Friday, July 24, 2015

Pengalaman Housekeeping-Maid

Sejak kali terakhir kerja sambilan sebagai krew servis, aku dah lama tak kerja sambilan sebab nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Sesuaikan diri... susah nak bayangkan, dengan semua kejutan budaya yang aku hadap. Tapi kat sini bukan nak cerita kejutan budaya tu, tapi kalau curious sangat boleh rujuk Ingat Sikit , Sedikit Demi Sedikit , dan lain-lain. Jadi kat sini aku fokus pada pengalaman kerja masa cuti semester tahun pertama aku masa degree (Julai 2014). 

Dekat-dekat nak habis final aku cek kat mudah.my, cari bahagian jawatan kosong. Aku fokuskan kat bahagian resort/chalet/hotel di pulau-pulau percutian seluruh Malaysia. Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Pulau Kapas, Pulau Redang, dan Pulau Tioman. Semua jawatan termasuk front office assistant, receptionist, housekeeping-maid dan apa-apa jawatan rendah, yang tak perlukan komitmen kerja tetap, aku mohon. Tapi dalam cover letter (dalam kes ni, emel), aku terangkan siap-siap yang aku pelajar universiti yang nak kerja sepanjang cuti semester je. Macam yang dijangka, tak ada yang layan. Melainkan ada satu resort dari Pulau Tioman yang balas emel aku, kata dia nak amek aku kerja cuma ada satu perkara yang mungkin timbulkan masalah. Kalau aku setuju, aku kena kerja masa raya - aku tak boleh balik raya sebab kat pulau. Kebetulan masa tu aku tak rasa tak balik raya tu satu perkara besar masa tu. Jadi aku setuju.

Lepas dah setuju, sepatutnya aku kena attend temuduga satu tarikh tu, tapi lepas bincang-bincang manager tu bagi aku pelepasan, atas budi bicara. Syukur juga masa tu aku dapat bos yang boleh bawa bincang, banyak perkara dipermudahkan. Jadi nak dipendekkan cerita, ditetapkan tarikh untuk aku naik feri yang dia setuju dan aku setuju. Cuak jugak mula-mula takut sindiket culik orang ke apa ke, tapi bila dia benarkan aku dihantar ahli keluarga (kakak aku masa tu) aku kerhenti fikir banyak sangat. Ini tips juga... kalau takut sebab tempat tu kau tak pernah pergi dan tak ada orang kenal, minta tolong keluarga/adik-beradik/sepupu/kawan-kawan tolong hantar untuk pastikan ada orang tahu ke mana kau pergi. Jangan bagi ruang untuk kau hilang tanpa tanda, faham? Ambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai. Untuk kerja ini, menarik jugak ceritanya bagi aku.

Pendekkan cerita, walaupun masa pergi risaukan macam-macam, tapi Alhamdulillah kerja dekat dua bulan jugak lah. Dengan aman. Dengan gembira. Haha. Hampir-hampir jugak aku pertimbangkan nak settle down kat situ je sebab dah rasa aman. Mana taknya, kalau dah hari-hari hidupnya macam ni... Bangun pagi tengok laut luas, masuk kerja office hour sampai petang, habis kerja pergi mandi laut + snorkelling. Cukup bulan masuk gaji yang memang takkan belanja sebab tak ada tempat hiburan pun. Nak belanja kat mana pun tak tahu, snorkelling free, makan free, accomodation free, mandi laut free. Pasal pengalaman, macam biasa lah... kenal orang yang macam-macam. Lagi banyak yang aku jumpa lagi susah nak cerita. Cuma yang paling penting adalah untuk aku faham susahnya kerja ni, bekalkan sabar dan hormat untuk aku bila berhadapan dengan orang yang kerja sesusah ini. Biar bila aku jumpa mereka aku takkan rasa diri lagi mulia dari mereka yang susah payah buat kerja macam ni.

Jadi sepanjang tempoh ni boleh kata aku aman. Hampir nak tetap kat situ sebab aman sangat. Tapi macam biasa, kena lepaskan selagi masih indah. Kena lepaskan sebelum yang indah bertukar gundah. Sebab aku pilih untuk kekalkan kenangan tu sebagai yang indah, jadi kena tinggalkan lah selagi dia indah. Kebanyakan nya macam tu. Ok lah balik ke topik asal. Lepas kerja dekat dua bulan - yang ini memang aku dah inform manager awal-awal aku cuma kerja dari tempoh yang sekian sampai sekian. Habis tempoh habis lah kontrak, aku pun amek gaji yang terkumpul tu bawak pergi travel dengan crime partners. Boleh lah tampung jugak. Tapi nak cerita kenangan tu, melekat lama jugak lah. Bahkan sampai sekarang. Nampaknya memang terbaik lah pilihan untuk tinggalkan selagi masih indah. Jadi yang aku kenang-kenang di masa depan tu yang indah-indah jelah.

Secara keseluruhannya, pengalaman kali ni boleh kata paling hidup lah. Sebab hidup aku hampir-hampir berubah, lepas macam-macam perkara berubah dalam hidup aku sepanjang kat pulau ni. Semua tu pengalaman, tak ada yang betul tak ada yang salah. 

3 comments:

  1. Assalamualaikum..nk tanye macam mana ye sis mohon kerja di resort tu? sbb sye pon tgh mencari kerja dan berminat nak kerja di pulau tioman..harap cik dapat bantu..terima kasih:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon kerja masa tu di Mudah.my, cek bahagian2 housekeeping/waiter/receptionist etc. Fokus yg pangkat rendah2 je sebab tahu memang nak kerja sementara. Kalau kat Pulau Tioman mungkin boleh try:

      1. Tunamaya Beach & Resort Spa, cuba call +60 7-798 8108, mintak dia hubungkan dengan bahagian Human Resource, dan tanya kalau2 dia ada ambil pekerja part time/sementara utk cuti semester.

      2. Berjaya Tioman Resort, cuba call +60 9-419 1000, mintak dia hubungkan dengan bahagian Human Resource, dan tanya kalau2 dia ada ambil pekerja part time/sementara utk cuti semester.

      3. Google list hotel/resort yang ada di Pulau Tioman, google no ofis, minta dia hubungkan dengan bahagian Human Resource, dan tanya kalau2 dia ada ambil pekerja part time/sementara utk cuti semester.

      Macam tu je, cubalah mana tahu ada rezeki.

      Delete
    2. klu nk season ni (feb) whatsapp sy 0139046986 asap

      Delete