dalam tempoh beberapa bulan ni, aku sangka aku dah mula mampu lupakan cita-cita aku dan teruskan dengan hidup aku. tapi tiba-tiba pakcik guard yang duty sekali dengan kami mase crowd control bagi aku harapan lagi. sedangkan aku harap aku dapat lupakan je cita-cita yang macam jauh dan semakin jauh hari demi hari.
asal-usul : aku masuk uitm puncak perdana ni dengan redha walau kos yang ditawarkan sangat berisiko tinggi di alam pekerjaan nanti atas satu sebab. aku nak lalui jambatan menuju cita2 aku - PALAPES. aku ambil risiko untuk teruskan dengan bidang yang menjurus ke bidang hiburan yang aku selama ni tak nak, cuma sebab aku nak dapatkan tempat dalam PALAPES. tapi datang2 puncak perdana ni, rupa-rupanya tak ada PALAPES, sebab pentadbiran tak nak susahkan pelajar2 sebab terpakse ulang-alik ke induk. pentadbiran memang prihatin kalau korang nak tahu. kalau ditanye2 balik pade pelajar2 lame, memang payah diorang nak berulang semate2 nak ikut kor di induk. sebab tu diwujudkan kor di puncak perdana sendiri, tapi tak banyak sebab pelajar pun bukannya banyak sangat. untuk sem 1, ade 2 yakni Kesatria Negara dan BPC (ala-ala PBSM...). aku yang memang tak mampu dengar ceramah walau sekejap dan tak minat dengan perubatan, memanglah takkan masuk BPC. make aku masuklah Kesatria Negara yang lebih menjurus kepada kawad dan aktiviti2 luar pintu.
tapi macam2 mana pun, kesatria negara tidaklah sama dengan palapes. tidak dapat dipastikan samada pangkat2 dalam kesatria negara ni mampu membantu aku mendapat tempat dalam TLDM, tapi menurut maklumat dalam beberapa tempoh ni, penglibatan dalam kesatria negara tidak akan mempengaruhi permohonan aku untuk TLDM nanti. bagaimanapun, aku akan cuba teruskan dengan kesatria negara bersungguh2. cuma untuk masa hadapan, aku perlu kontemplasi supaya sebarang keputusan yang dibuat, takkan menyebabkan aku kesal di kemudian hari.
ada masanya aku fikir baik lupakan je cita2 yang dah makin menjauh tu. usaha aku sepanjang zaman persekolahan demi cita2 ni? apa...
- ikut aktiviti2 lasak sekerap mungkin
- libatkan diri dengan sukan seboleh mungkin
- lazimkan diri dengan cabaran dan kesusahan setabah mungkin
- pastikan berat badan terjaga se ideal mungkin (bila lebih aku kurangkan,bila kurang aku lebihkan)
- hilangkan emosi dan pengaruhnya secekal mungkin
- sertai seni pertahan diri dan latihan sebanyak mungkin
- dapatkan tali pinggang tae kwon do setinggi mungkin
- tingkatkan stamina sekuat mungkin
- sediakan diri sebaik mungkin
ni ke?
hampir setiap perkara yang aku buat, aku kaitkan dengan cita2 aku tuh. make bile aku rasa jatuh, aku kembali bangun. cita2 yang aku pegang selalu bagi aku kemampuan. make aku tersedar impak cita2 pada kita. cita2 bukan apa2 bila hanya disebut, tapi cita2 bagi dorongan bila ia betul2 dipegang.
kalau aku lepaskan je cita2 aku, sia2lah usaha aku di zaman persekolahan dulu?
kalau ikutkan hati, memang begitu...sia2 lah. tapi ikutkan fikiran, lepas difikir2kan...kalau sekarang aku lepaskan cita2 tu, memang aku macam loser sebab mengalah sekarang. tapi keadaan cuma aku yang faham. halangan tu bukan cuma dari luaran, maka aku masih mengkontemplasi.
tentang usaha2 di zaman persekolahan, aku tak kesal dan tak rasa ia sia2. sekurang2 nya meskipun kelak aku tidak dapat capai cita2 yang aku betul2 harapkan selama ini, aku punya badan sihat dan kuat... haha. aku punya BMI ideal. aku punya stamina tinggi, boleh dimanfaatkan untuk yang lain jugak. kene ikhlaskan lah. kalau ade antare korang yang dah usehe habis dan dah buat macam2 untuk kejar cite2, tapi akhirnye masih gagal... jangan kate ape yang korang buat dulu tu sie2. takde ape yang sie2 disebabkan cite2. ape yang kite buat demi cite2 sebenarnye ade manfaat kat diri kite personally, sedar tak sedar je.
berat cerite perihal cite2 ni. berat bagi aku. waima bile orang tanye cite2 aku mase di sekolah dulu pon, aku berat nak jawab. sebab aku takut tak dapat capai... sebab aku betul2 nak realisasikan cite2 ku tuh. aku betul2 nak... sebab tu aku sentiase pegang. tapi untuk mase hadapan aku, Allahu a'lam.....
*Allahu a'lam = Allah yang lebih tahu.
No comments:
Post a Comment