Saturday, March 26, 2011

awasi peri-badi.

ok.

lupekan pasal komander dan tae kwon do. jom tengok progress dalam hidup lak. ade terfikir2 untuk buat sesuatu, tapi selalu ade yang tak kena lah. 'buat sesuatu' bukan dengan tujuan nak ubah seluruh hidup aku, tapi sekurang-kurangnya ubah persepsi aku pada hidup. bukan senang untuk hadapi hari-hari dalam hidup bile impresi pada hidup tak seindah dulu. mungkin dengan sikit anjakan dari dunia yang bukan dunia harian aku, hati boleh tergerak... tapi papepon dengan izin Allah gak lah. ape yang boleh aku kate pasal hidup sekarang? susah? payah? penat nak hidup?

tak tau lah... mungkin benda tak seteruk yang aku sangke, cume sekarang aku tengah keliru. keliru dengan semua haru-biru yang aku lalu. harap nye aku boleh duduk dan menung2 je, kontemplasi peri hal hidup aku sekarang. tapi datang lak anasir2, parkir dalam otak yang berfikir. semua nya bahana sikap prokrastinasi yang aku senangi sebelum ni. *prokrastinasi? hahaha!... assignment ayah agi, biografi dan adaptasi, skrip puan lina dan lenny, dan sir maranmani -ah... asalkan aku bahagie, aku bahagie je tulis name die macam ni. tambah assignment group ctu lagi. sekarang makan padah lah sebab melengah-lengah.

kalau lah aku boleh elak kata kalau... dan aku harap aku boleh kurang kata harap... dan boleh2 aku tak nak kata tak nak...  mungkin tak mengapa aku kata mungkin. tahu? kalau tu kata2 orang yang tak cukup bersyukur. harap tu kata2 orang yang tak mahu usaha. dan tak nak tu kata2 aku? em...mungkin.

tanya ini tanya itu, oah sangat rimas! dan aku selalu terus tanya dan tanya. rimaslah mereka. kadang2 macam aku sengaja -rimaskan mereka, haha. kadang2 macam aku memang nak tahu. kadang2 macam aku memang dah tahu. tapi kenapa tanya? kadang2 macam untuk ingatkan je. kadang2 macam aku dah runsing sangat - otak tak dapat berfungsi dengan baik. kadang2 aku saja2 nak tanya... kamu rasa?

dan ego tinggi.

dan untuk benda-perlu-ada ;
perhati dan cari, yang indah2 dalam destini. hari ini...?
mungkin sangat patut disyukuri, bila aku sedar aku makin tak sedar diri.  >__<

 mind-setting dah terpelanting-lanting,
     behaviour dah makin bahaya.
terus macam ni dan aku akan binasa sekelip mata.

jadi tolong ingat... dan tolong ingatkan aku -ana raffali-, siapa yang patut aku kejar sebab aku dah makin tersasar. semudah kacang aku lupa. yang aku kejar sekarang bukan siapa2. bukan pulak dia yang akan tolong aku kat sana nanti, sedang diri dia sendiri pon tak tertolong, melainkan dia tu... (*tak perlu cakap). dan semua perlakuan aku baru2 ni, sangat menjatuhkan air muka malahan muka juga jatuh. bukan lah aku tu warak, tapi tak perlu lah nak tunjuk perangai haprak. tak perlu lah. perlakuan sangat mengecewakan dalam bulan ni... kepada yang terlibat, terbabit, tersabit, maaf. bulan ni aku lupa diri sikit... mungkin banyak, tapi InsyaAllah aku cuba betulkan. bukan nak hipokrit, tapi kena ingatlah...nak tak nak jadi baik memang atas kita. tapi perlu tak perlu, harus tak harus, mesti tak mesti jadi baik, atas agama. atas yang Nabi ajar pada kita.

kenapa nak kisah? 
  "jadi diri sendiri... jangan hipokrit"
    "nape nak susah2 pike baik buruk pape?"

bukan nya apa-apa. cuma sebab ada hidup lepas kematian. sebab semuanya ada perhitungan. sebab semuanya ada kesan pada masa depan. kalau masih belum kira masa depan akhirat, sia-sia kira masa depan dunia. semua yang kat dunia akan ditanya, diungkit di akhirat. dengan apa yang kau buat di dunia, dapat ke selamat di akhirat?

dan peri hal diri macam ada badi... akan sentiasa di datangi misteri. :-]

No comments:

Post a Comment