Saturday, December 19, 2015

Past Can't Repeat

Watched 'The Great Gatsby'. I guess that's just how the world is.

Gatsby, who once had a great and wonderful past tried to get it back. He lived his whole life working for it, gave everything for that wonderfully wretched past. And how his life ends, perfectly shows how it can't repeat. Where before that life ends, he already had a fortune that he hadn't looked at just because he'd been looking at his past persistently. And that past had ruined his life, too. Just because he kept that hope very severely. 

The past can't repeat. Stop wishing for it. Instead, live your present and let the past be your sweet memories. That you can recall whenever present hits you hard and you feel like losing yourself. I guess that's what past is all about. Atleast, that's what James Gatsby had taught me very deeply.

Sunday, December 13, 2015

Rebound.

Dah ada yang join airforce, darat, dan laut sendiri. Dari kalangan kawan-kawan zaman diploma aku. Kawan-kawan main-main dulu. Sekarang, Betul kah aku nak lepaskan cita-cita aku?

Tahu tak, kalau mahu aku boleh kekalkan cita-cita tu walau jauh mana pun dia dah melayang. Cuma aku... yang bila makin tak dapat, pilih untuk lepaskan. Nampak macam aku mudah give up, kan? Tanpa ambil kira berapa lama aku pertimbangkan. Bila aku pilih untuk lepaskan, aku adalah seorang yang mudah give up. Tak kira apa. 

Tapi kalau aku kekalkan walau apa pun jadi, aku takut aku kekalkan atas dasar ego. Kerana aku dah kata aku nak jadi, aku nak jadi sebab aku nak tunaikan kata-kata aku. Kalau atas dasar itu, aku ragu boleh bertahan ke aku lalu benda-benda sakit tu? Sebab rasanya aku dah tak macam dulu, yang tak peduli sakit penat segala. 

Sebab aku dah mula selesa. Sejak aku kenal zon itu, aku dah senang selesa.

Friday, December 11, 2015

Zaman Apa Lagi.

Zaman-zaman jiwa kacau ni dah berlalu. Atleast, aku fikir begitu.

Tapi tiba-tiba baru-baru ni aku termakan racun lagi. Racun pemikiran. Yang buat segenap tubuh badan aku tanggung kesannya sekarang. Pernah dengar tak... "If you judge a fish by its ability to fly, you'd kill him?". Benda-benda macam tu lah. 

Mampu aku buat sesuatu, bukannya sesuatu yang aku buat sekarang. Kerana itu aku jadi pemalang. Screw up sana sini. Sampai bila pun tak pasti. Tapi kalau fikir lama, wujud aku kat sini cuma sekadar untuk jadi loser kah? Kau tahu kah rasanya jadi loser...

Kenapa. Bila kau tengok orang boleh senang hati macam tak akan mati. Bila kau tengok orang boleh buat sewenang-wenang macam tak akan pulang. Bila kau tengok orang boleh pergi macam tak akan kembali. Bila kau tengok orang boleh buat itu ini sedang kau masih berdiri kira satu per satu konsekuensi.

Kau nak merokok tapi takut rosakkan jantung. Kau nak hisap dadah tapi takut rosakkan badan. Kau nak fanatik kpop tapi takut rosakkan pemikiran. Kau nak fanatik barat tapi takut rosakkan kepercayaan. Kau nak bergaduh tapi takut rosakkan kebaikan. Kau nak bertumbuk tapi takut rosakkan keperibadian. Kau nak kejar duit tapi takut rosakkan prinsip. Kau nak terjun laut tapi takut mayat tak diterima bumi.

Jadi... ini semua apa? dan bila aku sedar, aku yang tentukan samada ini sejenis ketakutan atau pemeliharaan.

Tapi masih... nak anggap ini benar-benar pemeliharaan, takut itu kekaburan.

Cari Kawan.

Maaf aku tak cari kawan macam yang kau harap.

Bila kawan datang aku terima masuk dalam hidup aku. Cuma itu yang aku mampu. Untuk aku jemput dengan rela hati terbuka, itu tak mungkin berlaku. Sebab aku cuma tahu yang itu tak akan lama. Jemputan aku biasanya sementara, entahkan mereka yang memang tak mahu lama atau aku yang tak biasa. Jadi hanya bila mereka sanggup merendah hati meminta masuk kotak selesa aku yang sempit, aku dengan lapang hati terima mereka masuk dan berkongsi ruang segenap dimensi. 

Paling penting, aku tak mahu tersalah memberi jemputan. Biarlah aku tersalah beri izin untuk masuk, tapi jangan aku yang tersalah menjemput masuk. Kerana yang minta untuk masuk itu, setidak-tidaknya aku sekadar memenuhi permintaannya untuk masuk. Alangkan yang aku jemput masuk itu, apa kebaikan yang aku buat padanya kalau jemputan itu tidak benar?

Kawan memang aku tak cari. Mungkin sebab itu ada kalanya aku bosan. Tapi kawan yang datang aku tak buang. Dengan cara itu aku cuma ada kawan yang mahu tinggal dalam kekacauan aku. Yang mahu main bersama dalam keserabutan aku. Memang. Kadang bosan. Tapi cukuplah dengan apa yang ada. Dan mampu bertahan pun kerana bumi masih luas.

Kata...kata.

[Last update, Oct 20. Hehee...mana lah pergi azam nak update selalu tu.]

Bila-bila. Apa yang kau kata hari ni, akan makan kau esok. Macam apa yang kau kata lima tahun lepas makan diri kau hari ini. Kau tahu. Apa yang aku kata ini.

Maaf lah sebab kata-kata aku selalu menyakitkan. Kata-kata aku selalu makan dalam.
Itu kata-kata yang aku rasa perlu kau tahu, sementara kata-kata aku yang sifatnya tak begitu aku lebih pilih untuk pendam. Biar aku sendiri yang faham. Kerana faham itu banyak dimensi, aku risau sudut yang kita ambil untuk terjemah kata-kata yang tak penting itu masing-masing berbeza. Akhirnya jadi punca. Telagah sampai timbul sandiwara. Drama. Sampai kau dan aku tak lagi bicara. 

Aku faham. Sebab dah banyak macam itu. Cuma segelintir yang mampu bertahan, tetap di sisi walau aku menarik diri. Aku memang akan tarik diri, bila aku rasa kau tersakiti.

Tuesday, October 20, 2015

Positif Negatif

Hari ni dah tak lagi fikir apa yang aku tak dapat. Sebab banyak sangat yang aku dah dapat. Satu benda tentang Terengganu yang aku masih tak faham, walau macam mana aku resist perkara-perkara kat Terengganu ni, masih banyak lagi yang baik-baik datang. Maksudnya continuous negative vibes yang ada kat aku tak hentikan positive vibes yang nak datang. Aku pun tak faham kenapa, tapi macam itu lah flow nya kat Terengganu ni. 

Jadi untuk semua ni, Alhamdulillah. 

Nurhafidzah Abdul Wahab

Monday, September 21, 2015

I Ain't Me.

Bila semua yang kau rancang tak jadi. Allah pun ada perancangan. Yang lebih muktamad.

Kau tahu takkan dapat lawan, tak ada niat pun nak lawan. Memang nak kan perancangan sendiri tu, usaha bukan main hebat, doa pun sama. Nak kan perancangan kau menjadi. Tapi akhirnya bila semuanya hilang, kau tahu rancangan Allah jugaklah paling hebat. Redha kalau memang itu yang terbaik. Cuma sekarang sebab kau masih kabur, tak nampak perancangan Allah yang sebenar lagi. Tak nampak lagi takdir kau yang sebenar. Sabar. 

Sabar tu, nak suruh orang memang senang. Tapi sekarang aku cakap dengan kau, sabar. Sebab aku pun tengah rasa tu. Kabur. Mana halatuju tak nampak. Bila toleh belakang pulak, nampak betapa jauh aku boleh pergi bila ada cita-cita. Betapa tinggi aku boleh terbang. Dan tak biasa hidup dengan tiada cita-cita. Betapa rapuh aku tanpa cita, betapa rendah hidup aku tanpa cita. Sebab dah biasa hidup bercita-cita.

Betapa. Jatuhnya aku tanpa cita. Jadi aku putuskan untuk cari cita-cita baru. Tapi tak semudah tu. Untuk kenal balik diri sendiri, untuk cari bahagian dalam diri aku yang aku belum jumpa selama ini. Cita-cita yang lepas, yang dah hilang tu, aku figured out since a long time ago, dari aku kanak-kanak. Yang aku tanam, siram, baja sampai cambah. Usaha tu bertahun, jadi bukan senang nak aku mulakan yang baru sekarang. Tapi apa lagi pilihan aku ada? 

Betul-betul. Apa lagi pilihan yang aku ada...

*this is so not me, dammit

Friday, August 7, 2015

Perkara yang Menyakitkan.

'Tak kiralah kau rapat macam adik-beradik ke, kau belangkas ke, kau cuma kawan ke, atau kalaupun kau memang dah biasa pun, jangan lah pegang-pegang macam tu...'

Senang-senang je. Sedap mulut (hati) aku je kata kat dia macam tu. Bajet bagus, macam lah mulia sangat aku nak kata dia macam tu. Ini bagaimanapun beri peringatan kat aku, pasal benda-benda buruk yang aku buat depan orang dulu. Barangkali lintasan-lintasan macam ni lah yang muncul dalam hati diorang. Meluat tengok aku buat maksiat (apa jenis sekalipun, dari kecil sampai yang sebesar-besarnya), walaupun aku rasa perkara biasa. Jadi itulah, apa pun alasannya, kalau dah maksiat tu maksiat jugak. Aku kena ingat ni. Sentiasa. Sebab sekarang ni memang macam Allah nak ingatkan aku ni, pasal tu. Allah letak rasa meluat dalam hati aku, biar aku rasa balik meluatnya orang lain rasa bila pelakunya aku. 

Orang yang jadi perantaraan teguran ni, buat teguran ni jadi deep sangat. Mungkin supaya teguran tu terus masuk dalam hati, Allah hantarkan 'orang dalam'. Directly. Takpelah. Memang mula-mula berat jugak, tapi syukurlah Allah letak muhasabah dalam hati dan pemikiran aku. Supaya ambil perkara yang dilihat menyakitkan tu sebagai peringatan kat diri sendiri. 

