LIBK dah dekat. mungkin tak sedekat tu, tapi dekat lah bagi aku... memandangkan aku pun dah nak habis belajar. dan bila cerita pasal LIBK... kenapa pelatih-pelatih yang ada dalam otak aku cuma budak-budak AFTAS?
Oh... maaf, maaf. Commander's Life isn't really FiTA's thing. Percaya tak? Betul lah... kepada budak-budak FiTA, tak banyak yang Dunia Komander boleh offer. Fun yang dicari-cari, FiTA boleh bagi lebih dari apa yang Dunia Komander boleh bagi. Jadi... tak ada apa yang tinggal, yang Dunia Komander boleh offer kat budak-budak FiTA. Jadi harapan aku untuk ada pelapis Komander FiTA @ TeKA, setipis ... (tak tahu nak kate, tapi memang tipis lah).
Kat sini aku tak ada intuisi untuk menyindir atau menghentam apa-apa atau siapa-siapa. Apa yang aku maksudkan cuma apa yang aku tuliskan, tiada maksud tersirat - jadi aku tak mahu ada pihak yang putarbelitkan ayat aku sampai jadi apa-apa yang tak sepatutnya.
Pasal Dunia Komander dan FiTA. Aku sendiri nampak... aku nampak apa yang ada dalam Dunia Komander dan apa yang ada dalam FiTA sendiri. Tak dinafikan dua-dua ada benefit yang sangat besar, tapi bila diukur mengikut keperluan, disebabkan apa yang ada dalam FiTA, buatkan aku rasa apa yang ada dalam Dunia Komander adalah bonus sampingan sahaja bagi apa yang dah memang ada dalam FiTA. dan bonus sampingan itu... meskipun bagi sesetengah orang ianya penting, tapi bagi kebanyakan orang, mereka tak terlalu bergantung pada bonus itu, kan? Kalau ada, ya Alhamdulillah tapi kalau tak ada... pun tak jadi masalah. Hal ini agak rumit bagi aku sekarang, jadi kalau aku tulis panjang lebar cuba nak fahamkan orang tentang ini, lama-lama aku sendiri yang jadi tak faham. Jadi setakat ini lah yang aku boleh fahamkan, dan setakat ini lah yang aku boleh entrikan.
dan ini... buat aku buntu bila fikir pasal nak tarik budak-budak FiTA jadi komander. Hari ini aku rasa aku tak akan tarik mereka lagi... buat masa ini, mungkin untuk sem ini, untuk ambilan tahun ini, aku tak akan lagi bersungguh-sungguh tarik budak-budak diploma FiTA untuk jadi komander (tak akan tarik macam dulu lagi) memandangkan aku pun tahu mereka pun tak rasa perlu. Jarang sebab berat untuk aku buat macam ini, giving up, tapi bila sampai masa-masa macam ini...
aku betul-betul buntu. masih runsing.
*btw, td blogwalking... jmp 1 org ni dilema mcm lbh kurg aku. tak la same mcm... sebijik, tp monolog yg same dgn yg ak prnh t'lintas. dan ini bukan pasal komander pun, tapi personal things.
No comments:
Post a Comment