Tuesday, July 14, 2015

Pengalaman Operator Kilang.

Ini pengalaman kerja pertama aku. Seorang operator kilang yang berjaya. Hahaha puih. Tak lah berjaya sangat. Lepas habis SPM tahun 2010 aku terus angkat kaki balik Kuala Kangsar, masa ni keluarga aku masih duduk Meru, Klang. Aku balik Perak sendiri, dah biasa kan. Lama jugak lah menganggur sementara tunggu keputusan matrik, stpm, poli, dan diploma. Tenggang masa yang aku ada lebih kurang 5 ke 6 bulan, sebelum aku masuk belajar hujung bulan 6. Menganggur lah dulu beberapa bulan, teman opah kat kampung dan buat sikit-sikit kerja kampung. Sampai masa aku putuskan nak kerja, jadi aku usha-usha. Tanya anak-anak jiran kat kampung, yang kerja-kerja kilang tu, aku tanya macam mana nak masuk. Untung ada yang share dengan aku, jadi Alhamdulillah aku dapat kerja di satu kilang di Ipoh (nama adalah privasi pihak kilang).

Prosedur dia lebih kurang macam ni. Aku ajak sepupu aku (sebab aku belum ada lesen memandu) pergi kilang tu, jumpa bahagian HR macam yang Linda (bukan nama sebenar) anak jiran kat kampung aku tu bagitahu, cakap nak minta kerja. Bawa terus salinan IC, sijil SPM dan sijil berhenti sekolah. Beliau (admin) bawa aku masuk satu bilik dan bagi borang, aku pun isi dengan cermat (1st time kan). Sekali dengan borang tu dia bagi soalan ujian matematik sekali, yang buat aku eksaited gila (sebab aku suka sangat matematik) tapi rupanya soalan-soalan yang simple gila je. Jadi yang menguji skill matematik aku masa tu cumalah kemahiran mencongak tambah, tolak, darab, bahagi aku je. Nombor-nombor bawah seratus, haih, takpelah. Dan beberapa soalan nak memastikan aku tak rabun warna, dan tak ada masalah penglihatan. Selesai yang tu, dia mulakan sesi inteviu sambil-sambil tanda kertas ujian aku. Benda-benda yang ditanya ringkas macam berapa adik-beradik, kali pertama kerja ke, duduk mana, pengangkutan macam mana, dan dia pun terangkan pasal gaji, masa bekerja dan peraturan. Bila diterima nanti mereka akan beri latihan jadi tak perlu risau kalau ini kali pertama kerja. Dan soalan paling bahaya "Keputusan SPM awak bagus jugak ni, awak tak nak sambung belajar ke?", sebab aku tahu kalau aku kata nak sambung mesti dia tak bagi aku kerja. Jadi aku (bukan menipu, cuma) berdalih kata tengah fikir lagi nak sambung ke tak. 

Jadi Alhamdulillah berapa hari lepas tu dia panggil kerja. Latihan lebih kurang 1minggu sebelum dia lepaskan aku masuk dalam bahagian operasi untuk buat kerja betul-betul. Wah... kali pertama memang benda yang exciting. Masuk bahagian operasi pun aku teruja. Kena pakai safety precautions, kena lalu metal detector macam kat imigresen tu, kenal-kenal dengan geng-geng non-citizen, semua. Masa break pergi kafe, bila aku malas nak pergi kakak-kakak senior tu yang concern padahal aku malas nak pergi sebab sorang. Tadi sebelum datang opah ada bagi duit belanja, haha macam budak pergi sekolah. Kakak-kakak tu ajak makan dengan diorang tapi sebab aku tak pandai makan cepat, diorang masuk dulu. Kesian lak nak suruh diorang tunggu. Solat pun takda hal sebab dalam tempat operasi tu ada surau. Haaa... kau jangan ingat kawan-kawan yang kerja kilang tu semua tak solat.

Lebih kurang macam tu lah, kerja operator kat kilang. Aku tahu ramai yang pandang rendah kat kerja ni. Tak nafikan aku dulu macam tu. Tapi sekali dah kerja, banyak benda-benda aku baru tahu. Kerja siang malam, sehari 12 jam, selang 4hari tukar shif. Kau ingat senang? Tak sempat jumpa orang kat rumah pun sebab bila balik kerja rasa penat sangat sebab 12 jam kerja, jadinya tidur sampai bangun balik nak kena siap masuk kerja balik. Tak sempat nak keluar amek angin jumpa kawan-kawan sebab bila ada cuti (antara pertukaran shif), itu je masa yang ada untuk jumpa orang kat rumah. Bila kerja siang, keluar pagi buta matahari belum keluar dan balik malam lepas matahari jatuh, jadi hampir seminggu kau takkan jumpa matahari. Bila kerja malam baru nak rasa jumpa matahari, tu pun balik kerja tidur sepanjang siang macam kelawar. Ada masa aku keliru, takut-takut aku ni kelawar. Itu aku yang kerja sebulan, macam mana diorang yang kerja bertahun? 