'Perkara yang menyakitkan' kat sini bukan sebarangan. Itu cuma perkara-perkara yang betul-betul menyakitkan aku. Aku tak jaga hal orang lain selama ni, tapi ada sesetengah perkara yang aku peduli. Yang satu ni, aku peduli. Sebab aku peduli, bila dia buat perkara yang menyakitkan aku cuba rationalize. Aku gunakan imaginasi-imaginasi indah aku untuk rasionalkan. Walhal kalau ditengok dari sudut pandangan normal, perkara tu memanglah jenis-jenis 'perkara yang menyakitkan jugak hakikatnya. Aku je tak sedar-sedar. Sampailah ditayangkan dengan jelas nyata, barulah nak terbeliak mata aku, barulah nak terima je 'perkara yang menyakitkan' tu. 

Nak terima 'perkara yang menyakitkan' tu memang berat, sebab tu aku cenderung untuk eksploitasi imaginasi aku bila berhadapan perkara-perkara macam tu. Sebab itu yang aku dah biasa buat dari dulu. Kalau tak entah macam mana aku nak survive. Tapi sekarang memandangkan aku dah dewasa, dah lebih matang (sepatutnya), dah sedikit sedar imaginasi bukan untuk dieksploitasi, dan dah mula belajar terima 'perkara yang menyakitkan'. Cara terbaik untuk terima adalah guna benda tu untuk muhasabah diri. Jadinya, kalau kau jumpa lagi perkara-perkara yang menyakitkan, jangan benci pelakunya. Tapi letakkan diri kau sebagai pelakunya, bukan untuk beri alasan dan terima perlakuan keji tu, tapi untuk kau faham betapa buruk dan busuk nya bila kau buat perkara keji macam tu. Pelaku asal? Kau pergi lah tegur. Kalau tak berani, jangan nak kutuk dia, kutuk perbuatan dia je supaya kau tahu kenapa kau tak patut buat suatu masa nanti. 

Kalau terima 'perkara yang menyakitkan' tu, kena hadapi lah kan. Cara aku hadapi biasanya singkirkan sampai ke akar umbi. Maksudnya cari tahu. Bila perkara tu jadi, kenapa dia jadi. Kalau kenapa dia jadi tu tak ada kena-mengena dengan aku atau luar kawalan aku, kenapa dia boleh sakitkan aku. Kalau dah tahu kenapa dia sakitkan aku, macam mana nak hilangkan. Kalau kena padam semua yang berkaitan, padamlah. Tapi dalam kes aku, aku minimakan perkara padam memadam sebab aku tak nak hilang lagi memori-memori yang tinggal. Jadi aku padam yang zahir jelah. Yang dalam memori biarkan. Mana yang aku boleh dominasi, aku pergunakan. Untuk bantu aku hadap perkara-perkara yang menyakitkan dalam hidup aku. 

Aduh. Maaf kalau kamu makin kurang faham. Sentimental hari ni. Perkataan kacau bilau. Aku tak lah serabut sangat, sebab masa-masa sakit hati macam ni ada pulak kawan-kawan yang timbul dan serongkan fokus aku. Alhamdulillah. Yang menyakitkan kurang menyakitkan dengan cara ni. Betul. Kawan-kawan yang kau ada, jangan expect diorang jadi penceria hari kau, penawar duka kau, pendengar masalah kau, sebab diorang bukan. Jadi bila-bila ada yang jadi satu dari semua tu untuk kau, jangan kau anggap itu memang fungsi diorang sebab hakikatnya tidak. Hargai kehadiran dan kewujudan diorang setiap masa, bukan hanya bila kau perlu cahaya dalam gelap semata-mata.

Wednesday, August 5, 2015

Tembam.

Kau rasa ni cerita pasal apa? Haa... betul tak betul, kali ni pasal kucing. Kau tahu, kecil-kecil dulu rumah aku selalu ada kucing. Paling seronok bila kucing tu beranak. Sekali beranak keluar empat ekor. Maka cukuplah untuk kami adik-beradik sorang satu. Berlarutan jugak lah, jadi setiap kali kucing tu beranak, kami dapat anak kucing baru seorang satu. Yang seronok tentang kucing bila main dengan anak kucing je sebenarnya, haha. Masa tu lah. 

Aku pun dah lama tak main kucing sebenarnya. Aku tak sedar sejak bila aku tak suka kucing - bukan takut, cuma tak suka. Untuk satu tempoh yang lama jugak sebenarnya. Sampai aku dah dewasa. Mungkin nampak normal, tapi mengenangkan diri aku dulu yang hidup siang malam dengan kucing, tidur mandi dengan kucing, macam mana sebenarnya aku boleh berhenti suka kucing? Macam mana aku boleh lupa yang aku pernah suka kucing... Dan sekarang macam mana aku boleh ingat balik? Bukan dengan tiba-tiba. Si Hussainy. Lepas bertahun-tahun aku lupa, dia ingatkan balik. Jadi yelah, terima kasih. 

Lepas dia sentap aku macam tu (tanpa dia sedar pun), aku mula tengok kucing balik. Aku mula rasa kucing tu something balik. Bertahun-tahun aku hilang rasa tu. Rasa yang aku cuma boleh dapat bila main dengan kucing. Dengan anak kucing. Yang tak reti takut, yang tak peduli manusia sibuk buat kerja, yang entah macam mana bila manusia serabut anak kucing ni semacam faham. Jadi serabut macam mana pun, dia berani datang dekat dan tak jauhkan diri. Lagi-lagi masa zaman-zaman 'gelap' aku dulu. Dengan segala macam yang tunggang terbalik, dengan segala rasa yang kacau kecamuk, dengan segala pemikiran yang merosakkan, dengan semua tu lah adanya si tembam. 

Si Tembam ni tabah sangat, bagi aku. Anak kucing kelabu yang lahir-lahir, aku cop (macam adik-badik aku cop yang lain-lain). Sebab budak kelabu ni tak ada orang nak sebab warna paling tak comel kot. Tapi yang diorang tak nak lah aku nak, tak adalah hak aku kena kacau. Kononnya hak aku. Mengarut. Aku cakap si Tembam ni tabah? ... Berat nak cerita, tapi tulah. Yang aku ingat sangat pasal tembam, dah macam-macam aku buat kat dia tapi dia tetap balik kat aku. 'Macam-macam' yang aku maksudkan kat sini, macam aku ni takda akal. Macam mana dia tahan dengan semua tu pun aku tak tahu. Sampai satu hari tu dia dah lembik lunyai kena dengan anak jiran pun masih datang balik kat aku lepas tu.

Hari tu lah. Mula-mula aku bawak dia mandi (macam psycopath), jahatnya aku kat dia yang kecik lagi. Jahat bukan sebab aku mandikan dia, tapi atas semua benda yang aku buat masa mandikan dia. Tak kira apa pun sebab atau alasan aku buat macam tu masa tu, it's unforgivable. Sebab lepas tu dia lari keluar, sebab takut sangat, atau tak tahan. Dia keluar. Bila aku cari, nampak anak-anak jiran aku tengah main dengan dia. Main yang sakitkan dia - tarik ekor, dan lain-lain. Kesian kat dia, tapi aku tak berani pergi ambil dia. *carut kan, aku? Kuat dia mengiau, mintak lepas barangkali. Dia sakit. Macam minta aku selamatkan dia, tapi aku tak pergi pun, Sebab tu, *carut kan, aku?

Petang tu masa aku keluar nak pergi main kat padang macam biasa, aku lalu depan rumah jiran tadi. Aku panggil-panggil Tembam tapi tak nyahut. Tak lama lepas tu dia datang lambat-lambat kat aku. Lemah sangat aku tengok. Macam tak larat sangat. Aku ambil dia bawak sampai hujung blok sebelah padang. Aku tinggalkan dia kat tepi tu suruh dia tunggu aku, balik nanti baru aku ambil dia bawak balik. Aku pun pergi main dengan gembiranya. Dah puas main, bila maghrib aku pun gerak balik. Sampai hujung blok tadi aku panggil-panggil Tembam tapi dia tak datang. Aku tak jumpa dia, aku pun balik. Esoknya aku pergi balik tempat tu cari Tembam, masih tak jumpa. Dua tiga hari lepas tu aku dapat tahu dia dah mati kat hujung blok tu, tempat yang aku tinggalkan dia tu. Yang petang tu aku panggil dia tak datang, yang aku cari tak jumpa. Dia mati kat situ. Sakitnya aku.

Hari tu, sebenarnya... petang lepas aku habis main tu, hidup lagi ke dia? Kenapa aku tak cari jugak sampai jumpa? Aku panggil dia tak datang, aku balik. Kalau aku cari jugak lama-lama mungkin tak aku jumpa dia tengah baring sebab tak larat nak jalan pergi kat aku. Mungkin aku boleh bawak jugak dia balik, mungkin dia tak terbaring dan mati kesejukan malamnya. Atau masa dia datang lemah longlai kat aku masa aku nak pergi main petang tu, mungkin aku patut hantar dia balik rumah dulu baru patah balik pergi padang untuk main? Mungkin dia boleh rehat dan recover kat rumah, mungkin dia tak terbaring dan mati kelaparan kat situ. Atau masa aku dengar dia menjerit-jerit kat depan rumah jiran aku, kena torture dengan anak-anak jiran aku, mungkin aku patut pergi dan ambil dia balik biarpun terpaksa bertumbuk dengan diorang. Mungkin dia takde lah jadi selemah tu sampai tak larat nak jalan balik. Atau masa dia masih hidup, dengan aku... mungkin aku patut gunakan akal aku dengan lebih baik untuk jaga dia dan tak sakitkan dia, aku patut tak lepaskan geram kat dia, aku patut ingat yang dia pun makhluk hidup yang rasa sakit, aku patut buat baik kat dia, mungkin dia tak lari keluar dari rumah sebab takut. Semua yang aku patut tu. Sebab dia yang selalu ada dengan aku bila aku seorang, bila aku nangis, bila aku bengang, bila sedih, bila-bila. Tu yang paling-paling, buat aku rasa sakit bila dia mati.

