Tadi aku cuba cari laman-laman atau blog-blog yang cerita tentang pengalaman kerja di Lost World of Tambun, memandangkan aku sekarang cuti semester dan bercadang nak cuba. Tapi nampaknya tak banyak yang aku jumpa. Bukan tak ramai yang pernah kerja di sana, dalam ramai-ramai tu takkan tak ada blogger. Jadi aku terfikir... iya, ada memang ada. Cuma mungkin mereka macam aku, malas nak cerita. Jadi, atas dasar "Be the change you want the world to be", aku rasa ada baiknya aku cerita pengalaman-pengalaman kerja aku di sini. Mungkin nanti ada yang perlukan, atau yang saja baca sebagai hiburan, tak kisahlah. Yang penting aku dah buat bahagian aku.
Jadi... sepanjang aku hidup - clearly lepas habis sekolah - dah beberapa kali jugak aku kerja dan berhenti atas sebab-sebab peribadi atau sebab-sebab sukahati. Paling lama kerja 3 bulan, paling kejap 2 minggu ; ok lah tu, sebab rekod kaka aku 3 hari, hahah. Setakat ni aku masih belum pernah pegang jawatan manager sebab aku belum layak. Tapi tak apa, tak ada isu pun sebenarnya. Sebab semuanya ada nilai-nilai sendiri.
Jadi yang berikut adalah pengalaman-pengalaman kerja aku setakat ni. Sebelum aku cuba nasib di Lost World of Tambun kejap lagi.
1 - Operator Kilang (2010)
2 - Kerani Data Entry (2013)
3 - Pembanci/Petugas Banci (2013)
4 - Krew Servis (2013)
5 - Housekeeping-maid (2014)
Boleh tengok ini adalah jawatan-jawatan pilihan yang boleh dicuba bila cuti semester, selain banyak lagi benda-benda lain yang boleh dicuba tapi samada aku belum cuba atau aku dah cuba tapi tak dapat (hehee). Banyak lagi cerita tak dapat daripada tak dapat. Antara yang aku ingat sebab aku memang nak adalah jawatan-jawatan macam pembantu di kelab golf negeri: tak dapat sebab dia cari yang layak - betul-betul lepasan SPM. Aku tak layak sebab masa tu aku lepasan diploma. Sedangkan aku teringin sangat nak kerja kat tempat tu, tak kisah pun buat kerja apa sebab banyak fekdah lain aku boleh dapat. Tapi tu lah, bukan rezeki.
Yang kedua kerani logistik kat Lost World of Tambun (jugak): tak dapat sebab aku tak ada background accounting. Dan hari ni aku boleh berangan nak cuba minta kat situ lagi, tapi jawatan ringan-ringan je. Minta-minta ada rezeki, tapi kalau tu pun tak dapat nak buat macam mana kan. Dan ada lagi beberapa pengalaman minta kerja tak dapat, banyak sebenarnya. Yang suka-suka minta pun ada, sebab nak dapat pengalaman interview atau setakat pengalaman buat dan hantar resume. Hahahaha.
Ok. List yang kat atas ni, aku akan cuba buat entri secepat mungkin dan link kat terus kat list tu, untuk cerita lagi detail. Aku harap membantu lah, bagi adik-adik yang nak cari pengalaman kerja part time atau sementara kat luar sana. Dasarnya niat aku kerja semua ni, memang nak cari duit. Tapi selain tu, kerja-kerja yang mampu bagi aku pengalaman dan pembaikan softskill adalah lebih diutamakan. Boleh kata setiap yang ada dalam list tu bersebab, dan ada garisan-garisan sempadan yang aku tetapkan. Cuma nak pastikan yang kerja tu boleh berkat, mungkin. Selamat mencuba!
sister, mana blog2 yang cerite pengalaman kerja kat lost world tambun? bg link boleh? sister try lagi x keje sane?
ReplyDeleteOh...tak try dah, sebab buat benda2 lain. Tak banyak blog cerita pengalaman kerja LWoT ni, kalau pasal bercuti kat sana banyak lah...tak dapat nak provide link, maaf eh. All the best utk awak
Delete