sakit jugak... dapat tahu diorang tak join KKEC ini pun dah cukup sakit. dan sekarang aku rasa macam ada beban atas bahu aku, ada rasa macam aku dipersalahkan. bahagian mana aku tak tahu, tapi buat aku rasa bila ada yang tak kena dan aku tak bertindak memaki hamun, mencaci carut, dan semua yang orang-orang lain yang marah akan buat tapi aku tak buat, seolah-olah aku tak rasa apa yang mereka rasa. kenapa mesti nilai dengan cara itu, eh?
kalau rasa marah, aku pun marah. kalau rasa tak puas hati, aku pun tak puas hati. kawan-kawan itu kawan-kawan aku juga. cuma sebab aku sedang belajar untuk tahan marah dan elak tunjuk marah pada orang, cuma sebab aku tak mahu memaki dan mencaci, jangan fikir aku tak rasa apa-apa. aku cuma cuba rasional. marah macam mana pun, aku tak nak tenggelam. sebab kalau aku kalah dengan marah, apa yang aku akan buat mungkin lebih syaitan dari mereka. jadi aku elak...
jadi maaf. kalau aku tak dapat penuhi expectation orang. bila aku tak bertindak macam yang orang jangka. bila aku tak marah macam orang marah. atau bila aku tak takut macam orang takut. atau bila aku tak ceria macam orang ceria. atau aku tak kawan macam orang kawan. mungkin atas faktor nurture yang jadikan nature aku begini. macam kau orang pun, ada nature masing-masing, dan aku tak perlu isukan atau salahkan orang atas nature itu.
ada nature yang aku tahu mudarat bagi kalian, aku cuba ubah. dan tahan kemarahan ini salah satu antaranya. bukan nak tunjuk aku baik. cuma aku tak mahu terus jahat. harap aku tak terubah fikiran.
*ingatkan dia lain, rupanya sama juga. aku nak salahkan dia, tapi mungkin itu memang fitrah manusia?
*ingatkan dia lain, rupanya sama juga. aku nak salahkan dia, tapi mungkin itu memang fitrah manusia?