Bahkan masa menulis ni pun, sakit tu rasa macam baru lagi. Bertahun-tahun yang aku lupa tu, sebab ni ke? Ini ke bendanya yang aku nak lupa sangat, sampai aku betul-betul lupa semua yang indah-indah sekali dengan Tembam... rasa sakit ni, rasa sesak dada ni, macam semua tu baru je jadi. Sebab ni ke, aku lupa semua benda tu? Dan langsung tak teringat apa-apa pasal masa kanak-kanak aku yang hidup hampir setiap masa dengan kucing, Tak ingat langsung, sampai lah Hussainy cakap kat aku "kau dari dulu memang always suka kucing,". Benda tu yang sentap aku, sampai lah hari ni - bila aku buat keputusan untuk tulis pasal si Tembam, tanpa sedar aku akan recall satu lagi episod hitam dalam zaman kanak-kanak aku. Aku include ini sebagai episod hitam sebab ini satu dari perkara yang menyakitkan aku. Sangat, sampai memori tu terbenam jauh kat dalam. Sampai aku kena korek dalam-dalam hati ni, sampai rasa macam kena tarah-tarah hati ni. Lama aku fikir semua soalan-soalan 'kalau' untuk petang tu, kalau ini kalau itu. Tak pernah terjawab pun memandangkan semua tu terkubur, terbenam kat dasar sedalam mungkin, tak timbul-muncul sampailah hari ni. Syukurlah hari ni tiba bila aku dah lebih besar. Setidaknya bila nak hancur hati ni teringat balik benda ni, aku dah matang sikit nak hadapi. Ada jawapan berhikmah untuk semuanya. Syukurlah. 

Itulah cerita si Tembam. Aku harap boleh tebus semua dosa aku kat dia, memandangkan aku memang tak boleh patah balik masa. Sebab semua yang aku ingat pasal dia, menyakitkan aku sebab menyakitkan dia dulu. Maaf kalau kau kurang faham, cukuplah sekadar yang kau faham. 

Thursday, July 30, 2015

Malam Paling Berbintang.

Teringat. Malam paling banyak bintang tu. Terbaik. Terindah.

Bila?

Yang pertama. Malam terakhir aku di asrama SAMTAJ Sungai Besar, awal tahun 2008 sebelum aku berpindah ke SMKA Simpang Lima. Malam tu aku dengan crime partners raikan sesuatu kat dewan makan. Sekali warden datang serbu. Dengan exco asrama yang join kitorang kena sekali. Kesian dia, haha. Walaupun sebelum tu ada drama sikit, that celebration went well, even better than expected. We had such a good time. Well, as for me and another friend because we knew I wouldn't be long. Antara kami ramai-ramai, cuma seorang dua yang tahu aku dah tak lama, sebab akan pindah masuk SMKA Simpang Lima. Itupun diorang tak tahu aku akan pergi esoknya. Malas aku nak bagitahu.

Balik pada cerita, lepas bersuka ria kat dewan makan tu tiba-tiba kena serbu dengan warden. Aku pun... damn. Ketat je muka dia masa tu, suruh berhenti dan kemas serta-merta. Kelam kabut budak-budak ni kemas, haha. Takut kena denda lah tu. Aku cuak sikit, tapi mungkin sebab dah biasa kena denda aku fikir apalah sangat denda yang kami kena nanti. Tapi kesian jugak kat budak-budak ni, tak pasal-pasal kena denda jugak sebab antara diorang ada budak-budak yang tak biasa jugak. Hm... takpelah dik (yang tak biasa kena denda tu adik-adik junior aku) sekali sekala cubalah rasa sikit denda tu macam mana, it's fun though, if you get punished with the right people. Macam kebiasaan aku. Habis kemas tu, warden iring kami balik ke hostel. Sampai depan pagar, tengok-tengok memang ada pelajar-pelajar berbaris depan bilik (hostel cuma level bawah, tak ada tingkat atas jadi depan bilik-bilik tu ada kawasan lapang). Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba ada roll-call tengah-tengah malam buta ni, masuk jelah dalam barisan macam yang diarahkan. 

Lepas habis warden bagi 'ucapan', beliau bagi arahan masuk dalam bilik ambil bantal, selimut. Akhirnya 'hukuman' dijatuhkan. Terkejut, sebab denda macam ni aku belum pernah kena. Hadoi... malam terakhir ni. Dah bersurai tu baru aku berpeluang tanya budak-budak ni diorang buat salah apa sampai kena denda jugak tadi. Katanya sebab lepas curfew diorang masih belum tidur. 'Selama hari ni tak jadi apa pun, kenapa tiba-tiba malam ni?' pelik aku. Lepas budak tu bagitahu warden buat spotcheck barulah aku faham. Ini memaang kes jarang, kalau takat tidur lambat ni jarang kantoi. Tapi malam ni kantoi, besar-besaran pulak tu. Ramai yang kena. Boleh kata majoriti, sebab yang dapat tidur dalam bilik cuma berapa orang je - tu pun sebab diorang memang dah tidur masa spotcheck tu. Redha jelah. Jadi kami hamparkan tikar memanjang kat kawasan lapang tu, dan ambil parking masing-masing. Nampaklah beratur budak-budak asrama tidur kat luar malam tu. Rasa macam lawak pun ada. Maaflah kalau denda-denda kat asrama tu aku memang rasa macam main game true or dare tu je. Cuma game ni takda bahagian true, yang ada hanya dare.

Boleh tahan sejuk ni pagi esok, aku fikir. Ingat lagi aku. Bila kepala aku landing je kat bantal, mata aku ke langit. Lapangnya dada masa tu, aku yang rasa. Rasa lapang macam lapangnya langit malam tu. Rasa macam tak pernah aku tengok bintang sebanyak ni kat langit selama ni. Atau adakah sebab aku yang tak pernah cuba tidur menelentang bawah langit malam macam ni? Barangkali ya. Apa-apapun malam tu aku rasa denda tu hadiah paling valuable untuk aku, sebelum aku tinggalkan tempat tu. Rasa macam bintang-bintang yang banyak tu pun raikan hari terakhir aku. Tak tahulah kalau tu cuma bayangan aku, imaginasi aku memang tinggi sikit. Biarlah. Aku yang reka perkara-perkara yang senangkan hati. Memandangkan realiti bukan selalunya indah, biarlah aku main dengan imaginasi. Jadi malam tu lah. Malam yang pertama dalam hidup aku, yang paling banyak bintang. Mungkin ada sebelum-sebelumnya masa aku kecik, yang aku duduk bawah langit malam renung bintang-bintang yang banyak, tapi aku tak mahu kira yang itu sebab itu masa-masa pahit. Bukannya indah macam ni. Ini cara aku simpan perkara-perkara indah dalam hidup aku. Dan itu memang, jadi malam paling indah, paling banyak bintang untuk aku.

By the way, esok paginya aku memang bangun awal. Sebab aku dah pesan siap-siap kat mak abah datang amek aku subuh-subuh sebelum orang lain bangun tidur. Barang aku dah kemas hari sebelumnya dan sorok dalam loker, jadi bila mak abah datang aku cuma tinggal tarik beg dari dalam loker dan pergi. Rasanya pelan aku menjadi. Memang tak ada kawan-kawan yang perasan aku pergi. Ada lah seorang dua yang nampak sebab aku kan bukannya halimunan, tapi atleast diorang bukan kawan-kawan yang aku berat nak tinggalkan tu. Kenapa aku tak bagitahu diorang? Sebab aku tak suka goodbyes. Aku tak suka diorang hantar aku masa nak pergi, sebab diorang akan buat aku berat hati. Jadi biarlah diorang tak tahu, biar aku ringan nak pergi. Sebab memang, there's nothing like them out there... Banyak sangat benda yang aku belajar dari diorang, dari persahabatan dengan diorang. Moga Allah pelihara mereka siap satunya.

Wednesday, July 29, 2015

Untitled.

Dalam masa terdekat ni mungkin kau takkan jumpa entri-entri yang deep kat sini, sebab aku kinda not feeling terrible these days. In case kau kurang faham, entri-entri yang deep adalah hasil coretan masa aku rasa teruk - masa emosi berkecamuk. Memandangkan masa ini perkara-perkara macam tu kurang (in another way, Alhamdulillah), jadi akan kurang jugaklah sinikal dalam penulisan aku. 

Beberapa hari ni ada benda-benda baik yang jadi kat aku - syukur, tapi aku tak sedap hati. Sebab  aku tak familiar dengan benda-benda macam tu dalam hidup ni. Aku rasa insecure, sebab sepanjang hidup ni kalau ada benda baik jadi kemudiannya akan muncul benda yang aku tak jangka. Benda-benda yang aku tak duga, mostly aku tak suka. Aku tak boleh kata benda-benda teruk, tapi boleh dikira sebagai benda-benda yang buat aku rasa teruk. Benda tu teruk ke tak, satunya sebab mungkin itu ujian atau itu memang terbaik untuk aku jadi tak patut aku hukumkan macam tu walaupun not to my liking. Duanya sebab kalau nak kata benda tu teruk, teruk lagi benda-benda yang orang lain kena hadap. Cukuplah aku kata benda tu buat aku rasa teruk. 

Benda apa? Aku tak rasa nak hujahkan kat sini, lagipun masih awal lagi untuk aku ulas apa-apa pasal benda sekarang ni. Keadaan sekarang. Cuma aku rasa patut menulis - for the sake of keep on writing, aku tulis entri ni. Teringin jugak aku nak buat macam amanat ke, kata-kata pesan ke, tapi mungkin bukan sekarang. Kalau rasa nak amanat aku masa ni, baca lah entri yang lepas-lepas, banyak amanat dalam blog ni sebenarnya. Rupanya. Tempat aku susun perkara-perkara dalam hidup aku dalam bentuk kata-kata. Mudah-mudahan kalau masa aku sampai nanti, kalau ada yang rindu aku boleh keep in touch dengan kata-kata aku kat sini. Bajet macam ada lah kan? Kalau dulu mungkin aku akan fikir macam tu - tak ada orang pun nak rindu aku, mungkin takkan perasan pun bila aku dah tak ada. Tapi sekarang tak. Aku yakin ada yang akan rindu. Sounds cocky kan? Well, I'm telling ya, it's not about being cocky, it's about recognising the value of our life. If you don't think you are 'someone' to somebody else, might possibly because you don't value yourself. Trust me in this, there's always somebody else in your life like I said, who's having you as 'someone' in their life. So live with it, that you're not a 'no one'. Even that I'm not Atiqah Khairi though (It's personal). 

Masa ni kalau nak cakap pasal politik, isu semasa Malaysia, mual. Hakikatnya cuma Allah yang tahu. Siapa betul siapa salah. Atau sebenarnya siapa salah dan siapa lebih salah. Yang penting bukan siapa betul dan siapa lebih betul. Mungkin itu. Atau sebaliknya. Yang pasti aku cuma boleh kesal dengan keadaan. Sebab tak ada apa yang aku boleh buat untuk untuk ubah sedikitpun keadaan yang menyesakkan dalam sistem politik atau pemerintahan Malaysia ni. Kalau setakat berkata-kata, siapa pun boleh. Tapi untuk buat sesuatu, bukandalam bidang kuasa aku pulak. Bahkan bukan dalam kemampuan aku. Aku cuma boleh harap muncul seorang City Hunter Melayu, tapi tu kan cuma angan-angan penyedap hati. Untuk redakan rasa takut aku.

