Beberapa hari ini aku terpaksa duduk menghadap laptop dalam bilik sebelah tingkap je... bukan sebab aku suka sangat duduk dalam bilik semata, tapi sebab bateri laptop tertinggal kat rumah masa aku balik hari itu. Jadi sekarang susah sikit nak bawa laptop aku jalan-jalan. Jadi dia kena tunggu aku dalam bilik je lah. nak bawa keluar, aku malas nak angkut adapter...
Disebabkan itu, bila aku dah lampau bosan duduk dalam bilik, aku turun lepak bawah. Selalunya lepak sendiri je lah, sebab diorang bukannya rajin keluar lepak kat bawah macam itu. Aku... sebab ada masa-masa yang aku sangat perlu rasa kewujudan orang lain. Dengan lepak kat bawah, baru rasa macam ada orang-orang lain sekeliling aku. dah berapa hari entah macam ini... terpaksa berkurung dalam bilik sebab nak setelkan assignments.
Pagi ini dari dalam bilik aku tiba-tiba dengar bunyi heli. Macam memang dekat yang amat. Macam terbang rendah sangat. tapi masa itu aku sekilas pandang je luar tingkap sebab aku tak nampak heli pun - dan sebab aku tengah fokus buat kerja. Tapi lepas lebih kurang sejam, baru tadi, bunyi heli lagi... kuat. Aku pun usha ke luar tingkap, tapi kali ini aku rajinkan diri untuk bangun pergi ke tingkap supaya aku boleh tengok betul-betul. Dan aku nampak betul-betul pun...
Heli warna hitam, TUDM punya kot? sebab sini memang dekat sikit dengan tempat TUDM. dan bila 5 buah heli konvoi macam itu, tak kan lah orang awam punya... lagi-lagi warna gelap, tak kan lah syarikat swasta punya. Memang mungkin, tapi naluri aku dengan suka-suka hati nya kata itu heli TUDM kot. Dari situ... (di samping teruja sampai boleh sengih sorang-sorang sebab dapat tengok heli TUDM itu konvoi), aku tefikir. Ada apa hari ini? Hari ini rasanya cuma rabu yang biasa, bukan hari ulangtahun apa-apa. Jadi aku terus fikir lagi... Ada apa-apa ke...? Wallahua'lam.
Tapi apa-apa pun, aku harap tak jadi apa-apa pun - yang sampai perlukan TUDM buat operasi. Sebab kalau dah sampai TUDM kena beroperasi, macam ada yang merisaukan. Jadi aku harap, kalau betul pun itu konvoi heli TUDM, diorang cuma keluar untuk buat latihan je. Mungkin latihan rutin ke, latihan khas ke, apa-apa jenis latihan pun lah. Asalkan semuanya elok-elok je.
Haha... tinggi pulak imaginasi aku bila masuk bahagian macam ini. Bila pasal ATM, aku cepat fikir yang serius-serius (can't help it). hak... memang TLDM wannabe betul!
No comments:
Post a Comment