Sunday, July 19, 2015

Pengalaman Krew Servis

Lepas raya dalam bulan Ogos macam tu, aku minta kerja di Pizza Hut. Untuk kerja fast food franchise macam ni, cuma perlu pergi kaunter kat dalam dan minta borang kerja. Cakap je nak isi borang minta kerja. Biasanya lepas isi dia akan call kalau ada kosong. Jadi tips yang aku nak kongsi kat sini, jangan cuma isi satu je. Pilih dulu franchise apa yang kau nak - ikut kepentingan kau sendiri. Kalau macam aku, McD tolak tepi sebab boikot, KFC abaikan sebab was-was, aku pilih Pizza Hut sebab aku suka roti, jadi kemungkinan besar aku akan bahagia kerja di Pizza Hut. Aku isi borang kat cawangan yang dekat dengan rumah aku satu, yang dekat dengan rumah opah aku satu, dan lagi satu yang dekat dengan tempat kerja adik aku (senang aku nak tumpang dia haha). Pilihan-pilihan lain yang ada Merry Brown, A&W, etc. Pilih sendiri, aku cuma nak tekankan benda-benda ni je, pilih ikut yang kau suka dan ada kepentingan. 

Lepas isi borang, manager akan call untuk interview. Interview macam biasa, tanya background, kenderaan, ok tak kerja shift - kalau ada soalan ni, maksudnya memang akan kerja shift. Tips dari adik aku, pilih cawangan yang dalam pusat beli belah kalau tak nak kena balik tengah-tengah malam macam aku. Sebab mall biasanya akan tutup dalam jam 10, jadi lepas kemas-kemas untuk closing, paling lambat 10.30 macam tu dah boleh balik. Aku selalu dekat jam 12 baru balik kalau kena closing sebab kerja kat cawangan yang kat deret kedai. Kalau yang 24hours tu pandai-pandai fikir la. Tapi tak ada masalah kalau kau memang tak kisah. Masa ni pun dia ada tanya kau nak kerja berapa lama, sebab tu penting untuk kau tahu perancangan. Ada orang nasihat sorokkan kenyataan kau nak kerja sekejap sebab nanti nak masuk sambung belajar, tapi hati kecil aku kata takyah lah tipu-tipu. Kalau nasib kau baik dia lupa nak tanya, tak payah bagitahu. Tapi kalau dia tanya jugak, jujur jelah sebab kalau tipu takut duit gaji kau tak berkat. Kalau dah rezeki kau nak dapat kerja situ, tak yah tipu pun dapat jugak. 

Aku pulak masa tu tak tipu sebab permohonan aku nak masuk degree dah kena tolak atas sebab-sebab yang aku pun tahu kenapa. Anugerah Naib Canselor masa diploma cuma secure kedudukan kau untuk degree dalam bidang-bidang berkaitan je, tapi kalau kau berani-berani nak amek risiko konon sebab nak kejar cita-cita macam aku, kau kena sedia lah. ANC pun tak semestinya kau dapat apa kau nak. Jadi ye, permohonan aku kena tolak mula-mula jadi aku bagitahu kat manager tu aku tak dapat offer sambung degree. Part aku isi untuk rayuan tu diam-diam jelah memandangkan dia pun tak tanya. Jadi Alhamdulillah aku dapat kerja krew servis kat Pizza Hut dekat-dekat tempat kerja adik aku tu. Tak lama lepas tu aku dapat baju maka aku sah sebagai part timer kat situ. Dapat sikit-sikit maklumat yang kat situ memang susah sikit nak dapat permanent, tapi tak ada masalah apa pun kalau kau memang nak kerja part time je. 

Sepanjang kerja kat sini, memang sah aku bahagia pun. Sebab staff meal pun benda yang ada dalam menu kat situ jugak... so basically hari-hari makan pizza. Orang lain tak heran, aku je yang heran sebab dapat makan benda feveret hari-hari, percuma pulak tu. Part paling best tu lah, percuma sebab itu staff meal. Tapi kerja krew servis ni penatnya tu lah, benda dalam menu tu satu-satu kena hafal. Toping dah berapa jenis, add on la ape la, sume tu kena ingat. Lepas tu nak key in order tu, ko kena ingat kat komputer tu kena masuk sini masuk sana walaupun semua yang dalam menu ada kat monitor tu. Tapi untung aku kerja pizza hut, kalau kerja restoren nak kena ingat semua dalam menu, mati aku. Tapi takpe, semuanya ok. 