Aah aku takut. Takut jadi macam India - soal pertahanan dan penguasa seluruh negara, dibawah pengaruh orang-orang kenamaan. Takut jadi macam Singapura - soal Melayu hilang hak dan pengaruh di tanah asal usul sendiri. Takut jadi macam Indonesia - soal sekali tampuk pemerintahan buat kesilapan besar, kesan buruk kat rakyat seluruh negara dalam jangkamasa panjang. Impak-impak maksima yang terpaksa ditanggung cuma gara-gara segelintir barisan pemimpin yang terlupa sumpah janji yang dibuat masa mula-mula naik dahulu. Iya aku kata kat sini SEGELINTIR, memang awal mulanya segelintir itulah. Tak kira lah siapa yang mulakan, tapi yang segelintir itu lah... lama-lama penyakit menular sampai akar umbi. Sampai tahap yang aku paling takut, jadi macam Mesir. Yang meskipun (akhirnya) pemimpin zalim itu dijatuhkan setelah terlalu lama rakyat dizalimi, meskipun pemimpin pilihan rakyat berjaya dinaikkan, diakhir ceritanya berlaku kudeta. Pemimpin pilihan majoriti rakyat Mesir pun dijatuhkan jugak oleh pihak-pihak yang pegang kuasa, bahkan pemerintahan diambil alih dengan kejam. Kembali. Ke zaman zalim. Barangkali itu pengajaran besar buat kita yang ikuti perkembangannya, tapi tetap juga kita ulangi kesalahan yang sama. Dan kalau difikir lagi, takut jadi macam Greek. Empayar besar yang telah capai zaman kegemilangan, tapi akhirnya jatuh sebab permainan wang. Yang mana Malaysia sedang hadapi perkara-perkara sama macam yang dihadapi Greek sebelum empayar tu jatuh.

Ok habis cerita isu semasa Malaysia. Habis kat sini. Spending time writing for such things are not worth it for me, unless I'm a proffessional political analyst. So I'm gonna wash my hands off thins for now. 

Monday, July 27, 2015

Pilih yang Terbaik.

Sekali kau dah buat keputusan, banyak peluang lain yang nampak lebih baik akan datang kemudian. Sedangkan masa kau tunggu lama, bayang-bayang pun tak nampak. It applies to almost everything in life. Tawaran kerja, bisnes, dan banyak lagi benda lain, bahkan tunang dan kahwin pun macam tu. Cuba tengok satu-satu.

Kalau dalam hal tunang dan kahwin, ada disebut keadaan macam ni timbul sebagai ujian. Lepas bertunang lelaki/perempuan akan diuji dengan pasangan yang lebih baik. Jadi aku fikir kalau dalam tunang ujiannya macam tu, jawapannya kemungkinan besar adalah tetap dengan pendirian dan cari perkara-perkara baik pasal tunang tu. Aku tahu ada sedikit tabu kalau aku bercakap hal-hal macam ni, memandangkan aku biasanya akan skeptik. Tapi untuk kali ni, buat masa ni, aku cuba neutral (in effort to go easy in such things instead of making it hard for me and everyone around me). Jadi tak kira macam mana 'lebih baik' nya pun orang yang baru kita jumpa lepas tunang, itu ujian masa bertunang. Aku fikir kat sini Allah nak ajar kita hargai apa yang kita ada walaupun tak indah mana. Sebab indah tak indah tu atas pertimbangan kita sendiri. 

Macam mana kalau tunang tu memang tak baik mana pun, takkan tak boleh tinggalkan langsung? Susahlah kalau lepas kahwin dia masih macam tu...
Bukan tak boleh tinggalkan/putuskan. Maksudnya kalau nak putus tu biar sebab perkara-perkara macam dia tak solat, tak tanggungjawab, kaki pukul, panas baran dan lain-lain yang memang asalnya dari dia. Bukan putus sebab kau jumpa orang yang lebih baik. Sebab agak tak adil kalau kau cuma buat dia jadi tangga untuk kau pergi lebih tinggi, naik lebih atas. Lagipun kalau dia memang macam tu, sebab tu sebelum terima kau patut fikir lama, bukannya terima dulu baru kau fikir patut kahwin ke tak. Tunang tu dah kira macam janji nak kahwin tahu, orang lain pun tak boleh kacau tunang orang. Jadi bukannya boleh putuskan suka-suka. Macam tu lah lebih kurang.

Sementara tu, dalam hal bisnes, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari kata masalah orang Melayu dalam bisnes adalah hilang fokus. Bila buat satu perniagaan suka lompat ke 'peluang yang lebih baik' kononnya. Sedangkan bisnes yang pertama tadi baru setakat boleh jalan. Memang bila kita buat satu bisnes kita akan selalu nampak atau jumpa peluang yang lebih baik, tapi pesan dia, sebelum kejar peluang yang lebih baik tu, kukuhkan dulu bisnes yang pertama. Biar kalau bisnes yang kedua atau ketiga dan seterusnya tu tak jadi (gagal kan sebahagian proses belajar), kita boleh balik ke bisnes pertama tadi. Lepas tu boleh usaha dan cuba lagi banyak kali. Yang penting yang pertama tu jaga baik-baik. Ini pesan usahawan Melayu terkaya di Malaysia - pesaing-pesaing dia majoriti bukan Melayu pun. Dia je lah.

By the way, bila masuk sini pensyarah banyak kali cakap dalam kelas, yang TLDM bukan pilihan cita-cita yang baik. Tak boleh aku pangkah terus, sebab itu kata orang yang hidup lagi lama dari aku jugak. Ada betulnya pun apa yang diorang cakap tu. Tapi hati aku dah kat situ, aku pun dah selalu tanya orang samada patut kerja buat benda yang kita suka walaupun gaji sikit, atau patut kerja yang gaji banyak walaupun bukan benda kita suka. Pernah satu masa, aku terima yang kerja lain mungkin aku tak berminat sebab aku tak kenal. Itu pun ada betul jugak. Tapi lepas berfikir lebih, tak kira jauh mana aku melencong, tak kira aku tukar macam mana pun tentang apa yang aku nak jadi lepas habis belajar, tak kira macam mana pun, habis satu masa aku tetap kembali kat angan-angan jadi TLDM. Sekarang kau fikir, dah dalam mana benda ni meresap dalam hati? Benda dari hati susah nak ubah. Jadi iya... aku akan kejar yang ini. 

Tapi kalau memang bukan itu rezeki yang Allah nak bagi kat aku, paling tak pun aku dah ada senarai backup. Sebab Allah lagi tahu navy tu terbaik tak untuk aku. Aku cuma kena sedia lah, kalau dapat Alhamdulillah. Kalau tak dapat aku tak patut melatah. Untuk elak aku melatah tu lah, kena sedia benda lain. Sebab aku dah pernah rasa, bila Allah betul-betul tutup jalan aku walaupun aku tak give up, benda macam tu memang boleh jadi. Jangan rasa bila kau dah usaha sehabis mungkin tu kau komfem dapat. Tak. Dan jangan jugak rasa bila tak dapat tu hidup kau hancur. Tu pun tak jugak. Tapi memang akan rasa macam tu kalau kau tak sedia dengan backup plans. Sakit. Sangat. Tapi kalau kau sedia backup plan dan yakinkan diri yang Allah lagi tahu, in sha Allah semuanya baik-baik je. 

Jadi kalau bukan rezeki aku jadi TLDM, aku nak cari syarikat-syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebab syarikat-syarikat macam ni, pemilik dia orang yang sangat tegar bantu orang Melayu. Bukan sebab aku nak dia tolong aku dapat kerja ke apa, tak. Tapi sebab aku harap aku dapat tolong dia tolong orang Melayu. Macam drama kan aku? Tak kisahlah. Aku harap dapat kekalkan ni dalam pemikiran aku, sebab tu aku tulis kat sini. Biar nanti bila lupa aku diingatkan balik. 

Image via The Daily Reminder
 Jadi pilih yang terbaik, sebelum kau buat keputusan. Bukan selepas kau buat keputusan.... ok?

Friday, July 24, 2015

Pesan untuk Kau yang Tahu Bercita-cita.

Tempoh hari aku terlawat blog seorang adik dari SAMTAJ, sekolah masa aku tingkatan 1-3 (kena mention sebab aku banyak sekolah, haha). Tentang Cita-cita. Tertarik aku baca sebab itu pun satu daripada perkara yang aku titikberatkan dalam hidup. Cuba berulang kali jugaklah aku nak tinggalkan komen kat situ tapi memanjang gagal, kenapa entah tak boleh access jadi aku tinggalkan kat sini jelah sah-sah boleh. Kalau link cita-cita ni entri blog kau, maka pesan ni memang untuk kau dik...

Nak join army? Yakinkan diri untuk kejar, supaya halatuju kau nampak jelas. Memang mungkin tak dapat, tapi usaha takkan tersia sikit pun. Semua yang kau buat masa kejar cita-cita itulah proses yang akan bentuk peribadi kau, tak kira cita-cita tu tercapai ke tidak. Pendek kata, lebih kurang macam ni lah,

"Ain't about how fast you give in, ain't about what's waiting on the other side... it's the climb,"

Akhir kata. Salam syawal, maaf salah silap yg aku buat sebelum ni. Kau pun ilham jugak kat aku kadang2, tak sedar. Apa pun yang kau buat, aku doakan kau maju jaya. Keep it up, & be yourself. Do what makes you happy, may Allah bless.

Bagi yang belum bercita-cita, carilah sesuatu untuk kau cita-citakan sebab ia akan buat jalan kau nampak jelas. Jangan sibuk fikir samada akan tercapai atau tidak, tapi sibukkan fikir sebanyak mungkin jalan untuk kau capai cita-cita tu. That's how it works. Dan jangan malu dengan cita-cita kau kalau memang itu yang buat kau gembira. Dan eksperimen diri kau setiap masa, untuk yakinkan diri dengan cita-cita yang kau pilih. Semoga berjaya bercita-cita.

