ni Alan... |
ni Apen... |
umur Apen dengan Alan tak jauh beza... lebih kurang setahun dua. tapi perangai sangat beza. tapi beza diorang bukan baik & jahat... bukan yang macam itu. tapi beza macam ini... nice & naughty. ha... betul lah, budak naughty itu bukannya jahat, kan? Apen yang nice, Alan yang naughty, haha... tapi yang aku nampak... dua-dua budak ini memang baik. orang lain aku tak tahu lah...
oh... tak ada niat nak buat cerita kanak-kanak kat sini, memandangkan aku pun tak berapa minat dengan kanak-kanak. cuma dalam sesetengah kes macam ini... aku suka kanak-kanak. tapi cuma dalam sesetengah kes, lah... dalam kebanyakan kes aku tak rajin layan. yang diorang ini aku suka sebab ... aku suka. cuma sebab aku suka.
dan perasaan di kampung ini sangat lapang, senang hati... tak kira tinggi mana atau banyak mana aku dah belajar, bila aku balik sini, mesti ada perasaan yang buat aku rasa macam banyak lagi benda yang aku tak tahu, yang aku belum tahu, yang aku akan tahu dan yang aku baru tahu. banyak... selalu... jadi aku tak terus rasa aku dah cukup pandai. kadang-kadang rasa tahu banyak benda secara berterusan buat aku lupa diri, buat aku rasa dah pandai. buat aku takbur, mungkin. buat aku bajet bagus, meski kadang-kadang aku tak ada niat dan tak sedar pun. cuma orang sekeliling yang sedar, dan mereka tak akan datang ke aku dan cakap depan muka aku, yang aku ini bajet bagus. meski aku harap ada yang akan buat macam itu ke aku, hakikatnya tak ada yang akan buat... mungkin sebab aku pun tak akan pergi dan cakap depan muka orang lain yang diorang itu bajet bagus. masing-masing... dengan alasan jaga hati. tak apalah...
tapi sebab itulah aku sangat perlukan tempat macam kampung aku ini... serius cakap aku sangat perlukan tempat ini. jadi tak kira siapa pun kamu, tolong jangan cuba halang aku ke sini... sebab aku tetap akan ke sini. haha...
*tiba-tiba kawan text aku, dan minta tolong... dan aku mungkin perlu balik rumah esok... hari isnin dah kena ada di Puncak. :-(. (dem... nape lah mase2 ni gak nak ade meeting!)
No comments:
Post a Comment