Paling mencabar kerja ni? Sah-sah lah masa peak hour. Tengah hari dan malam. Masa-masa orang datang lunch dan dinner. Bila ramai, baru nak amek order orang ni, orang lain masuk nak order jugak. Pastu sebab krew servis yang hadap pelanggan, jadi kalau lambat ke apa memang krew servis la yang kena dengan diorang. Silap key in, silap order, tukar order, silap hantar, tu semua memang buat malau tapi tak boleh elak. Sebab kau kalut dengan pekerja tak ramai tapi pelanggan ramai. Dan sebab pizza hut ni pelanggan biasanya orang up-up, jadi kau akan ada masalah pelanggan kerek. Paling sakit dengan kewujudan 'customer is always right' tu. Lebih kurang macam tu lah cabaran-cabaran besar nya tapi kat situlah kau belajar nak manage, macam mana nak kekal senyum bila orang salahkan kau, macam mana nak cuba puaskan hati orang-orang yang kelaparan, macam mana nak jawab bila ada yang tak kena dan macam mana nak apa-apa bila jadi macam-macam. 

Paling seronok kawan-kawan yang kau kenal masa kerja ni. Kalau kau boleh recall orang-orang yang datang back up bila kau tersalah key in sebab keadaan dah huru hara, yang tolong datang jawab dengan customer yang marah-marah kau sebab apa-apa, kau rasa macam nak selamanya jadi newby. Sebab walaupun diorang bengang (kau tahu) bila kau buat silap, tapi diorang tolong kau sebab kesian kau budak baru, perasaan tu paling best. Sebab kau nampak muka bengang dia bila kau buat silap, yet tak lama lepas tu dia datang dan cheer you up, cakap benda-benda macam "biasa la tu, jangan la tension sangat,"bila tengok muka kau macam cicak berak kapur. Benda-benda ni akan jadi, macam-macam benda akan jadi, tapi bila kau tahu kau tak sorang-sorang, oh... heaven je rasa. Walaupun kau tak kenal diorang rapat dan diorang tak kenal kau sangat. Walaupun kau tak pun lepak-lepak tengok wayang dengan diorang bila cuti hujung minggu. Jadi kau pun... kalau ada orang baru tolong lah back up diorang jugak, sebagai tanda hargai apa yang orang dah buat kat kau sebelum ni.

Tak lama lepas tu keluar la jawapan untuk rayuan kemasukan degree. Sebab dapat offer bidang yang aku memang mintak, terpaksa lah aku berhenti lepas dua minggu kerja ni. Prosedur berhenti patutnya kena bagi notis dua minggu sekurang-kurangnya tapi sebab tarikh daftar aku dah dekat sangat, manager aku tolong aku. Ni pun rezki jugak, nak dapat manager ok macam ni. Aku harap Allah pun mudahkan urusan dia lepas ni. Jadi kalau kau terdesak terpaksa berhenti kerja short notice macam aku ni dan tak tahu apa nak buat, jangan lari je. Bawak-bawak bincang dengan manager kau, mana tahu dia tahu macam mana nak buat. Lepas tu buat surat berhenti. Aku tak galakkan kau berhenti kerja lari-lari ni sebab kau akan susahkan orang lain. Takut di masa depan yang kau pun tak tahu apa nak jadi, kau yang rugi. Dan ada sebab aku cakap macam ni.

Demikianlah pengalaman aku kerja lepas habis diploma, sebelum masuk degree. Sikit sebanyak aku harap dapat bagi gambaran kepada mereka yang baru nak mula cuba kerja sementara. Setakat ni memang kerja sementara je lah, untuk kerja sambilan style kerja sambil belajar, aku masih belum pernah cuba. Mungkin nanti bila ada rezeki, aku akan cuba. Jadi, selamat mencuba...

8 comments:

  1. Sorry nak tanya, awak tukar kos ape time degree

    ReplyDelete
  2. Kalau org yg langsung takde pengalaman bekerja mcm saya ni , nk buat mcm mna? Sy tnye kawan kalau ad kerja kosong, n dia ejaskan sy utk interview pizza hut, berdebar jantung nk start kerje. Sbb takde pengalaman. Tak thu nk pergi ke tak.

    ReplyDelete
  3. masa pergi interview tu pakai baju formal ke baju biasa je

    ReplyDelete
  4. Sama la kiterrr cuma kami ni da abis degree bosan dah tunggu interview yg lain x dapat.. Interview pizza hut yg datang dulu sebat aje lerrr. Jap lagi pukul 12 interviews nya

    ReplyDelete
  5. Salam nk tanya biasanya lepas isi borang tu ,esoknya dorng terus call atau amik masa beberapa hari baru call

    ReplyDelete
  6. Aku terasa nak komen pulak katsini even blog ni dah 7tahun lebih hahah. Aku dilema skrg sbb taktau nak kerja pizza ke tak . Tahun 2015 lps spm aku terus kerja pizza hut part time mmg best sgt . Silap aku pegi benti mengejut masa tu dan skrg aku tgh mimtak krja dkt tmpt yang sama jugak cuma manager tu taktau aku permah kerja situ .

    ReplyDelete