Thursday, May 10, 2012

Cerita KKEC.

Habis dah KKEC... aku pun dah 2,3 hari balik ke UiTM Puncak Perdana. cuma baru hari ini aku 'hidup' balik dan mula jalani hidup normal semula... lepas 2,3 hari aku jadi biawak hidup - tidur sepanjang masa. Konon-konon nak rehat...

Di UiTM Pulau Pinang, macam-macam jadi. nak cerita, aku risau jadi offense pada sesiapa. tapi aku rasa ada perkara yang perlu dikongsi sebagai pengajaran, memandangkan ia dah beri pengajaran pada aku.

Dengan latihan yang lebih dari sebulan, usaha kami boleh lah aku kira bersungguh-sungguh juga. dan tak dinafikan, memang banyak impak latihan itu pada fizikal kami. stamina kami naik mendadak. daripada malas berlari, dah boleh berlari sekarang - Datin Maimun. daripada lari cuma 2km selalunya, rutin dah jadi lebih 2km. dari lebih 10minit untuk setiap 2km, sekarang dah boleh 9minit untuk setiap 2km, kalau pecut dapat kurang lagi masa. ada juga yang dulu tak peduli pasal kekuatan fizikal, sekarang dah mula kisah. dari tiada otot, sekarang dah ada - lelaki lah. dan banyak lagi...

paling penting, dari 'jaga jarak' senior junior, sekarang dah jadi jarak kakak adik - at least bagi aku. sebulan kena tinggal dengan mereka dan buat latihan sama-sama, hari-hari pulak tu... aku tak mampu jaga jarak selama itu lah. cuma... aku minta maaf sangat-sangat kalau apa yang aku buat itu merosakkan adik-adik itu. sebulan itu bagi aku sangat lama, aku tak mampu kawal diri dan berlakon sebagai komander - macam yang aku biasa buat bila ada aktiviti komander, selama itu. sejam dua tak apa. seminggu dua pun tak apa (LIBK). masa LIBK pun bukannya setiap masa kami menghadap mereka. berjam-jam buat muka ketat dengan mereka pun, balik bilik kami gelak sakan cerita pasal budak-budak itu. untuk tempoh sebulan... aku tak rasa aku mampu layan mereka macam hampeh. LIBK dan lain-lain masa itu lain, sebab itu untuk ajar mereka hal-hal yang mereka perlu tahu. tapi untuk hidup dengan mereka, aku tak mampu buat macam itu.

cerita pasal latihan sampai sebulan, ada yang kata sia-sia sebab kami balik dengan tangan kosong. serius... tak menang apa-apa.
-EOQ ; masa lari dengan basikal dah cantik, tapi kantoi masa rafting.
-Jalan Lasak ; 8km pertama elok dah, redah sungai pun cantik, tapi ada dugaan masa 2km terakhir.
-Paintball
-Menara 6 Puncak
-Iron Cheff
keseluruhannya, kami tak menang apa-apa. Tak ada rezeki lah namanya...

macam-macam manapun, latihan yang sampai sebulan lebih itu, dan segala usaha-usaha sampingan yang lain pun... tak sia-sia sebenarnya. banyak benda yang intake 46 belajar, memandangkan mereka yang jadi ajk perkampungan itu. setidak-tidaknya mereka belajar pengurusan, tapi siapa yang perasan? aku yang 45 sendiri pun, belajar banyak (gila) benda sepanjang perkampungan itu. jadi rugilah kalau dikesalkan masa sebulan yang dah diluang itu...

atas keputusan KKEC ini, redha je lah... dah itu yang Allah tetapkan, itulah yang terbaik sebenarnya. manalah tahu entah-entah kalau menang kita lupa diri, riak, takbur, sampai rasa kemenangan pasukan itu sebab kita sendiri. takut bawa ke syirik, sebab anggap hal itu jadi sebab kita. sedangkan semua benda Allah yang tetapkan. kalau menang pun sebab Allah nak bagi, bukan sebab kita bagus sangat pun. kalau ada satu pasukan yang sangat lemah tapi Allah nak bagi menang, menang juga pasukan itu. inikan pula kita yang dah usaha, kalau Allah tak bagi menang, adalah sebabnya itu. kalau betul nak tahu kenapa Allah tak nak bagi menang kali ini, mungkin boleh tengok balik hubungan kita dengan Allah macam mana? sepanjang latihan simulasi KKEC, kita jadi lagi dekat atau lagi jauh dengan Allah? itu cuma salah satulah... mungkin ada yang lain.

aku tahu... ramai yang kecewa. tapi chill lah... jadikan pengakhiran KKEC kali ini sebagai permulaan bagi KKEC akan datang. make the ending a start for another. tak payah nak layan perasaan sangat lah. baru kalah sikit nak mengalah. Allah bagi kita hujan sebab nak bagi kita pelangi lah...

*KKEC 2012, UiTM Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment