a'ah, aku belum buat... Biar ah!!!
Sebelum ini tak rasa perlu. tapi katakan aku memang tak sambung
sebab. aku sayang fakulti ni lah. sebab.
1. sebab asalnya aku tak tahu motif masuk sini - tak kenal tak cinta. jadi (ayat klise tapi betul-betul...) bila dah kenal aku suka. boleh ketepikan apa-apa yang buat aku tak senang hati dengan fakulti ini, overall tempat ni worth it. dan dah ajar aku macam-macam...
2. sebab aku mula faham, penting mana benda yang namanya 'sokongan' tu, untuk anak-anak seni yang baru nak hidup ni. dan aku alumni, rasa macam patut mainkan peranan penting (mungkin tak penting mana tapi setakat yang aku boleh tolong jela... hehe) untuk support diorang. Setakat support penuhkan tempat audience jela, (keluar duit tiket kot?!).
3. sebab nak tahu latest update FiTA ni la. Kalau tak, mana aku nak tahu bila budak-budak ni nak buat show lagi kat induk ke, kat Puncak Alam ke, kat Puncak Perdana ke... mana-mana je lah. Dah tahu update baru lah boleh ejas masa...
4. sebab nak follow up kawan-kawan FiTA ni lah... lupa, kawan-kawan AFTAS jugak. senang cerita, nak tahu cerita kawan-kawan Puncak Perdana ni lah. sebelum ni kenapa tak buat, adakah sebab kawan-kawan sekolah aku tak penting? bukan... tapi sebab bagi aku fb tak penting. Kawan-kawan yang penting tu... aku rasa kalau communicate dalam telefon lagi dekat kot? sebab macam kebanyakan orang, kalau aku buat fb, aku takut cuma sebab nak ada je, tapi bukan aku manfaat kan sangat pun. bagi aku lah...
dan sebab-sebab lain yang mungkin.
Haha dah malas nak citer pasal facebook. Sampai bila pun pro&con dia tak habis. Tengok lah nanti macam mana, nak buat ke tak. Sebab aku masih fikir nak jaga identiti ku... huhuu...
No comments:
Post a Comment