni beberapa hari lepas, masa aku sendiri tertanya-tanya dalam hati...
Memang kita kena usaha. Tentang takdir, siapa yang tahu? Tak siapa, kan. Jadi kita usaha sebab tak tahu takdir kita.
Tentang tak dapat, memang berat. Dah usaha sungguh-sungguh ni, dah letak 100%. Dah bagi seluruh jiwa raga (hahaa kau...), kerah seluruh tenaga, tapi akhirnya tak dapat jugak. Rasa macam... What the?!!
Tapi tahu tak, walaupun apa yang kita nak tu tetap tak dapat, tapi apa yang kita usaha tu tetap dikira. Dan tahu tak, yang namanya Takdir itu memangnya yang terbaik untuk kita. Yang kita nak tu, sejauh manapun pandangan kita, seluas mana pun pengetahuan kita, ada masanya memang bukan untuk kita. Bukan untuk kita tu, samada memang tak baik untuk kita ataupun Allah nak bagi yang jauuuuuuuh lebih baik untuk kita.
Jadi aku rasa, keputusan kita samada nak usaha sehabis baik atau cuma duduk menunggu datangnya kata putus... itu mungkin juga penentu samada Allah nak bagi kita yang terbaik ataupun cuma ala-kadar-asalkan-dapat ataupun memang tak payah bagi apa-apa! Tengok usaha kita macam mana... You reap what you sow, walaupun sangat klise dan membosankan, memang sangat benar sebenar-benarnya.
Nak ceramah panjang-panjang pasal isu ni rasa lain macam pulak, memandangkan aku pun tengah cuba untuk fit in... disebabkan kecewa ini tapi setidak-tidaknya aku boleh cuba kongsi cetusan idea yang turun dengan ilham ini. Jadi marilah kita sama-sama cuba terima takdir masing-masing, lebih-lebih lagi pada hal yang 'berat-berat' tu. (Peringatan keras untuk aku.)
Sebenarnya aku terkesan juga dengan ini...
Sesekali terfikir juga, Allah bagi aku jawapan direct. Sebab ditutup terus jalan untuk aku dapatkan apa yang aku nak sangat tu. Tiada kompromi. Sekali lagi cakap, kalau dibagi pada aku sekali gedebuk macam ni, memang rasa berat. Tapi sekurang-kurangnya aku tak lagi tertunggu-tunggu, tertanya-tanya, terangan-angan dan aku (nak tak nak) boleh (perlu) move on. Nak expect apa lagi kan?
Jadi sekarang aku perlu move on dan cari pengalaman lain, mungkin ikut jalan yang aku belum pernah lalu. Macam bagus je buat macam tu... padahal rasa macam aku ni tak tetap tempat. Kadang-kadang rasa macam 'kapal' sangat aku macam ni, tapi most of the time aku rasa macam orang yang tak ada hala tuju.
Ya. Umur aku 21. Aku pernah ada hala tuju. Tapi kali ini aku kena cari yang baru. Kamu boleh anggap aku mengalah kalau itu yang kamu mahu. Tapi aku mengalah untuk sesuatu. Bukan dengan terburu-buru. Bukan kerana rasa tak mampu. Ia sesuatu yang kamu tak tahu, yang aku sendiri pun tak tahu macam mana nak beritahu.
Cuma aku boleh kata, aku mengalah lepas berusaha. Terpulang samada nak percaya.
Jadi usah perkotak-katikkan usaha.
No comments:
Post a Comment