Pengalaman Housekeeping-Maid

Sejak kali terakhir kerja sambilan sebagai krew servis, aku dah lama tak kerja sambilan sebab nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Sesuaikan diri... susah nak bayangkan, dengan semua kejutan budaya yang aku hadap. Tapi kat sini bukan nak cerita kejutan budaya tu, tapi kalau curious sangat boleh rujuk Ingat Sikit , Sedikit Demi Sedikit , dan lain-lain. Jadi kat sini aku fokus pada pengalaman kerja masa cuti semester tahun pertama aku masa degree (Julai 2014). 

Dekat-dekat nak habis final aku cek kat mudah.my, cari bahagian jawatan kosong. Aku fokuskan kat bahagian resort/chalet/hotel di pulau-pulau percutian seluruh Malaysia. Pulau Perhentian, Pulau Pangkor, Pulau Kapas, Pulau Redang, dan Pulau Tioman. Semua jawatan termasuk front office assistant, receptionist, housekeeping-maid dan apa-apa jawatan rendah, yang tak perlukan komitmen kerja tetap, aku mohon. Tapi dalam cover letter (dalam kes ni, emel), aku terangkan siap-siap yang aku pelajar universiti yang nak kerja sepanjang cuti semester je. Macam yang dijangka, tak ada yang layan. Melainkan ada satu resort dari Pulau Tioman yang balas emel aku, kata dia nak amek aku kerja cuma ada satu perkara yang mungkin timbulkan masalah. Kalau aku setuju, aku kena kerja masa raya - aku tak boleh balik raya sebab kat pulau. Kebetulan masa tu aku tak rasa tak balik raya tu satu perkara besar masa tu. Jadi aku setuju.

Lepas dah setuju, sepatutnya aku kena attend temuduga satu tarikh tu, tapi lepas bincang-bincang manager tu bagi aku pelepasan, atas budi bicara. Syukur juga masa tu aku dapat bos yang boleh bawa bincang, banyak perkara dipermudahkan. Jadi nak dipendekkan cerita, ditetapkan tarikh untuk aku naik feri yang dia setuju dan aku setuju. Cuak jugak mula-mula takut sindiket culik orang ke apa ke, tapi bila dia benarkan aku dihantar ahli keluarga (kakak aku masa tu) aku kerhenti fikir banyak sangat. Ini tips juga... kalau takut sebab tempat tu kau tak pernah pergi dan tak ada orang kenal, minta tolong keluarga/adik-beradik/sepupu/kawan-kawan tolong hantar untuk pastikan ada orang tahu ke mana kau pergi. Jangan bagi ruang untuk kau hilang tanpa tanda, faham? Ambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai. Untuk kerja ini, menarik jugak ceritanya bagi aku.

Pendekkan cerita, walaupun masa pergi risaukan macam-macam, tapi Alhamdulillah kerja dekat dua bulan jugak lah. Dengan aman. Dengan gembira. Haha. Hampir-hampir jugak aku pertimbangkan nak settle down kat situ je sebab dah rasa aman. Mana taknya, kalau dah hari-hari hidupnya macam ni... Bangun pagi tengok laut luas, masuk kerja office hour sampai petang, habis kerja pergi mandi laut + snorkelling. Cukup bulan masuk gaji yang memang takkan belanja sebab tak ada tempat hiburan pun. Nak belanja kat mana pun tak tahu, snorkelling free, makan free, accomodation free, mandi laut free. Pasal pengalaman, macam biasa lah... kenal orang yang macam-macam. Lagi banyak yang aku jumpa lagi susah nak cerita. Cuma yang paling penting adalah untuk aku faham susahnya kerja ni, bekalkan sabar dan hormat untuk aku bila berhadapan dengan orang yang kerja sesusah ini. Biar bila aku jumpa mereka aku takkan rasa diri lagi mulia dari mereka yang susah payah buat kerja macam ni.

Jadi sepanjang tempoh ni boleh kata aku aman. Hampir nak tetap kat situ sebab aman sangat. Tapi macam biasa, kena lepaskan selagi masih indah. Kena lepaskan sebelum yang indah bertukar gundah. Sebab aku pilih untuk kekalkan kenangan tu sebagai yang indah, jadi kena tinggalkan lah selagi dia indah. Kebanyakan nya macam tu. Ok lah balik ke topik asal. Lepas kerja dekat dua bulan - yang ini memang aku dah inform manager awal-awal aku cuma kerja dari tempoh yang sekian sampai sekian. Habis tempoh habis lah kontrak, aku pun amek gaji yang terkumpul tu bawak pergi travel dengan crime partners. Boleh lah tampung jugak. Tapi nak cerita kenangan tu, melekat lama jugak lah. Bahkan sampai sekarang. Nampaknya memang terbaik lah pilihan untuk tinggalkan selagi masih indah. Jadi yang aku kenang-kenang di masa depan tu yang indah-indah jelah.

Secara keseluruhannya, pengalaman kali ni boleh kata paling hidup lah. Sebab hidup aku hampir-hampir berubah, lepas macam-macam perkara berubah dalam hidup aku sepanjang kat pulau ni. Semua tu pengalaman, tak ada yang betul tak ada yang salah. 

Sunday, July 19, 2015

Pengalaman Krew Servis

Lepas raya dalam bulan Ogos macam tu, aku minta kerja di Pizza Hut. Untuk kerja fast food franchise macam ni, cuma perlu pergi kaunter kat dalam dan minta borang kerja. Cakap je nak isi borang minta kerja. Biasanya lepas isi dia akan call kalau ada kosong. Jadi tips yang aku nak kongsi kat sini, jangan cuma isi satu je. Pilih dulu franchise apa yang kau nak - ikut kepentingan kau sendiri. Kalau macam aku, McD tolak tepi sebab boikot, KFC abaikan sebab was-was, aku pilih Pizza Hut sebab aku suka roti, jadi kemungkinan besar aku akan bahagia kerja di Pizza Hut. Aku isi borang kat cawangan yang dekat dengan rumah aku satu, yang dekat dengan rumah opah aku satu, dan lagi satu yang dekat dengan tempat kerja adik aku (senang aku nak tumpang dia haha). Pilihan-pilihan lain yang ada Merry Brown, A&W, etc. Pilih sendiri, aku cuma nak tekankan benda-benda ni je, pilih ikut yang kau suka dan ada kepentingan. 

Lepas isi borang, manager akan call untuk interview. Interview macam biasa, tanya background, kenderaan, ok tak kerja shift - kalau ada soalan ni, maksudnya memang akan kerja shift. Tips dari adik aku, pilih cawangan yang dalam pusat beli belah kalau tak nak kena balik tengah-tengah malam macam aku. Sebab mall biasanya akan tutup dalam jam 10, jadi lepas kemas-kemas untuk closing, paling lambat 10.30 macam tu dah boleh balik. Aku selalu dekat jam 12 baru balik kalau kena closing sebab kerja kat cawangan yang kat deret kedai. Kalau yang 24hours tu pandai-pandai fikir la. Tapi tak ada masalah kalau kau memang tak kisah. Masa ni pun dia ada tanya kau nak kerja berapa lama, sebab tu penting untuk kau tahu perancangan. Ada orang nasihat sorokkan kenyataan kau nak kerja sekejap sebab nanti nak masuk sambung belajar, tapi hati kecil aku kata takyah lah tipu-tipu. Kalau nasib kau baik dia lupa nak tanya, tak payah bagitahu. Tapi kalau dia tanya jugak, jujur jelah sebab kalau tipu takut duit gaji kau tak berkat. Kalau dah rezeki kau nak dapat kerja situ, tak yah tipu pun dapat jugak. 

Aku pulak masa tu tak tipu sebab permohonan aku nak masuk degree dah kena tolak atas sebab-sebab yang aku pun tahu kenapa. Anugerah Naib Canselor masa diploma cuma secure kedudukan kau untuk degree dalam bidang-bidang berkaitan je, tapi kalau kau berani-berani nak amek risiko konon sebab nak kejar cita-cita macam aku, kau kena sedia lah. ANC pun tak semestinya kau dapat apa kau nak. Jadi ye, permohonan aku kena tolak mula-mula jadi aku bagitahu kat manager tu aku tak dapat offer sambung degree. Part aku isi untuk rayuan tu diam-diam jelah memandangkan dia pun tak tanya. Jadi Alhamdulillah aku dapat kerja krew servis kat Pizza Hut dekat-dekat tempat kerja adik aku tu. Tak lama lepas tu aku dapat baju maka aku sah sebagai part timer kat situ. Dapat sikit-sikit maklumat yang kat situ memang susah sikit nak dapat permanent, tapi tak ada masalah apa pun kalau kau memang nak kerja part time je. 

Sepanjang kerja kat sini, memang sah aku bahagia pun. Sebab staff meal pun benda yang ada dalam menu kat situ jugak... so basically hari-hari makan pizza. Orang lain tak heran, aku je yang heran sebab dapat makan benda feveret hari-hari, percuma pulak tu. Part paling best tu lah, percuma sebab itu staff meal. Tapi kerja krew servis ni penatnya tu lah, benda dalam menu tu satu-satu kena hafal. Toping dah berapa jenis, add on la ape la, sume tu kena ingat. Lepas tu nak key in order tu, ko kena ingat kat komputer tu kena masuk sini masuk sana walaupun semua yang dalam menu ada kat monitor tu. Tapi untung aku kerja pizza hut, kalau kerja restoren nak kena ingat semua dalam menu, mati aku. Tapi takpe, semuanya ok. 

Paling mencabar kerja ni? Sah-sah lah masa peak hour. Tengah hari dan malam. Masa-masa orang datang lunch dan dinner. Bila ramai, baru nak amek order orang ni, orang lain masuk nak order jugak. Pastu sebab krew servis yang hadap pelanggan, jadi kalau lambat ke apa memang krew servis la yang kena dengan diorang. Silap key in, silap order, tukar order, silap hantar, tu semua memang buat malau tapi tak boleh elak. Sebab kau kalut dengan pekerja tak ramai tapi pelanggan ramai. Dan sebab pizza hut ni pelanggan biasanya orang up-up, jadi kau akan ada masalah pelanggan kerek. Paling sakit dengan kewujudan 'customer is always right' tu. Lebih kurang macam tu lah cabaran-cabaran besar nya tapi kat situlah kau belajar nak manage, macam mana nak kekal senyum bila orang salahkan kau, macam mana nak cuba puaskan hati orang-orang yang kelaparan, macam mana nak jawab bila ada yang tak kena dan macam mana nak apa-apa bila jadi macam-macam. 

