salam. :)
seronok bila aku dapat buat sesuatu, lagi seronok bila lepas aku buat itu aku terfikir, ini memang apa yang aku nak buat.
seronok... sebab aku selalu dapat rasa macam itu. macam... i knew this is exactly what i want!
tapi dalam seronok itu, masih... kadang-kadang aku terfikir, betulkah apa yang aku buat ini? kalau tak betul, apa yang salah? dan yang tak seronoknya, tak ada orang yang akan jawab soalan aku tu...
tak seronok bila rasa keliru, dan tak ada yang datang untuk nampakkan dengan jelas, apa yang buat aku terkeliru. tak seronok bila rasa keliru, dan aku kena fikir dan terus fikir, apa yang tak kena.
dan sekarang... tak seronok bila aku sekali lagi terpaksa fikir, patut atau tak patut aku promote LIBK.
dalam hati aku tak nak ajak budak-budak ini pergi LIBK, sebab dah malas nak fikir pasal benda-benda macam ini. Banyak sangat kena fikir bila fikir pasal benda-benda yang melibatkan dunia komander ini... ini memang dunia komander Puncak, memang macam ini...
tapi jauh dalam sudut hati, aku nak sangat budak-budak sem 1 ini pergi LIBK konon-konon untuk sambung legasi Komander Kompeni N yang macam dah nak mati ini. sebab aku dah rasa, sebab aku dah belajar banyak benda daripada dunia komander ini... banyak hal yang bagi aku sangat penting. Cuma aku tak pasti samada benda-benda yang bagi aku penting dalam hidup aku itu, sama pentingnya dalam hidup mereka. Mungkin atas sebab-sebab tertentu, apa yang penting bagi aku tidak penting bagi mereka. Atau mungkin lebih kurang penting, tapi tidaklah sepenting yang aku kira. Atau lagi, mungkin memang tidak penting langsung...
yang penting bagi aku itu... mungkin sebab aku perlu sedia untuk redah dunia yang aku nak redah. ada bahagian-bahagian tertentu di dunia ini yang aku nak jelajah. bahagian-bahagian itu pun belum tentu aku boleh sampai, tapi aku ada cita-cita. sekurang-kurangnya, apa yang aku buat sekarang, penting untuk aku sediakan diri aku ke arah itu. dan itu yang buat apa yang penting bagi aku sekarang, penting bagi aku. dan apa yang penting bagi aku itu... apa kena mengena dengan mereka?
mungkin mereka sendiri pun boleh dapatkan kepentingan masing-masing daripada apa yang ada dalam dunia komander ini, tapi mana aku tahu? macam mana aku nak nampakkan pada mereka?
sekali fikir... bukan tugas aku untuk fikir semua itu. kenapa lah aku susah-susah fikir hal-hal yang bagi mereka-mereka pun tak penting?
dua kali fikir... kalau dah bagi mereka, ini tak penting... dan aku putuskan untuk anggap ini tidak penting juga, ke mana hala semua ini? dah kalau ini tidak penting bagi kami, bagi siapa lagi?
tiga kali fikir... ini penting bagi budak-budak yang belum pernah rasa ini sebenarnya. kalau lah diorang tahu betapa banyak nya yang diorang boleh belajar dalam dunia komander ini, huh...
fikir punya fikir punya fikir, budak-budak ini... tak ramai yang suka benda-benda yang mencabar mental fizikal macam ini. jalan tersadung batu pun dibabikan batu tu... macam mana lah nak jalan kat tempat yang lagi banyak batu-batu besar yang memang tak akan senangkan hidup diorang. lampu tak nyala waktu gelap pun dicarutkan lampu tu, macam mana lah diorang nak hidup dengan susah payah yang lagi susah dari setakat gelap tak ada lampu...
*kecewa sikit bila dengar budak AFTAS lagi ramai minat nak jadi komander daripada budak FiTA. siapa lak yang nak tolong budak-budak FiTA yang akan datang? siapa lagi nak back-up budak2 FiTA yang selalu kena keluar shooting? siapa yang boleh faham budak2 FiTA sebanyak mana komander FiTA sendiri faham diorang? kalau budak2 FiTA sekarang tak ada yang nak jadi komander, nasib budak2 FiTA yang akan datang la yang jadi taruhan... kalau kau memang tak kisah pun, just tolong jangan kata "Ade aku kisah?"...
Dugaan harus ditempuhi :)
ReplyDeletePromote jangan tak promote..haha