hakikatnya 6 januari ni bukan tarikh lahir aku, maaf atas salah faham yang timbul. tapi aku harap kawan tak terus menerus mengucap selamat hari lahir pada aku menjelang 6 januari ini.
pernah suatu hari, ketika di zaman sekolah menengah aku mencari-cari kalendar lama. kalendar tahun 1992. ada sesuatu yang hendak aku ketahui. aku cari dan terus cari namun tidak langsung terjumpa. aku selongkar seluruh rumah terutamanya tempat-tempat menyimpan barang-barang lama namun pencarianku masih belum berhasil. aku terus mencari sehingga tunggang langgang rumah itu dibuatku. maka aku dimarahi emak setibanya beliau di rumah. tapi aku seperti biasa, menebalkan muka dan mengaliskan telinga. maaf, mak. ketika itu aku tetap mahu meneruskan pencarianku. cuma aku perlu menggunakan cara lain kerana cara menyelongkar tidak berkesan. maka aku beralih ke backup plan, Plan B yang lebih sukar berbanding cuma menyelongkar dan mencari di seluruh rumah.
lalu aku mengambil buku tulis kira-kira - buku math la, yang kotak2 tu - dan sebatang pensel. aku ambil kalendar yang ada tarikh mengikut kalendar Islam sekali. aku bertungkus-lumus membuat sedikit research mengenai bulan-bulan menurut kalendar Islam dan membandingkan perbezaan tempohnya dengan kalendar masihi. aku menggunakan kalendar terkini -kerana hanya itu yang dapat aku temu-. dengan berbekal ilmu matematik yang selama ini aku pelajari dengan penuh minat dan sedikit formula sendiri hasil dari kajian tersebut, aku mulakan cubaan mengira tarikh-tarikh berbelas tahun ke belakang sehingga ke tahun 1992. hasil kiraan dengan formula ringkas ciptaanku ketika itu, aku mendapati tarikh 6 januari 1992 telah jatuh pada 1 atau 3 rejab. aku masih ingat dengan jelas hasil dapatan itu. terdapat dua tarikh yang berlainan kerana aku melakukan ulang-kira menggunakan kaedah yang berkemungkinan betul untuk mengiranya juga. hasilnya itulah, 1 atau 3 rejab.
oleh kerana otakku sudah tepu ketika itu kerana telah cuba melakukan pengiraan tarikh yang bertempoh berbelas tahun ke belakang, aku buntu yang mana satu harusku pilih sebagai tarikh hari lahirku yang sebenar. maka seperti biasa aku mengambil jalan mudah, yakni mengambil satu tarikh di antara kedua tarikh itu. meskipun ketika itu aku benar2 mahukan 1rejab sebagai tarikh tersebut -kerana bagiku 1rejab sangat besar rahmatnya-, aku tidak boleh membuat keputusan berdasarkan 'nak' semata. kerana peratus kemungkinan bagi kedua-dua tarikh tersebut adalah equal, aku harus memilih dengan adil kerana jika tidak, aku telah melanggar hukum matematik yang sebenar. keputusannya, tarikh antara 1rejab daan 3rejab yakni 2rejab, kupilih untuk dianggap sebagai tarikh lahirku.
disebabkan terdapat khilaf dalam pengiraan tersebut sehingga menyebabkan dapatan 2 tarikh yang berlainan, maka aku biarkan ia sepi. aku tidak meuar-uarkan kepada umum bahawasanya tarikh lahirku jatuh pada 2rejab. aku terpaksa menggunakan tarikh 6 januari sebagai tarikh lahir sehingga hari semalam. apa yang berlaku semalam?
ketika aku dilanda jiwa kacau, aku melayari internet. entah macam mana sampailah aku ke Islam.com di mana aku terjumpa kalendar istimewa itu. ia membolehkan kita mengetahui tarikh lahir kita menurut takwim Islam dengan cara memasukkan tarikh lahir kita mengikut kalendar biasa - jan, feb, mac, etc -. maka ia menjawab segala pertanyaanku sebelum ini. pengiraan dengan teknologi sudah tentunya jauh lebih meyakinkan berbanding pengiraan menurut caraku sendiri yang entahkan benar entahkan tidak itu. dan aku dapati tarikh lahirku yang sebenar adalah 1 REJAB. ia menjadi perkara terindah meskipun baru sebentar tadi fikiranku bercelaru diserbu seribu keliru. Allah mengindahkan hidup kita dengan pelbagai cara dan ia menjadi lebih indah apabila ia datang setelah kesusahan.
*cerita ini bukan rekaan semata... :-)
hebad benar akk bleh mgkaji...brbelas ta0n d0lu..h0h0h0..mmg 0tak math akk p0wer lg r..h0h0h0
ReplyDeletedsebabkn kite xwish 6 jan..nnty kite wish utk 2 rejab....=))
bukan 2rejab da... 1 REJAB tau.
ReplyDelete