Thursday, May 10, 2012

Cerita Kawad 24 Jam.

Seterusnya Pertunjukan Kawad Kaki 24jam anjuran unit kokurikulum di UiTM Perlis. jadi 12, 13, 14 Mei ke Perlis pulak.

Mula-mula malas gak nak ikut, sebab aku nak balik Kuala Kangsar... tapi sebab tak cukup orang, kena pergi juga. UiTM Perlis aku dah sampai dah masa KKEC 2011. sebab itu aku tak kisah sangat kalau tak ikut kali ini. tapi sekarang, kalau aku balik rumah sedangkan platun Puncak Perdana tak cukup orang, rasanya aku agak keji. jadi patut aku pergi...

tapi itulah... bila orang tanya sebelum-sebelum ini, aku dengan senang hati jawap aku tak pergi event itu. nanti tengok-tengok muka aku juga ada kat situ. pasal ini, aku tak ada niat nak tipu siapa-siapa, dan aku tak ada niat  nak sakitkan hati siapa-siapa. juga tak ada niat nak pergi sebab nak menggedik dengan siapa-siapa. aku cuma nak tolong cukupkan orang, cuma nak tolong penuhkan kuota. macam dulu-dulu, bila tak cukup orang aku yang isikan.

mungkin lepas balik dari Perlis aku akan balik rumah... lepas itu balik Kuala Kangsar!

3 comments:

  1. Rindu nak jmpe ko hijau..:))

    ReplyDelete
  2. salam.. smoga pjalann blik smuanya selamt... :)

    from..student uitm perthlis.. :P

    ReplyDelete