Paling seronok kawan-kawan yang kau kenal masa kerja ni. Kalau kau boleh recall orang-orang yang datang back up bila kau tersalah key in sebab keadaan dah huru hara, yang tolong datang jawab dengan customer yang marah-marah kau sebab apa-apa, kau rasa macam nak selamanya jadi newby. Sebab walaupun diorang bengang (kau tahu) bila kau buat silap, tapi diorang tolong kau sebab kesian kau budak baru, perasaan tu paling best. Sebab kau nampak muka bengang dia bila kau buat silap, yet tak lama lepas tu dia datang dan cheer you up, cakap benda-benda macam "biasa la tu, jangan la tension sangat,"bila tengok muka kau macam cicak berak kapur. Benda-benda ni akan jadi, macam-macam benda akan jadi, tapi bila kau tahu kau tak sorang-sorang, oh... heaven je rasa. Walaupun kau tak kenal diorang rapat dan diorang tak kenal kau sangat. Walaupun kau tak pun lepak-lepak tengok wayang dengan diorang bila cuti hujung minggu. Jadi kau pun... kalau ada orang baru tolong lah back up diorang jugak, sebagai tanda hargai apa yang orang dah buat kat kau sebelum ni.

Tak lama lepas tu keluar la jawapan untuk rayuan kemasukan degree. Sebab dapat offer bidang yang aku memang mintak, terpaksa lah aku berhenti lepas dua minggu kerja ni. Prosedur berhenti patutnya kena bagi notis dua minggu sekurang-kurangnya tapi sebab tarikh daftar aku dah dekat sangat, manager aku tolong aku. Ni pun rezki jugak, nak dapat manager ok macam ni. Aku harap Allah pun mudahkan urusan dia lepas ni. Jadi kalau kau terdesak terpaksa berhenti kerja short notice macam aku ni dan tak tahu apa nak buat, jangan lari je. Bawak-bawak bincang dengan manager kau, mana tahu dia tahu macam mana nak buat. Lepas tu buat surat berhenti. Aku tak galakkan kau berhenti kerja lari-lari ni sebab kau akan susahkan orang lain. Takut di masa depan yang kau pun tak tahu apa nak jadi, kau yang rugi. Dan ada sebab aku cakap macam ni.

Demikianlah pengalaman aku kerja lepas habis diploma, sebelum masuk degree. Sikit sebanyak aku harap dapat bagi gambaran kepada mereka yang baru nak mula cuba kerja sementara. Setakat ni memang kerja sementara je lah, untuk kerja sambilan style kerja sambil belajar, aku masih belum pernah cuba. Mungkin nanti bila ada rezeki, aku akan cuba. Jadi, selamat mencuba...

Tuesday, July 14, 2015

Pengalaman Pembanci Sambilan.

Di Kuala Kangsar, Pak Yang kata RISDA cari pembanci sambilan, suruh aku cuba minta. Sini lah bermulanya susah payah aku cari orang berkaitan semata-mata nak lengkapkan beratus set borang yang setiap satunya lebih kurang sepuluh muka surat. Nama pun pembanci sambilan, maka kerjanya pun membancilah. Disebabkan bawah RISDA, maka terang-teranglah ini berkaitan kewujudan pokok-pokok getah di seluruh Malaysia. Masa tu memang RISDA satu Malaysia buat bancian untuk update maklumat berkenaan kebun-kebun getah seluruh negara ni. Sebab tu nak ramai orang, aku salah satunya. Tahun 2013 masa itu.

Lepas serahan borang lantikan, kami dibagi taklimat berkumpulan. Habis taklimat, penyelia masing-masing agihkan kami ke kawasan-kawasan yang ditetapkan. Aku dan sepupu aku dapatlah kampung sendiri dan beberapa kampung lain yang dekat dan jauh sikit. Maka pergilah kitorang cari satusatu alamat, jumpa satu-satu pemilik kebun-kebun getah yang ada. Ada yang dah meninggal, jumpa lah warisnya. Awal-awal tu memang rasa seronok tu sebab buat kat kampung sendiri, jumpa pun sedara-sedara sendiri je. Kalau tak tahu rumahnya yang mana, boleh tanya Pak Yang sebab beliau ketua kampung, hehee. Kira masa tu macam jalan-jalan ronda kampung naik motor macam dulu-dulu. Cuma bezanya ni pagi petang, tengahari pun pergi jugak. Tapi tak apalah.

Selesai buat di kampung sendiri, banci kampung-kampung lain. Masa nilah baru kau belajar erti susah payah. Satu, kau dengan diorang memang completely strangers, kalau tak pandai intro diri memang dia tutup pintu depan muka kau. Dan masa nilah, aku belajar dengar keluhan orang. Kami datang nak ambil maklumat je sebenarnya, tapi disebabkan ambil maklumat untuk RISDA, secara tak langsung jadi orang tengah bagi pemilik-pemilik kebun tu. Penyelia pesan kalau diorang tanya apa-apa, mohon datang pejabat tanya dengan orang pejabat lebih elok, mereka lagi tahu. Pernah sekali aku dan sepupu pergi satu rumah ni, tengok macam rumah kosong, macam tak ada orang duduk pun. Takut jugak, entah-entah salah alamat. Ketuk-ketuk, rupanya ada sepasang atuk dan nenek. Cerita atuk ni sentap aku berbulan-bulan. Mustahil aku boleh tahu perkara-perkara macam ni, jumpa orang-orang macam ni kalau aku tak ikut sepupu aku kerja ni. Betapa sempit nya lah dunia aku, sampai boleh tak tahu ada orang yang masih hidup macam ni hari ni. Betapa aku tak ambil tahu hal orang sekeliling, sampai ingatkan semua orang hidup macam biasa.

Kampung terakhir adalah cabaran terbesar. Memang penyelia pun simpan kampung ni, suruh buat sebagai yang terakhir. Aku cuma faham bila dah pergi sendiri. Ini adalah sebuah kampung yang dihuni oleh cuma satu kaum, dan mereka tidak mesra Melayu. Mungkin keadaan tak lah seteruk itu, tapi bila berkaitan aset (kebun getah tu aset mereka jugak), memang susah nak yakinkan mereka. Disebabkan antara maklumat dalam borang yang nak kena isi tu perlukan geran untuk dirujuk, itu jadi masalah besar. Boleh nampak bila kau parking motor depan rumah dia tutup pintu cepat-cepat. Tak sempat intro tak sempat apa pun. Ketuk-ketuk tak nak bukak, ada yang bukak pun katanya tak faham cakap melayu. Zaman ni? Masih tak boleh berbahasa melayu... tahun 2013 ni, kat Malaysia, zaman ni? Macam tu lah aku susah nak percaya, tapi memang betul pun. Dan bukan sedikit, bahkan ramai. Kebanyakan dalam kampung tu. Ini pun perkara baru bagi aku. Dah lah lalu-lalu depan rumah kena sergah dengan anjing, terkejut aku. Sehari dua nak adapt tu lah. Sampai tahap maklumat kami sikit sangat, penyelia pun turun padang. Untuk tu aku berterima kasih sangat kat penyelia kami yang supportive

Semua tu aku ingat, titik mula untuk aku kenal konsep khidmat pelanggan. Jumpa semua orang, banyak background dan banyak cerita. Aku rasa pengalaman ni pun banyak matangkan aku. Tempoh kerja sampai selesai kerja lebih kurang sebulan setengah. Bayaran ikut berapa set borang yang kami berjaya hantar, dengan status sambilan (part time) nak harap apalah sangat. Bayaran memang tak banyak, tapi proses dan pengalaman tu yang aku rasa perbaiki sebahagian diri aku. Paling penting, aku belajar untuk senyum walau apa pun orang buat kat aku. Aku belajar untuk tak skeptik pada orang yang sedikit 'lain' dari aku. Aku belajar untuk lihat dunia dari sudut dan perspektif yang baru, yang aku tak pernah lihat lagi sebelumnya. Banyaklah. Pergi lah kerja, kau akan belajar sesuatu tak kira kerja apa pun kau buat. 

Ok. Prosedur nya kerja ni walk-in bila jumpa iklan besar-besaran (maknanya kau boleh jumpa kat mana-mana), taklimat sikit dan tamat bila selesai. Kontrak ada sebut sampai sekian-sekian tarikh tapi kalau kerja belum selesai kau patut habiskan walaupun tempoh dah lepas. Ada penyelia yang ditetapkan jadi jangan risau atau takut, kau boleh rujuk dia kalau ada apa-apa masalah. Dan pastikan,apa-apa masalah yang kau kurang pasti kau rujuk pada dia, jangan suka memandai-mandai sebab kau mungkin salah percaturan. Pembanci sambilan RISDA ni, walaupun bayaran tak banyak dan status kau sambilan tapi dia tetap buat caruman EPF - untung. Sepanjang buat bancian aku dan sepupu naik motor, dan boleh claim duit minyak ikut had yang ditetapkan. Naik kereta pun boleh, tapi jangan membazir lah. Ah ikut suka kau lah. Tips; Jangan buang nombor contact penyelia kau terutamanya, sebab dia orang ada pengalaman jadi banyak benda lagi kau boleh belajar dengan dia. 

Aku dan sepupu selesai kerja ni dalam bulan Ramadhan, jadi raya dah boleh bersenang lenang bersuka ria gelak ketawa makan apa-apa tak payah fikir kerja. Perfect timing!

Pengalaman Kerani Data Entry.

Tamat pengajian diploma, aku menganggur jugak lebih kurang 2 bulan. Sepanjang pengajian diploma, masa cuti semester aku memang tak sempat kerja sebab sibuk dengan Komader Kesatria. So basically cuti semester aku habis kat event komander je lah. Hujung tahun jambori, tengah tahun KKEC (Komander Kesatria Endurance Challenge). Macam tu lah rutinnya. Jadi cuma lepas selesai diploma baru aku fikir kerja balik. Sebab aku akan ada banyak masa yang aku akan sia-siakan kalau aku tak kerja. Cuma kali ni aku tak seorang cari kerja, sebab Su (kakak sulung aku) dah habis ijazah dan nak cari kerja jugak. Jadinya cari sama-sama. Su yang rajin tengok kat tenet, iklan kerja kosong sekitar situ. Jumpa kat Bukit Jelutong, kitorang call dan buat appointment tapi sebenarnya boleh je walk-in sebab ada naik banner besar gedabak kat pagar tu 'data entry clerk needed'. Lepas setel dengan jaga, dapatlah masuk bangunan tu bawak tag yang jaga tu bagi, yang rupanya memang penting sebab nak guna kat setiap pintu masuk sebab security measure. Boleh tahan tempat ni, aku fikir.

