aku di divider jalan raya, masih tunggu jalan raya itu lapang sebentar untuk melintas. masih tercari-cari masa yang sesuai untuk melintas. melihat kenderaan2 datang dari arah kiri, agak jauh dari situ terdapat lampu isyarat yang masih berfungsi. aku lihat tika lampu merah bagi kenderaan yang menghala ke arah jalan di mana aku berdiri, jalan itu lengang. ada sedikit 'gab' antara kumpulan kenderaan yang sudah melepasi lampu isyarat tersebut dengan kenderaan yang seterusnya. aku tunggu kumpulan kenderaan berkenaan melepasi tempat aku berdiri supaya aku dapat melintas ketika jalan raya itu lapang sebentar lagi.
aku melihat dari jauh, sebuah motosikal RXZ memecut melalui kawasan lapang itu. pendapatku, dia menyebabkan pelintas tidak dapat melintas kerana menunggunya habis melalui kawasan lapang itu. hanya kerana menunggunya seorang melepasi kawasan lapang itu. bengkek aku melihatnya. barangkali dia itu salah seorang mat rempit, atau apa saja...dahi berkerut secara automatik melihat tingkahlaku sebegitu. memecut di celah2 kumpulan kenderaan yang sedang perlahan trafiknya dengan kelajuan yang tidak sepatutnya. menyakitkan hati. sedang aku memikirkannya, sebuah lori yang melalui hadapanku berhenti untuk memberiku ruang untuk melintas. tersenyum aku melihat bahasa isyarat pemandu tersebut dan konduktornya yang sudah berkali-kali sebenarnya cuba menyuruhku melintas, tetapi aku tidak menyedarinya tadi. sambil menundukkan kepala sebagai tanda terima kasih, aku melintas di hadapan mereka.
aku sudah melepasi lori tersebut dan sudah hampir ke seberang jalan. tiba-tiba aku terasa seakan-akan dihentam, dari tepi mungkin...
sedar2 aku sudah terbaring di jalan raya. lalu aku cuba untuk bangun, syukurlah aku mampu. mengambil kembali begku, aku melilau mencari punca kejatuhanku. aku nampak motor yang aku lihat sebentar tadi. akhirnya dia menyebabkan kecelakaan juga, cuma aku tidak menyangka akulah yang menjadi mangsanya. dari jauh aku memandangnya, dan terus berjalan ke arah destinasiku. malangnya untuk tiba ke destinasiku, aku terpaksa melalui jalan di mana lelaki tersebut berhenti. bukannya benciku untuk melalui sebelahnya itu kerana dia melanggarku tadi - barangkali itu cuma ujian Allah untuk aku - tapi benciku itu adalah kerana apabila dia melihat aku mampu berdiri setelah dilanggarnya tadi, dia berani untuk bersuara membebel padaku, menyalahkan aku. bebelan lelaki yang tidak merasa bersalah itu tidak dapat kudengari dengan jelas kerana aku sendiri menghalang telingaku mendengar kata-kata orang yang tidak bertanggungjawab itu cuba menyalahkanku. aku berpura-pura tidak dengar, seakan-akan dia tiada langsung di situ ketika aku melepasinya.
aku hairan, khuatir dan musykil. lelaki itu. di mana pertimbangannya? sedangkan aku ini perempuan, dan dia lelaki. dia melanggarku ketika dia menyelit2 di celah2 jalan yang bertrafik lembap ketika itu dengan kelajuan yang tidak sesuai. dia menyalahkan aku, sedangkan aku melintas tadi kerana seorang pemandu yang bertimbang rasa terhadapku memberiku ruang untuk melintas.
siapa yang hendak lelaki itu persalahkan? katanya aku melintas pada masa yang tidak sesuai. sedangkan pemandu lori itu memberhentikan kenderaannya, malah bersungguh-sungguh menyuruhku melintas. salah pemandu itukah? dia cuma cuba bersikap bertimbang rasa sesama manusia. siapa mampu menyangka sebentar kemudian akan datang seorang penunggang motosikal yang menggelabah menunggang dengan kelajuan yang tidak sepatutnya itu gara-gara hendak cepat bertemu kekasihnya? ya...tidak jauh dari tempat kejadian, aku lihat dia menemui seorang wanita dan menghulurkan topi keledar padanya. tidak pula wanita itu kelihatan seperti hendak melahirkan anak atau dalam kecemasan. alasan lelaki itu menggelabah hendak cepat sehingga menimbulkan kebahayaan itu - untuk cepat2 mengambil kekasihnya - bagiku tidak sepatutnya membolehkan dia menunggang secara merbahaya sehingga 'berjaya' membahayakan orang awam seperti aku.
aku mampu berlagak seakan tiada apa berlaku dan meneruskan perjalanan ke destinasi tanpa sebarang kecederaan yang teruk, hanya sedikit lebam yang cuma disedari tidak lama kemudian.... 1-kerana Allah membenarkan, pastinya. 2-kerana aku masih muda, badan masih kuat walaupun aku sendiri terkejut dengan kejadian itu dan agak menggeletar sesudah kejadian itu. maka tidak mengapalah, tapi.....................
bagaimana agaknya jika yang melintas dan menjadi mangsa lelaki tersebut bukannya aku, tetapi seorang warga emas ?
No comments:
Post a Comment