Monday, March 28, 2011

markah

papp! belakang aku dipukul. die cakap "kau ni suke macam tu...!".

sume nye sebab aku tak tengok carry marks untuk subjek pn lina. kelas pn lina-skrip tv habis awal hari ini, dan kami dibagi peluang tengok carry marks. masa yang lain berkerumun tengok markah, aku salam pn lina dan keluar dari bilik kuliah. sampai2 bawah, nama aku dipanggil. toleh2 rupanya sorang classmate aku, tanyakan markah aku. jawap aku "tah...aku tak tengok." dah cukup untuk buat dia angin. sebab sebelum ini pun dia tanya markah aku sem lepas tapi aku tak tengok2. suruh kawan yang aku percaya tengokkan, asalkan tahu aku lulus semua dah cukup. tak perlu lah tahu lebih...tak perlu bagi aku. dan aku rasa tak perlu bagi yang lain untuk tahu markah tu. jadi maaflah bila aku tak bagitahu markah aku bila kalian tanya...sebab mungkin aku sendiri tak tahu markah aku, sebab aku sangat2 tak mahu tahu.

bukan sebab aku tak mahu terima kegagalan, atau kecorotan atau ketidakpandaian. cuma aku tak suka, sangat tak suka dengan markah. markah yang tinggi tak patut jadi kayu pengukur kejayaan atau ilmu. biarlah aku terus belajar untuk ilmu, bukan untuk markah.

memang markah tu penting, tapi biarlah... biar aku. memang dalam sesetengah keadaan markah sangat berfungsi dalam meningkat semangat tapi biarlah. aku tak mahu dipengaruh pesimistik. pesimistik terhadap pensyarah. sebab kadang2 aku pun ada rasa sesetengah pensyarah tu sangat bias, atau kata lain diskriminasi. jadi kepakaran mengambil hati sangat penting dalam kehidupan di universiti...mungkin. dan aku tiada kepakaran itu, sejak zaman sekolah aku cuba mengelak berurusan dengan guru. aku tak kata semua tapi tetap ada pensyarah yang bias, itu aku faham dan tak salahkan mereka sebab mereka manusia juga. ada perasaan... dan menilai juga. kadang2 perasaan pengaruh mereka dalam menilai. itu bukan salah mereka. sebab kalau di tempat mereka pun aku mungkin terbawa2 dengan perasaan juga... kalau tak banyak pun sikit, tapi ia tetap ada... mungkin. maka aku pilih untuk tidak ambil tahu sejauh mana perasaan mereka menilai aku. atau serendah mana mereka memandang aku. dengan itu aku boleh terus barbaik sangka pada mereka.

pemarkahan di universiti sangat bergantung pada pensyarah. ada antara mereka sangat professional dan boleh menilai berdasarkan pencapaian pelajr dalam subjek. tapi tak kurang juga yang menilai berdasarkan keseluruhan diri pelajar itu sendiri. atau mungkin memang itu cara yang sebenar, aku tidak tahu. markah yang mereka beri pada aku boleh menggambarkan tanggapan mereka pada aku, bagi aku. dan itu akan membuahkan tanggapan aku pada mereka. jadi bagi mengelakkan aku berburuk tanggapan pada mereka dengan markah yang dibagi, aku memilih untuk tidak ambil tahu markah tersebut.

aku tahu, dalam markah juga tercerita sebanyak mana usaha kita. kalaulah markah aku sikit, mungkin sebab aku kurang usaha. tapi kadang2 ada yang menghasut kita... katanya "ala... dengan lecturer ni, buat elok mana pun kalau tak pandai bodek dia takkan dapat markah tinggi.". ya lah... manusia selalu bagi alasan untuk lepaskan diri sendiri. instead of salahkan diri tak cukup bagus, kita salahkan lecturer tu yang pilih kasih. yang salah dan betul jadi kabur. jadi daripada keadaan jadi seburuk itu sebab aku tak pandai kawal emosi, mungkin lebih baik biarkan semuanya neutral. tiada tanggapan bukan2. aku teruskan hidup dengan aman. siapa betul siapa salah bukan masalah...

No comments:

Post a Comment