Interview lebih kurang macam biasa, macam yang aku cerita dalam Pengalaman Operator Kilang. Cuma ujian matematik tu ganti dengan ujian menaip. Semalam-semalam tu sebenarnya aku dengan Su dah praktis-praktis dah guna software ujian menaip ni, jadi hari tu kami buat dengan baik. Lepas lah minimum requirement typing tu. Pendekkan cerita, diterima dan masuk bekerja tapi kat sini ada peningkatan sikit bagi tahap aku. Dapat offer letter dan slip gaji boh! Hihihi. Tapi slip gaji tu bila gaji nanti lah. Cuma nak kata, kat situ dia agak ikut prosedur la dalam merekrut pekerja. Masa kerja kilang tu aku rasa mungkin ada je slip gaji tapi sebab aku yang dah tak ada masa slip gaji tu keluar, sebab tu tak dapat kot. Jadi dah masuk kerja data entri. 

Best jugak kerja data entri, nak-nak mula-mula tu. Laju je aku dengan Su kejar target. Kejar-kejar tak dapat-dapat. Su sampai nak give-up. Abang kakak kat situ cakap speed kitoerang sebagai newbies boleh tahan tapi aku dengan Su pelik kenapa tak capai-capai target. Rupa-rupanya it was all about adapting. Lepas seminggu dapat lah capai target. Dan itu exciting. Kali ni aku kerja, sebab dengan Su, boleh-boleh hari-hari aku nak turun masa makan. Beli kuih makcik tepi jalan kat simpang tiga sana tu. Kuih dia sedap-sedap, macam-macam jenis dan tak mahal sangat, berbaloi lah beli. Masa kerja pulak sebenarnya office hour 9.00am-5.00pm, tapi bila data banyak kena la kerja sampai malam. Hari kerja pulak Sabtu memang setengah hari, melainkan kalau data banyak. Ahad memang cuti dan takkan disuruh OT. Jadi boleh tahan lah, sebab aku masih boleh keluar masa break untuk rasa haba matahari lepas berjam-jam duduk dalam ekon. Kawan-kawan tempat kerja biasa je kalau tengok dengan mata kasar, tapi sebenarnya banyak ragam. Menghiburkan, kadang-kadang. Majoriti memang warganegara, dan kebanyakannya Melayu. Jadi semuanya normal. Surau ada kat tingkat yang sama, cuma kena keluar satu pintu guna tag. 

Kerja sini, walaupun hampir semuanya warganegara, tapi latarbelakang dan umur macam-macam. Ada yang muda ada yang tua. Ada yang dulu pernah kerja bank, ada yang ibu tunggal, ada yang ada kanser, ada yang kuat masalah pakwe, ada yang kuat masalah keluarga, serius... macam-macam. Jadi aku sekali lagi belajar untuk draw the lines. Garisan-garisan yang aku memang kena jaga, yang aku sebelum ni tak pernah kisah nak jaga pun. Setiap orang ada cerita sendiri. Aku sendiri pun ada cerita sendiri. Jadi mungkin lebih baik bagi aku hormati cerita mereka macam aku harapkan orang hormat cerita aku. Sekali lagi, "Be the change you want the world to be,". Kat mana-manapun, benda ni lagi dan lagi. 

Kerja menaip hari-hari, depan komputer hari-hari. Lama-lama aku jadi bosan. Hari-hari buat kerja yang sama, aku takut otak aku tercemar dengan radiasi komputer. Dengan menaip tu, mata memang kena melekat kat skrin komputer jadi aku takut mata pun rosak lama-lama. Berisiko nye lah buat kerja ni. Walaupun payment dia not bad jugak, paling banyak aku pernah dapat RM1400, campur OT, elaun semua, dari basic yang cuma RM900. EPF dan SOCSO pun ada. Dan aku masih ada cuti hujung minggu setiap minggu. Tapi aku takut aku takkan improvise kalau aku kekal kat situ. Aku terlampau selesa duduk dalam kotak, tak nak keluar dah dari zon selesa tu. Tambah lagi aku ada isu personal, akhirnya aku berhenti dan join mak abah yang dah pindah Ipoh. Tapi tak lama pun lepas tu, aku balik Kuala Kangsar. Sebab misi cari kerja kat Ipoh tak berhasil, dan Pak Yang kata RISDA kat Kuala Kangsar nak cari orang part time. Lagi-lagi dengar sepupu aku pun pergi, aku pun on la.

Jadi seterusnya aku ke Kuala Kangsar, duduk dengan opah dan kerja pembanci sambilan RISDA.

Pengalaman Operator Kilang.

Ini pengalaman kerja pertama aku. Seorang operator kilang yang berjaya. Hahaha puih. Tak lah berjaya sangat. Lepas habis SPM tahun 2010 aku terus angkat kaki balik Kuala Kangsar, masa ni keluarga aku masih duduk Meru, Klang. Aku balik Perak sendiri, dah biasa kan. Lama jugak lah menganggur sementara tunggu keputusan matrik, stpm, poli, dan diploma. Tenggang masa yang aku ada lebih kurang 5 ke 6 bulan, sebelum aku masuk belajar hujung bulan 6. Menganggur lah dulu beberapa bulan, teman opah kat kampung dan buat sikit-sikit kerja kampung. Sampai masa aku putuskan nak kerja, jadi aku usha-usha. Tanya anak-anak jiran kat kampung, yang kerja-kerja kilang tu, aku tanya macam mana nak masuk. Untung ada yang share dengan aku, jadi Alhamdulillah aku dapat kerja di satu kilang di Ipoh (nama adalah privasi pihak kilang).

Prosedur dia lebih kurang macam ni. Aku ajak sepupu aku (sebab aku belum ada lesen memandu) pergi kilang tu, jumpa bahagian HR macam yang Linda (bukan nama sebenar) anak jiran kat kampung aku tu bagitahu, cakap nak minta kerja. Bawa terus salinan IC, sijil SPM dan sijil berhenti sekolah. Beliau (admin) bawa aku masuk satu bilik dan bagi borang, aku pun isi dengan cermat (1st time kan). Sekali dengan borang tu dia bagi soalan ujian matematik sekali, yang buat aku eksaited gila (sebab aku suka sangat matematik) tapi rupanya soalan-soalan yang simple gila je. Jadi yang menguji skill matematik aku masa tu cumalah kemahiran mencongak tambah, tolak, darab, bahagi aku je. Nombor-nombor bawah seratus, haih, takpelah. Dan beberapa soalan nak memastikan aku tak rabun warna, dan tak ada masalah penglihatan. Selesai yang tu, dia mulakan sesi inteviu sambil-sambil tanda kertas ujian aku. Benda-benda yang ditanya ringkas macam berapa adik-beradik, kali pertama kerja ke, duduk mana, pengangkutan macam mana, dan dia pun terangkan pasal gaji, masa bekerja dan peraturan. Bila diterima nanti mereka akan beri latihan jadi tak perlu risau kalau ini kali pertama kerja. Dan soalan paling bahaya "Keputusan SPM awak bagus jugak ni, awak tak nak sambung belajar ke?", sebab aku tahu kalau aku kata nak sambung mesti dia tak bagi aku kerja. Jadi aku (bukan menipu, cuma) berdalih kata tengah fikir lagi nak sambung ke tak. 

Jadi Alhamdulillah berapa hari lepas tu dia panggil kerja. Latihan lebih kurang 1minggu sebelum dia lepaskan aku masuk dalam bahagian operasi untuk buat kerja betul-betul. Wah... kali pertama memang benda yang exciting. Masuk bahagian operasi pun aku teruja. Kena pakai safety precautions, kena lalu metal detector macam kat imigresen tu, kenal-kenal dengan geng-geng non-citizen, semua. Masa break pergi kafe, bila aku malas nak pergi kakak-kakak senior tu yang concern padahal aku malas nak pergi sebab sorang. Tadi sebelum datang opah ada bagi duit belanja, haha macam budak pergi sekolah. Kakak-kakak tu ajak makan dengan diorang tapi sebab aku tak pandai makan cepat, diorang masuk dulu. Kesian lak nak suruh diorang tunggu. Solat pun takda hal sebab dalam tempat operasi tu ada surau. Haaa... kau jangan ingat kawan-kawan yang kerja kilang tu semua tak solat.

Lebih kurang macam tu lah, kerja operator kat kilang. Aku tahu ramai yang pandang rendah kat kerja ni. Tak nafikan aku dulu macam tu. Tapi sekali dah kerja, banyak benda-benda aku baru tahu. Kerja siang malam, sehari 12 jam, selang 4hari tukar shif. Kau ingat senang? Tak sempat jumpa orang kat rumah pun sebab bila balik kerja rasa penat sangat sebab 12 jam kerja, jadinya tidur sampai bangun balik nak kena siap masuk kerja balik. Tak sempat nak keluar amek angin jumpa kawan-kawan sebab bila ada cuti (antara pertukaran shif), itu je masa yang ada untuk jumpa orang kat rumah. Bila kerja siang, keluar pagi buta matahari belum keluar dan balik malam lepas matahari jatuh, jadi hampir seminggu kau takkan jumpa matahari. Bila kerja malam baru nak rasa jumpa matahari, tu pun balik kerja tidur sepanjang siang macam kelawar. Ada masa aku keliru, takut-takut aku ni kelawar. Itu aku yang kerja sebulan, macam mana diorang yang kerja bertahun? 

Haah aku kerja cuma sebulan. Sebab cukup-cukup sebulan kerja aku berhenti sebab dah tinggal berapa hari sebelum aku daftar diploma kat UiTM Puncak Perdana. Aku tak nak sentuh cerita diploma sebab ini masa cerita pengalaman operator kilang. Masa nak berhenti tu, macam biasa la ada drama sikit. Hari terakhir aku kumpulkan semua barang-barang yang aku guna masa kerja sehari-hari, masukkan dalam satu sealed plastic bag, dengan harapan barang-barang ni akan ingatkan aku tentang hari-hari aku kat sini. Berat sebenarnya nak tinggalkan, sebab orang kat situ masa tu baik-baik. Percaya tak percaya, pernah terdetik aku rasa macam tak payah sambung belajar dan terus kerja macam ni je. Gaji sikit pun hati senang. Aku tak kacau orang, orang tak kacau aku. Not bad lah sebenarnya. Tapi satu hal aku ingatkan diri, benda-benda yang indah ni aku kena tinggalkan sekarang biar terus jadi kenangan yang indah-indah. Aku kena tinggalkan sebelum benda-benda tak baik jadi dan ubah dia jadi kenangan pahit.