Haah aku kerja cuma sebulan. Sebab cukup-cukup sebulan kerja aku berhenti sebab dah tinggal berapa hari sebelum aku daftar diploma kat UiTM Puncak Perdana. Aku tak nak sentuh cerita diploma sebab ini masa cerita pengalaman operator kilang. Masa nak berhenti tu, macam biasa la ada drama sikit. Hari terakhir aku kumpulkan semua barang-barang yang aku guna masa kerja sehari-hari, masukkan dalam satu sealed plastic bag, dengan harapan barang-barang ni akan ingatkan aku tentang hari-hari aku kat sini. Berat sebenarnya nak tinggalkan, sebab orang kat situ masa tu baik-baik. Percaya tak percaya, pernah terdetik aku rasa macam tak payah sambung belajar dan terus kerja macam ni je. Gaji sikit pun hati senang. Aku tak kacau orang, orang tak kacau aku. Not bad lah sebenarnya. Tapi satu hal aku ingatkan diri, benda-benda yang indah ni aku kena tinggalkan sekarang biar terus jadi kenangan yang indah-indah. Aku kena tinggalkan sebelum benda-benda tak baik jadi dan ubah dia jadi kenangan pahit.

Ada kakak dari Indo, kawan sebaya dari Vietnam/Kemboja kalau tak silap tapi dia dah bertahun kerja kat situ jadi kau fikirlah dari umur berapa dia kerja kat kilang ni. Dia menangis bila aku bagitau dia aku last day masa tu, aku pun tak faham sebab aku bukan rapat pun dengan dia sebab dia cuma boleh cakap melayu sikit-sikit, dan aku pun baru belajar bahasa dia sikit-sikit (yang aku dah lupa pun sekarang). Jadi aku tak rasa macam rapat sangat pun, tapi dia menangis. Pelik aku. Mungkin ada perkara-perkara yang aku rasa kecil, tapi bagi dia besar. Mungkin ada perkara-perkara yang aku rasa biasa, tapi bagi dia berharga. Aku tak perasan, mungkin sebab aku tak pandai hargai macam dia. Mungkin. Bersih nya lah hati dia untuk mampu hargai orang yang dia kenal tak sampai sebulan pun macam aku ni. Kesal aku sebab tak sesedih dia. Aku harap dia baik-baik je. Macam tu jelah ceritanya. 

Nota kaki, sebenarnya lepas berhenti kerja kilang ni aku pernah cuba minta masuk balik lepas habis diploma tapi tak lepas sebab dia ada simpan rekod aku dulu. Bukan sebab rekod kerja tak elok, tapi sebab rekod berhenti. Orang yang pernah berhenti macam aku ada possibility tinggi untuk berhenti lagi, jadi dia tak boleh ambil sebab kalau aku berhenti lagi, dia akan kena dengan orang atasan sebab aku dah pernah ada rekod walaupun aku berhenti cara baik, bagi notis berhenti semua. Jadi jangan cuba minta kilang yang sama, cuba kilang lain pulak. Aku tak dah kot, sebab pengalaman kerja kilang tu dah dapat. Paling kurang, aku belajar untuk pandang orang-orang yang kerja kilang dengan lebih baik. Itu sangat penting bagi aku, sebab itu mampu kawal aku dari pandang rendah kat orang lain. Sekarang bagi aku orang kerja kilang tu lagi bagus dari orang yang menganggur. Cuma harap ini tidak disalahtafsir, ambillah bahagian positif dan tinggalkan yang negatif.

Sekian, pengalaman kerja operator kilang.

9 comments:

  1. Replies
    1. tambah tolak elaun & epf bagai, masa tu dapat 700 je kalau tak silap sebab tak genap sebulan pon. Kalau tak, ada elaun kedatangan penuh lagi 150-200...

      Delete
  2. Tak tipu..krja kilang Ni penat bakhang..aku krrja kilang Ada 2 shift..pagi balik maghrib..malam smpai pagi..kol 8 am balik 7 pm Dan and 10 pm balik kol 8 am..kerja kilang Ni resiko tnggi..warga asing mmng banyak mybe 70% ..30% melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah... kerja kilang jarang dapat office hour. Haha. Melayu skrg kerja kilang sementara2 je, sebab kat negara sendiri ada advantage untuk dapat kerja lagi baik, even diorang cakap susah cari kerja sekarang. Serius...

      Delete
  3. macam best jer keje kilang ni..saya penganggur tgh cari kerja hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tu tak lah confirm, sebab tengok tempat jugak. Cuma sementara jadi penganggur tu, kerja kilang ni boleh ajar awak sesuatu pasal kerja... jadi kalau duduk rumah takde buat online business ke apa-apa aktiviti yang generate income, kerja kilang antara option yang better la.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. mcm tu rpanya.... sbb sya pn ambl bhgian tu jga..

    ReplyDelete