Ada kakak dari Indo, kawan sebaya dari Vietnam/Kemboja kalau tak silap tapi dia dah bertahun kerja kat situ jadi kau fikirlah dari umur berapa dia kerja kat kilang ni. Dia menangis bila aku bagitau dia aku last day masa tu, aku pun tak faham sebab aku bukan rapat pun dengan dia sebab dia cuma boleh cakap melayu sikit-sikit, dan aku pun baru belajar bahasa dia sikit-sikit (yang aku dah lupa pun sekarang). Jadi aku tak rasa macam rapat sangat pun, tapi dia menangis. Pelik aku. Mungkin ada perkara-perkara yang aku rasa kecil, tapi bagi dia besar. Mungkin ada perkara-perkara yang aku rasa biasa, tapi bagi dia berharga. Aku tak perasan, mungkin sebab aku tak pandai hargai macam dia. Mungkin. Bersih nya lah hati dia untuk mampu hargai orang yang dia kenal tak sampai sebulan pun macam aku ni. Kesal aku sebab tak sesedih dia. Aku harap dia baik-baik je. Macam tu jelah ceritanya. 

Nota kaki, sebenarnya lepas berhenti kerja kilang ni aku pernah cuba minta masuk balik lepas habis diploma tapi tak lepas sebab dia ada simpan rekod aku dulu. Bukan sebab rekod kerja tak elok, tapi sebab rekod berhenti. Orang yang pernah berhenti macam aku ada possibility tinggi untuk berhenti lagi, jadi dia tak boleh ambil sebab kalau aku berhenti lagi, dia akan kena dengan orang atasan sebab aku dah pernah ada rekod walaupun aku berhenti cara baik, bagi notis berhenti semua. Jadi jangan cuba minta kilang yang sama, cuba kilang lain pulak. Aku tak dah kot, sebab pengalaman kerja kilang tu dah dapat. Paling kurang, aku belajar untuk pandang orang-orang yang kerja kilang dengan lebih baik. Itu sangat penting bagi aku, sebab itu mampu kawal aku dari pandang rendah kat orang lain. Sekarang bagi aku orang kerja kilang tu lagi bagus dari orang yang menganggur. Cuma harap ini tidak disalahtafsir, ambillah bahagian positif dan tinggalkan yang negatif.

Sekian, pengalaman kerja operator kilang.

Pengalaman Kerja Aku.

Tadi aku cuba cari laman-laman atau blog-blog yang cerita tentang pengalaman kerja di Lost World of Tambun, memandangkan aku sekarang cuti semester dan bercadang nak cuba. Tapi nampaknya tak banyak yang aku jumpa. Bukan tak ramai yang pernah kerja di sana, dalam ramai-ramai tu takkan tak ada blogger. Jadi aku terfikir... iya, ada memang ada. Cuma mungkin mereka macam aku, malas nak cerita. Jadi, atas dasar "Be the change you want the world to be", aku rasa ada baiknya aku cerita pengalaman-pengalaman kerja aku di sini. Mungkin nanti ada yang perlukan, atau yang saja baca sebagai hiburan, tak kisahlah. Yang penting aku dah buat bahagian aku.

Jadi... sepanjang aku hidup - clearly lepas habis sekolah - dah beberapa kali jugak aku kerja dan berhenti atas sebab-sebab peribadi atau sebab-sebab sukahati. Paling lama kerja 3 bulan, paling kejap 2 minggu ; ok lah tu, sebab rekod kaka aku 3 hari, hahah. Setakat ni aku masih belum pernah pegang jawatan manager sebab aku belum layak. Tapi tak apa, tak ada isu pun sebenarnya. Sebab semuanya ada nilai-nilai sendiri.

Jadi yang berikut adalah pengalaman-pengalaman kerja aku setakat ni. Sebelum aku cuba nasib di Lost World of Tambun kejap lagi.

1 - Operator Kilang (2010)
2 - Kerani Data Entry (2013)
3 - Pembanci/Petugas Banci (2013)
4 - Krew Servis (2013)
5 - Housekeeping-maid (2014)

Boleh tengok ini adalah jawatan-jawatan pilihan yang boleh dicuba bila cuti semester, selain banyak lagi benda-benda lain yang boleh dicuba tapi samada aku belum cuba atau aku dah cuba tapi tak dapat (hehee). Banyak lagi cerita tak dapat daripada tak dapat. Antara yang aku ingat sebab aku memang nak adalah jawatan-jawatan macam pembantu di kelab golf negeri: tak dapat sebab dia cari yang layak - betul-betul lepasan SPM. Aku tak layak sebab masa tu aku lepasan diploma. Sedangkan aku teringin sangat nak kerja kat tempat tu, tak kisah pun buat kerja apa sebab banyak fekdah lain aku boleh dapat. Tapi tu lah, bukan rezeki.

Yang kedua kerani logistik kat Lost World of Tambun (jugak): tak dapat sebab aku tak ada background accounting. Dan hari ni aku boleh berangan nak cuba minta kat situ lagi, tapi jawatan ringan-ringan je. Minta-minta ada rezeki, tapi kalau tu pun tak dapat nak buat macam mana kan. Dan ada lagi beberapa pengalaman minta kerja tak dapat, banyak sebenarnya. Yang suka-suka minta pun ada, sebab nak dapat pengalaman interview atau setakat pengalaman buat dan hantar resume. Hahahaha.

Ok. List yang kat atas ni, aku akan cuba buat entri secepat mungkin dan link kat terus kat list tu, untuk cerita lagi detail. Aku harap membantu lah, bagi adik-adik yang nak cari pengalaman kerja part time atau sementara kat luar sana. Dasarnya niat aku kerja semua ni, memang nak cari duit. Tapi selain tu, kerja-kerja yang mampu bagi aku pengalaman dan pembaikan softskill adalah lebih diutamakan. Boleh kata setiap yang ada dalam list tu bersebab, dan ada garisan-garisan sempadan yang aku tetapkan. Cuma nak pastikan yang kerja tu boleh berkat, mungkin. Selamat mencuba!

Friday, April 17, 2015

How I Travel.

There are a few things about my travelling habit. First of all, of minimum budget. Secondly, of solo.

First thing first, to indicate that I am a traveller, not a tourist. So I may not aim for the tourist spots as most people do, I might get to some of it sometimes but it won't be my priority. Of course, if I was travelling with others I may comply with their wishes, wanting to go here and there, even to each and every tourist spots they've seen online. But if I was on my own, it's not the way it goes. I am more interested in exploring the place myself, and if I happened to be somewhere known as tourist attraction, there's nothing wrong. It would look like as if I was walking with no direction - like what Hanif asked me before, but it ain't true. I do have directions, somewhere to go. It's just that I don't necessarily ended up at the place I planned to go initially. Having trouble understanding? Here is how it goes...

(After I'm done with the basics - accommodations and all) I would make a plan of where I would want to go - pick a tourist spot that matches my interest, and find a way to reach there with the most minimum budget. So that it would involve the public transport - how the locals travel from one place to another (e.g 'angkot' in Indonesia, or 'tram' in Australia). I would avoid the most easiest way to go there (i.e by taxis, express bus, domestic flights unless that is the only option left at the moment), of course because it would definitely be expensive and unadventurous - I'd rather change my destination. If you want more challenges, bring less money - this is extremely challenging, I have never done it before. It's not advisable, since we're still having some commitments (as in I'm still a student in Malaysia who has to get back on time to continue with the study). If I was such a freer, I might have take this challenge. Perhaps. But for now, let's just live the way it is.

Why the public transport? Because that is exactly what the locals ride everyday, it's how they live. It's where you could see them around and hear them speak their languages, even if it sounds strange to you. I'm having fun listening to those strangely-sounded conversations, cause sometimes I even try it out. Like what I did in every places I've ever lived all my life, where I encountered with numerous different accents (as in KL, Selangor, Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah, Sabah, etc) It started in Malaysia itself, and that habit would even cross boundaries, :-D. So yeah, the public transport is how you get connected with the locals. And when I said, I don't necessarily have to end up at my destination, means that it's not about being at the places people talked about, but it's the journey to the place that matters. Everything I would find along the journey, is what I travelled for. As I said before, I am a traveller, not a tourist.

About being solo in my trips, it's not that I love it that much... even though I do really love it when I was alone in desperate moments - it made me think harder, made me innitiate things unexpectedly, made me feel like I'm quite smart sometimes. These are the things that would bring you to your senses, that hit you somewhere in your heart, telling you that you are not worthless. It makes you feel good about yourself, which you need the most when you are in misery. And when you walk alone, it makes you feel the nature of in need for protections, the needs of relying to something. That is when you realize, that you have been protected in your whole life all this long. And you will always be, because He is taking care of you right from the beginning and will always takes good care of you - no matter how hard things would be for you. Walking alone is not always a bad thing, especially when it makes you think harder - it trains your mind to face unexpected things, though.

Guess what, the best thing about travelling alone is you can afford to screw some things up somewhere. There will be no judgements, because you're all by yourself. Do you remember when you made a mistake accidentally and you have no intention at all? Disappointments are from people around you, even though you know for yourself that you were not doing it intentionally. When you're on your own in a place where nobody knows you, you may just simply say "It's okay," and find a way out.

It's undeniable that I get bored sometimes, travelling alone. Having no one I can show off to, no one I can smile to (but strangers), no one I can make fun of, no one I can take care of, no one but myself. I do make some invitations to some friends, asking if they want to travel or join my trip, but somehow I get tired of taking all the 'no'. Because with every 'no', a bit of my motivation goes down. Let alone those that cancelled on the last minutes. These are the things I don't like to encounter every time I'm on a trip. So by travelling solo, it helps myself somehow. To make sure that none of my trip is regrettable. I would hate it if I managed to have a travelling partner, yet that trip is not good enough to satisfy her. Especially when it is not even a tour. Maybe that's the point, what I've been looking for in trips are not the things that people look for in a trip. It's okay, no worries. So I just have to keep travelling alone, I guess. 

So that is how I travelled so far. I wish I cound improvise for the second thing on how I travelled (having a travel partner someday) but I won't rush to it. Anyway, this is just how I - a beginner - travel. So don't bother to follow if it's not to your preferences, because I do things only for fun and self-fulfillment and satisfaction, it's not a must to anyone. And I was just sharing on how I have fun with travelling. All the best for your trips, then.